Bab 44- I Love You To The Moon And Back

1K 12 0
                                    

"Rosie, bawa masuk dalam. Nanti budak aras satu nampak."Arah Kak Maria, salah seorang senior di aras bawah.

"Rosie,kenapa tu?"soal Sofea lantas menghampiriku yang masih di muka pintu. "Ya ALLAH!"Sofea terus masuk kembali dan menyarung tudung. Begitu juga dengan beberapa orang senior dan rakan-rakan di aras bawah yang tidak pulang ke rumah. Kelam-kabut mereka masuk ke bilik kerana baru tersedar yang aurat mereka terbuka. Tidak dijangka pada malam itu secara tiba-tiba ada tetamu yang tidak diundang. Lelaki pula tu.

"A-apa abang buat kat sini. Sinikan asrama perempuan."Tergagap-gagap aku bersuara. Kak Maria yang sudah lengkap bertudung hanya memerhati kepada aku memandangkan aku membeku di situ.Lantas, dia menghampiri. 

"Rosie, Sir."Kak Maria memandang kami silih berganti. "Bincang dekat dalam. Saya takut timbul fitnah.Rosie suruh roommate Rosie teman. Tak elok berdua-duaan dengan bukan mahram."Arah Kak Maria. Aku yang masih terkejut terus menarik Fadzil ke dalam.Kak Maria memberi isyarat agar aku bertemu dengannya sebentar nanti.

"Abang nak tidur sini!"Bentak Fadzil setelah pintu ditutup. Aku masih terdiam. Sofea yang memandang ke arah kami lantas menghampiri aku dan menyentuh bahuku.

"Aku faham kau nak privasi. Aku pergi settle dengan Kak Maria."Anis terus keluar daripada bilik. Aku faham dia tidak selesa dengan kehadiran Fadzil yang secara tiba-tiba.

Fadzil mencapai tanganku dan memandangku. "Abang minta maaf sebab menyusahkan Rosie."Dia mengelus lembut pipiku. Tudungku masih belum tertanggal dari kepala.

"Tapi, apa yang abang buat ni salah. Menceroboh kawasan perempuan abang tahu tak? Kelam-kabut diorang masuk bilik tadi. Kalau Rosie jadi diorang, habis abang kena sumpah seranah tau."

Fadzil ketawa tiba-tiba."Ni Rosie sempat tak nak sumpah seranah abang?"

"Tak sempatlah. Dah terkejut macam nak mati tadi. Abang kan tak sihat. Kenapa keluar rumah malam-malam ni? Kejap lagi akan datang seorang lagi pensyarah, nak jemput suami dia balik. Suami dia dah sesat kat sini."Sekali lagi Fadzil ketawa mendengar kata-kataku. Tanganku digenggam kemas. 

"Abang dah halau dia. Sekarang nak jemput isteri tercinta balik. Jom."Aku lantas menggeleng dan mengerutkan kening.

"Halau?"Soalku tidak mengerti. Fadzil mengangguk laju.

"Dia menceroboh rumah kita tahu? Habis bersepah rumah tu.Sepanjang kita dekat Ipoh,sepanjang minggu tu lah dia dalam rumah tu. Berapa banyak pinggan mangkuk dekat dapur tu dia biarkan. Sampah-sarap sampai naik ulat. Tadi, sebelum dia keluar, abang hukum dia suruh kemas semuanya. Tak tahulah dia kemas betul-betul ke main-main. Dia dah tak ada dekat dalam rumah tu. Tak tahan agaknya jadi isteri Fadzil yang handsome ni kan?"Terkekek-kekek dia ketawa dengan muka chicken poxnya itu. Aku hanya mencebik bibir.

"Ni abang nak tanya. Kenapa Rosie jadi patuh sangat dengan arahan dia? Kenapa keluar rumah tanpa izin abang?"Dia mencuit hidungku. "Nak menangis abang tau bila Rosie buat abang macam ni."Suaranya semakin mengendur.

"Rosie memang nak balik asrama terus lah tadi. Rasa belengas seluruh badan. Abang tahu apa?"Giliran aku pula mencuit hidungnya. Aku berusaha untuk melepaskan pegangan tangan namun, hampa. Dia lagi mengetatkan.

"Dekat situ tak ada bilik air? Rindu sangat dekat toilet asrama?"Aku mengangguk laju. Dia hanya mencebik bibir. Seketika tangannya menyentuh mataku.

