"Untunglah Rosie. Semua barang dia dah bawa balik. Korang tengoklah tempat aku. Macam orang nak pindah rumah."Kata Sofea sambil memuncungkan bibir ke arah barang-barangnya. Esok hari peperiksaan terakhir dan esok juga kami wajib pulang. Pihak kolej tak bagi stay lagi.
"Aku pun kebetulan je ni. Ibu ayah aku kena datang sini pagi tadi. Aku apa lagi. Terus guna peluang yang adalah."Mujur ayah datang bawa Unser hitamnya. Kalau dia bawa Axia ibu, pakai tak muatlah barang-barang aku. Dengan baldi besar-besar yang aku guna untuk basuh baju tu. Kemudian hanger dan pelbagai keperluan wajib yang dah selamat tiba di rumah. Yang tinggal hanya baju kurung dan tudung bawal untuk aku pakai esok, alat-alat mandi dan barang-barang make-up aku seperti bedak talkum dan Rexona For Women.
"Kenapa parents kau datang Rosie?"Soal Ayra yang sedang mencabut cadar daripada tilamnya. Malam ini kami berempat mahu tidur atas toto sambil gosip buat kali terakhir.
Aku mengeluh perlahan sebelum menjawab. Rasa malas nak throwback benda yang dah lepas. Bukan benda manis pun. Pahit lagi adalah.
"Pihak kolej panggil untuk bukti aku dah berkahwin."Jawabku dengan nada suara yang malas.
"Bukan pengarah dah tahu ke?"Soal Darshini yang sedari tadi membaca nota Perakaunan. Aku tengok tempat dia dah kemas. Masa bila dia kemas aku pun tak tahu.
"Tak semua pihak atasan yang tahu. Semalam segalanya dah terbongkar. Aku kena bayar balik elaun dan Sir Fadzil kena gantung tugas selama satu semester."Terangku. Aku juga sedang baca nota Perakaunan dengan malasnya sehingga naik muak dah nota tengok muka aku.
"Ada hikmah jugak gantung tugas tu."Kata Sofea tiba-tiba.
Aku mengerut dahi.
"Maksud kau?"Soalku.
"Boleh dia spend the time dengan kau. Korang boleh pergi beli baju baby."Hampir tergelak aku dibuatnya. Aku pun tak fikir lagi pasal baju baby dan pelbagai alatan lain. Hebat Sofea ni.
Nokia 3310 yang aku guna buat kali terakhir sebelum memulangkan kembali kepada tuannya sudah berdering.
"Encik Abang call la tu."Kata Ayra. Aku hanya tersenyum lantas keluar daripada bilik. Kami perlukan privasi.
***
Akibat tidak tertahan , aku mengatur langkah dengan tergesa-gesa ke bilik air asrama. Bilik air agak sunyi memandangkan sudah pukul 2 pagi. Tengah syok-syok bergosip dengan mereka bertiga, aku terpaksa undur diri untuk qada hajat buat seketika.
Aku membuka pili untuk membilas wajah supaya segar. Tak tahulah perasaan aku saja atau aku sendiri yang perasan, ada kelibat jalan laju menuju ke bilik basuh. Terus meremang bulu tengkuk aku. Selama 10 bulan aku dekat sini tak pernah lagi lah ada budak kena histeria. Takkan time dah nak habis program baru 'makhluk' tu nak memunculkan diri ?
Tanpa menunggu lagi, aku berlari laju ke bilik. Tak nak aku jadi mangsa histeria yang pertama.
***
Unknown Number
2:05 a.m.
See you again ! Nice to meet you, Sayang.
Bertambah meremang bulu roma aku. Aku baru masuk bilik dan sekaligus mesej itu aku terima.Hanya aku yang berjaga ketika itu. Sofea, Ayra, dan Darshini sudah hanyut di alam mimpi. Penat sangat bergosip agaknya.
Soalan aku sekarang, adakah mesej itu ada kaitan dengan kelibat tadi? Cepat-cepat aku tarik selimut dan peluk Darshini. Kan malam ini kami berempat tidur di atas toto dan ini kali terakhir kami bersama di asrama. Bila lagi nak peluk?
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...