Bab 25- Belacan

615 14 1
                                    

Terasa sejuk di seluruh wajah. Rosie Aulia membuka mata perlahan-lahan. Bau harum semerbak mawar merah menerpa rongga hidungnya.

Tubuhnya diselimuti kain selimut tebal. Tudung sudah tertanggal dari kepala cuma baju kurung masih lagi sama seperti pagi tadi.

      Pantas Rosie bangun. Terus mematikan aircond yang menerbitkan rasa dingin.

Pintu bilik terbuka. Kelihatan seorang gadis sudah terlena dalam keadaan duduk di atas sofa di ruang tamu.

"Ayra??"

Suaranya yang agak bergema di dalam rumah mengejutkan Ayra.

"Hmm.."

"Ayra..sorry.."Rosie sudah melangkah ke arah teman sebiliknya.

"For?"

"Hmm.. Penipuan aku selama ni."

"Buat apa nak rasa bersalah. Kau bukan buat maksiat pun dengan sir. Dah halal kut."kata Ayra selamba.

"So tak marah?"Rosie sudah tersengih.

"Huh. Nak marah buat apa. Aku faham situasi kau. Complicated,"balas Ayra.

"Thanks.."Rosie mencapai kedua-dua tangan Ayra lantas memeluknya.

"Err. Rasa haus pulak tekak aku ni. Air mana air? Dah jadi bini orang ni, mesti dah tahu cara nak layan tetamu kan?"Ayra mengusik.

"Banyak lah kau. Aku balik sini pun boleh bilang dengan jari."

"Patutlah selalu tak ada dekat bilik. Dia balik rumah suami rupanya."

Rosie tersenyum malu. Lantas membuka langkah untuk ke dapur.

***
"Aiman sambut kau."

Terjegil mata Rosie.

"Then?"Rosie seolah memaksa Ayra untuk memberikan penerangan seterusnya.

"Sir Fadzil patah balik lah, masuk DKB. Ambil kau dari Aiman tu."

"Habis, macam mana semua kawan kuliah aku? Diorang tak pelik ke?"

"Itu aku tak pasti. Aku rasa tak. Sebab mungkin diorang fikir bila serahkan kau kat pensyarah terus, settle problem."

Rosie mengangguk mendengar kata Ayra.

"Apahal kau pengsan weh? Lemahnya antibodi. Ke...."

"Ke apa?"

"Ada baby ehh?"Ayra tersenyum nakal pantas dicubit oleh Rosie

"Kenapa diam? Betul la tu. Dah berapa bulan?"

"Baru masuk 8 minggu,"

"Wahhh.. Tahniah.. Boleh ke concentrate study?"soal Ayra.

"InsyaAllah. Kau kena support aku tau."

"Takkan aku sorang je?"

"Okey, nanti aku balik bilik, aku cerita dekat lagi dua orang tu okey?"

"Kenapa tak pass kat aku je suruh cerita?"

"Biar dari mulut aku sendiri jelah."jawab Rosie.

"Kau tak payah lah balik bilik."

"Halau aku ke?"

"Bukan.. Keadaan kau sekarang. Macam risiko tinggi je."

Rosie tergelak.

"Sayang aku rupanya."

"Gila tak sayang."Ayra tersenyum.

***
Fadzil membuka pintu utama rumahnya.

Kasut isterinya sudah tiada di luar. Mungkin sudah pulang ke bilik bersama Ayra.

Pertembungan dengan Ayra memudahkan kerjanya.

Ayra membantunya memapah Rosie yang sudah tidak sedarkan diri ke dalam keretanya.

Meskipun tinggal di dalam tempat dia bekerja, Fadzil lebih selesa membawa keretanya.

Kedengaran sesuatu di dapur..

'Takkan perompak nak rompak rumah kut. Bukan ada apa pun dalam rumah aku ni'

Fadzil mengorak langkah ke dapur.

Kelihatan Rosie sedang ligat beraksi di dapur mereka. Fadzil tidak jadi meneruskan langkah sebaliknya memerhati dari jauh. Dalam diam dia mengukir senyuman.

'Baru umur 18 tahun. Gaya dekat dapur macam mak orang yang dah berpengalaman bertahun-tahun.'

Rosie mencampakkan belacan bersaiz kiub dan 10 batang cili kampung ke dalam lesung batu. Garam dan penambah perasa juga tidak dilupainya. Lantas, dia melakukan proses penumbukan.

Belum sempat ramuan sambal belacannya itu lumat di tumbuk lesung, tangannya pantas mengacau tomyam di dalam periuk. Aroma yang menyelerakan membuatkan dia tersenyum.

Fadzil sudah tidak keruan apabila terhidu aroma itu. Ingin saja dia pergi merangkul pinggang isterinya yang sedang di dalam dunia masakannya itu. Macam drama-drama Melayu.

Tapi..

Mindanya terus terkenangkan  kejadian pagi tadi.

Kejadian yang merobek hati lelakinya.

Apakah benar anggapannya selama ini?

Rosie menikahinya kerana terpaksa?

Tiada langsung rasa cinta dalam diri gadis itu buat dirinya?

Adakah cinta Rosie milik lelaki bernama Aiman Uwais dan bukan miliknya?

Soalan demi soalan itu bagaikan syaitan yang menghembuskan rasa was-was.

Fadzil tidak jadi untuk mengganggu isterinya sebaliknya dia terus melangkah malas ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Harapnya, selepas menghadap Allah sebentar nanti, dia tersedar dari lena dan menyedari itu semua hanya mimpi. Itu harapannya..

Bersambung....

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now