"Nangis eh?"Soalnya tiba-tiba. Terus aku menggeleng laju."Tipu. Sembam dah mata ni. Ish, kalau ibu dengan ayah tahu menantu diaorang buat anak diaorang menangis, habis abang."Terus terburai tawaku. Fadzil ni memang suka menghilangkan kesedihan orang. Itu sebab aku sayang. Eh?

"Dah dah tak mahu menangis lagi. Abang minta maaf. Kesian lah dekat baby kita. Dia pun tak nak tengok umi dia menangis. Kan baby kan."Telinganya pula mendekati perutku.

"Abang pergilah balik. Kesian Sofea nak belajar tak selesa apatah lagi Rosie."kataku sambil mengeluh perlahan.

"Yalah. Abang tahu Rosie benci sangat dah dekat abang."Aku kenal nada itu. Suara orang merajuk dan suara itu sangat gedik.

"Bukan benci. Kalau abang dekat sini, lagilah Rosie tak boleh fokus. Yalah, dah lah handsome. Rosie asyik nak pandang je."Aku cuba untuk menjadi sweet talker dan sangkaan aku tepat bahawa Fadzil sudah tergelak terbahak-bahak.

"Betul ni nak abang balik?"Aku mengangguk laju. "Serius?"soalnya lagi. "Serius."Jawabku. "
Tak ada talian hayat?"Aku geleng lagi.

"Ala. Tak ada teman lah abang malam ni dengan esok dan seterusnya."Dia memuncungkan bibir.

"Miss Anis kan ada."

"Tak nak!"Dia membentak sambil menghentakkan kaki. 

"Dia isteri abang sekarang. Abang kena bertanggungjawab."Aku membetulkan rambutnya yang sudah berserabai.

"Abang nak Rosie."Dia memandangku dengan wajah yang sayu. Aku bukan tak mahu tapi aku ingin memberi ruang kepada mereka. Lambat-laun,aku kena terima walaupun perit. 

"Abang, Rosie pergi tengok dekat luar. Kalau ada perempuan, Rosie nak suruh diaorang menyorok sekajap. Sebab nak suruh abang balik."

"Tak sabar betul nak halau abang."Fadzil menarik wajah masam. Aku tersenyum nipis.

"Abang kena balik. Tak boleh lama-lama disini. Tak baik. Boleh timbul fitnah."Kataku sambil tersenyum. Fadzil berdiri lemah dan aku pun ikut berdiri. Tidak lama kemudian, dia menarik aku ke dalam dakapannya. Aku perasan ada air yang menitis di tudungku. 

"Abang menangis? Ish, tak sado lah macam ni."Sempat lagi aku mengusik. 

"Abang tak kuat lah sebab kena berpisah dengan awak."Dia mengucup ubun-ubunku.

"Jaga diri, jaga baby elok-elok. Study smart not study hard. Tidur awal jangan stay-up lama sangat. Lagi satu.."Fadzil tidak menghabiskan ayatnya. Aku pula yang tertanya-tanya.

"Lagi satu?"

"I love you to the moon and back! Abang minta maaf sebab banyak menyusahkan Rosie. Paksa Rosie balik Ipoh, then banyak yang Rosie dah tertinggal. Abang bertanggungjawab! Rosie jangan risau."Aku terdiam sebentar. 

"Rosie?"Aku tersedar dari lamunan.

"Betul nak abang balik?"Aku mengangguk lagi. 

"Okeylah.Cepat pergi tengok dekat luar. Takut abang ternampak aurat pulak nanti."Aku melangkah perlahan. Dalam hati, berat untuk melepaskan. Tapi kena lepas jugak! Aku terdengar Fadzil mengeluh kuat. Dia juga berat hati nampaknya.

"Abang, line-clear."Fadzil lambat-lambat berjalan menuju ke muka pintu. 

"Bye Abang! Hati-hati."Aku melambai tangan. Fadzil kelihatan resah disitu. Lambat-lambat dia membalas lambaianku.

Kak Maria tiba-tiba muncul di muka pintu. Terkejut aku!

"Jumpa akak dekat bilik study. As soon as possible!"Kata Kak Maria dengan nada yang agak tegas lantas berlalu meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Susuk tubuh Fadzil sudah lenyap ditelan kegelapan malam. Sekali lagi aku mengeluh.

"Bertambah lagi orang yang tahu.Huh!"





S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now