Bab 63- Stand By Me

1K 10 3
                                    

'Hukuman' Fadzil tidak menjadi kerana Najwa sudah terlena di atas katil kami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Hukuman' Fadzil tidak menjadi kerana Najwa sudah terlena di atas katil kami. Siapa suruh letak atas katil ini? Aku ketawa sendiri.

"Apa gelak seorang ni? Okey ke tak bini abang ni?"Fadzil yang baru lepas mengunci pintu bilik menghampiriku lantas menyentuh dahiku.

"Mana ada apa-apa. Cuma rasa freedom je."Jawabku,masih tersenyum.

"Freedom? Kenapa?"Fadzil masih tidak perasan akan apa yang terjadi.

"Hukuman yang abang nak beri tu, tak menjadi sebab Najwa ada atas katil."Aku ketawa terbahak-bahak lantas melarikan diri. 

Fadzil sudah faham sekarang. Baru aku nak berlari belakang almari, tangan aku sudah ditarik.

"Nak lari mana?"Fadzil ketawa jahat.

"Abang!"Aku menjerit kecil. Aku sudah di dalam dakapan Fadzil.

"Apa? Hukuman tetap hukuman. Mana boleh lari-lari."Fadzil ketawa lagi.

"Dah lah busuk!"Aku menahan nafas. Sebenarnya wangi. Fadzil mana pernah busuk.

"Apa dia?"Fadzil mendongakkan wajahku. Nampaknya posisi wajah kami semakin hampir.

Hampir.

Sikit lagi.

Tok! Tok! Tok!

Mata kami berdua beralih ke arah pintu. Okey, agak malu sedikit kerana aku yang mengeluh kuat. Fadzil tersengih melihat reaksiku lantas menghampiri pintu bilik.

Rosanna. Apa lagi dia nak? Huh!

"Sorry ganggu. Tu, Najwa tu boleh tidur dekat bilik adik. Macam ganggu Abang Fadzil dengan kakak je."Rosanna bersuara manja. Aku tahu niat dia baik. Tapi, mengganggu aktiviti suami isteri betul! Aku ingat dia dah tidur.

Fadzil memandang aku yang sudah terduduk kekecewaan.

"Rosie?"Fadzil memanggil.

"Tak apa. Biarlah Najwa tidur sini. Tak ganggu pun. Kitaorang mana buat apa pun. Nak tidur dah ni."Aku bersuara malas sambil menjeling ke arah Rosanna yang tak henti memandang suami aku.

Sejak bila dia jadi gedik ni?

"Abang tutup pintu ya. Terima kasih adik."Fadzil menguntum senyuman kepada Rosanna.

"Adik?"Fadzil memanggil lagi. Bayangkan. Dia tengok abang ipar dia tak berkelip. Minah ni memang nak kena.

"Eh! Hehe. Betul ni tak menganggu? Kalau macam tu adik masuk tidur dulu. Bye Abang Fadzil."Rosanna melambai tangan. Dia ucap selamat tinggal pada Fadzil saja? 

Aku mencapai tuala selepas membuka tudung. Bilik air di bilik aku rosak. Jadi terpaksa keluar dari bilik untuk ke bilik air berhadapan bilik Rosanna. 

"Jom mandi sama nak?"Fadzil turut mencapai tuala.

Aku menggeleng kepala lantas keluar daripada bilik.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now