Bab 61- Aisyah Humaira

1K 13 0
                                        

"Faizul!"Pintu bilik terkuak. Wajah Mama dan Fadzil terpacul di hadapan muka pintu. Aku terus berlari ke arah Mama sambil menangis teresak-esak. Mama memeluk aku erat. Fadzil terus ke arah Faizul lantas menghadiahkan beberapa tumbukan di wajah.

"Aku dah agak dah!"Fadzil menjerkah. Saat itu Faizul sudah terpelanting dan sedang mengaduh kesakitan sambil menyapu luka yang terbit daripada bibir akibat ditumbuk.

"Kau memang ada niat tak baik dengan bini aku!"Fadzil menyambung lagi. Dia mara lagi ke hadapan untuk memberi lagi tumbukan. Pada pandangan aku, Fadzil masih belum puas memukul saudara kembarnya itu.

"Fa-Fadzil. Cukup-cukup! Aku minta maaf. Sumpah aku tak sedar."Faizul tergagap kerana menahan kepedihan.

"Tak sengaja? Itu alasan kau? Kau tak fikir ke yang aku tak ada. Suka hati kau menceroboh bilik kami. Sekarang kau kata tak sengaja? Pembohong besar!"

Dushh!

Satu lagi tumbukan Fadzil hadiahkan kepada Faizul. Fadzil menghela nafas kasar. Dia pandang ke arah ku yang sedang berada di sisi Mama. Aku tak tahu apa maksud pandangan itu. Tapi dia seperti mahu menumbuk aku juga. Uish!

"Aku memang ada perasaan dekat bini kau. Aku kesian dekat dia. Dia punyalah baik, kau boleh pula pergi duakan dia."Luah Faizul yang masih tersandar di dinding bilik kami.

"Apa? Kau fikir aku saja-saja ke buat semua tu?"Fadzil menyoal kembarnya. Riak tidak puas hati menghiasi wajahnya.

"Kita lelaki Zil. Aku tahu apa kehendak lelaki. Tak cukup satu."Balas Faizul dan sekali lagi-

Dushhh!!

Tumbukan lagi. Aku rasa bibir Faizul pasti sudah pecah.

"Kau cakap biar beradab. Aku membesar dalam keluarga yang ada agama. Bukan macam kau. Hidup dalam keluarga yang tak beragama. Kelab malam macam tempat tidur setiap hari. Arak macam minuman harian!"Jerkah Fadzil.

Kali ini aku yang tergamam. Aku terus pandang Mama.

Mama menahan sebaknya. Dia terus keluar daripada bilik kami , melepaskan tanganku.

"Memang! Itu semua salah abah! Dia yang silap bagi aku kepada keluarga tu!"Balas Faizul lagi. Aku rasa Faizul ni nak kena tumbuk lagi. Sepatah orang kata, berpuluh kata dia balas. Aku pula yang rasa geram nak lempang.

"Kau keluar! Aku tak nak tengok muka kau!"Arah Fadzil sambil menunjukkan ke arah pintu bilik. Faizul terus bangun dalam keadaan yang termengah-mengah. Aku mengalihkan pandangan. Tak nak tengok muka dia. Hampir saja aku di noda buat kali kedua.

Terus aku berlari ke arah Fadzil yang sudah terduduk di sofa bilik.

"Abang."Aku menarik tangannya. Aku perlukan kekuatan saat ini.

"Kenapa tak kunci pintu bilik?"Soalnya tanpa memandang wajahku.

Aku diam. Mana taknya, aku yang lalai. 

"Lupa."Jawabku,pendek.

"ALLAH gerakkan hati abang nak balik juga pagi ni tau. Kalau tak balik abang tak tahulah apa yang jadi dekat isteri abang."Fadzil mengusap kepalaku yang berbalut topi sweater milik Fadzil.

"Rosie minta maaf. Abang jangan risau. Rosie masih suci."Aku menangis teresak-esak kerana bimbang Fadzil anggap aku perempuan kotor.

Sebaliknya pula yang terjadi. 

Fadzil ketawa terbahak-bahak.

"Abang?"Aku memanggil sambil menyapu sisa tangisan. 

"Baju Rosie koyak dekat mana?"Soal Fadzil, masih lagi ketawa. Terus aku mencubit lengannya.

S.J.P.S.sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang