Aku memberi signal untuk masuk ke kawasan kolej. Fadzil disebelah aku toleh. Comelnya. Dia punya habit waktu tidur. Suka hisap jari. Aku senyum sendiri. Tugas memandu terpaksa diambil alih oleh aku kerana Fadzil terkena demam cacar pagi tadi. Semuanya aku sedar pagi tadi.
Aku bangun untuk solat subuh. Aku bukan lagi di sofa waktu itu tetapi di katil. Kerja Fadzil lah ni, guna kudrat dia untuk mengangkat aku yang berat ni.
Selalunya dia yang bangun dulu. Tapi pagi tadi, dia terus berselubung di dalam gebar tebal. Aku tunggu juga dia bangun. Tapi keputusannya hampa. Terus aku pergi lihat dia di katil seusai solat.
"Ya Allah,abang!"Alangkah terkejutnya aku apabila wajah tampannya sudah ditumbuhi beberapa biji kecil berair berwarna merah. Terus aku panggil mama dan kami ke klinik desa pagi itu juga.
Sekarang,suhunya mungkin sudah menurun. Kool Fever juga menjadi penyejuk di dahinya.
***
"Abang dah sampai."Kejutku. Proton Iriz sudah selamat diparkir di tempat parkir kenderaan pensyarah. Kami sudah sampai! Hai rumah!
Suasana kolej malam itu agak sepi kerana pelajar-pelajar masih belum pulang. Esok penuhlah memandangkan esok sudah hari Ahad. Hari terpisahnya para pelajar dengan ibu bapanya kerana ingin menuntut ilmu. Aku menarik nafas lega kerana pengawal keselamatan tidak check siapa di dalam kereta. Kalau tidak...
Kami terpaksa bergerak pulang awal sehari kerana aku perlu mempersiapkan diri menghadapi hari esok. Kena ingat yang aku belum merdeka lagi.
"Tak nak turun."Rengek Fadzil. Dia sudah muntah sebanyak dua kali sepanjang perjalanan pulang tadi.
"Abang berehat dekat dalam ya. Dekat dalam rumah selesa."Aku cuba memujuk.
"Rosie teman abang kan malam ni?"Aku angguk sambil tersenyum. Dekat bilik aku mana ada orang lagi. Kecuali kakak-kakak senior yang rumah mereka nun jauh di sana. Mereka tidak pulang. Jadi mereka ada di asrama.
Dia juga tersenyum dan aku memapahnya masuk ke dalam rumah. Rasa sunyi pula kerana tiada suara yang mahu sakat aku sepanjang hari itu.
Setibanya di depan muka pintu, aku terkejut kerana pintu tidak berkunci.
Kami masuk dan...
"Fadzil! You kenapa? You demam ke? Kau buat apa dekat suami aku?"Jerkah Miss Anis kepadaku. Habis tersembur liurnya di wajahku. Cis!
"Abang chicken pox. Saya hantar dia je ni. Saya nak balik asrama dah."Aku terus membawa Fadzil ke sofa.
"Amboi, daripada gelaran Sir dah bertukar abang. Bagus lah, lagi cepat kau berambus, lagi seronok aku. Aku tak suka lah tengok orang menggatal dengan suami aku."Aku menjuih bibir. Gaya perempuan ni cakap macam laki dia seorang.
"Saya malas nak gaduh. Saya minta diri dulu."Aku sudah berpusing ke belakang.
"Sayang."Tangan aku ditarik semula. Miss Anis yang iri hati dan busuk hati melihatnya dengan pantasnya melepaskan tarikan itu tadi.
"Abang, Miss Anis dah ada di sini. Rosie kena balik asrama. Miss Anis boleh jaga abang."Aku tahan sebak di dada. Tahanlah Rosie! Bertahanlah!
"Kau tak tengok ke gambar bulan madu kami?"soal Miss Anis tiba-tiba.
Aku senyum. "Mestilah saya tengok. Tapi saya manusia biasa, penilaian saya pada gambar tu belum tentu tepat. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Melihat."Aku sambung langkahku walaupun berat.
"Rosie! Abang nak Rosie."Fadzil menjerit memanggilku.
"Bajet alim lah kau. Fadzil, I kan ada.I boleh jaga you. You demam kan? Sini I urutkan kepala."
"Tak nak kau! Aku nak Rosie!"Itulah suara yang aku dengar ketika aku sudah berada di luar rumah. Air mataku menitis perlahan.
Aku dah agak mesti benda ni akan terjadi. Selamat tinggal abang!
Beg-beg yang berada di dalam kereta aku biarkan. Malas aku ambil peduli.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...