Bab 26- Mimpi

637 20 2
                                    

"Kenapa abang tengok je dekat makanan tu? Tak ada selera ke?"

      "Eh mana boleh tak ada selera, favourite abang ni. Thanks sayang,"Fadzil tersengih. Tangannya mula mencedok kuah tom yam dan isi-isi yang berada di dalamnya.

     Seketika dia tersenyum. Hirupan pertama sungguh menggugat hatinya. Mendamaikan jiwanya. Lupa seketika masalah yang terbeban di kepala.

   Rosie Aulia tersenyum melihat gelagat suaminya. Siapa tak happy bila suami tergoda dengan air tangan sendiri.

       "Abang.."

       Fadzil menoleh.

        Rosie tidak jadi meneruskan kata. Dia tidak mahu membiarkan suasana bahagia itu berlalu hanya disebabkan apa yang bakal dikatakan olehnya nanti.

      "Sayang nak cakap apa?"
      "Nothing.."Rosie kembali melihat nasi yang masih belum diusik olehnya.

      "Kenapa tak makan tu? Nak abang suap ke?"

       "Eh tak tak. Abang makanlah."Rosie kembali melihat ke arah nasinya.

       Fadzil tidak jadi meneruskan kunyahan. Bila tengok orang yang dicintai sedang gundah-gulana, aku dengan happynya makan nasi.

       "Rosie,"
       "Apa?"
       "Abang bukan baru kenal Rosie semalam tau,"
       "Jadi?"
       "Ada masalah cakaplah. Jangan pendam. Apa function abang jadi suami Rosie kalau masalah pun nak rahsia,"
       "Mana ada masalah. Rosie happy je tengok abang makan."Rosie mengukir senyuman.
       Fadzil kenal senyuman itu. Senyuman yang dibuat-buat. Dia tahu Rosie dalam dilema. Sedangkan dia juga sedang berperang dengan perasaan yang membisikkan bahawa isterinya mencuranginya, namun ditepis jauh-jauh rasa itu. Dia perlu bersikap rasional. Mana boleh ikut perasaan macam itu saja sedangkan Rosie sedang mengkandung anaknya. Benih darinya.

         Fadzil menyentuh pipi isterinya.
         Terdengar hembusan nafas berat yang menyapa pipi lelakinya.
          Terasa sesuatu sedang menitik di atas jarinya.

        "Eh kenapa ni?"
        "Rosie mintak maaf. Banyak dosa Rosie pada abang."
        "Dosa apa pulak?"
        "Abang marah Rosie kan pagi tadi sebab Rosie tiba-tiba hilang dengan Aiman."
  
         Fadzil terkesima mendengar kata isterinya. Kalau boleh dia tidak mahu membangkitkannya di saat mood mereka yang tidak berapa okey ini.
         "Rosie..."
          "Abang..."Rosie terus berdiri dan memeluk suaminya yang masih duduk di kerusi meja makan tersebut.

          Fadzil tidak mampu berkata apa-apa. Dia membiarkan sahaja dirinya berada di dalam pelukan isterinya. Biar dia menangis sampai puas. Nak buat macam mana, senjata orang perempuan yang paling hebat ialah..... Tangisan.

***

"Abang Yusuf!"

Fadzil tersedar dari lena. Matanya terus melihat orang disebelah yang sudah lena.

       Memandangkan malam ini malam Sabtu, Rosie tidak mahu pulang ke bilik.

   Usai makan malam tadi, mereka menunaikan solat isyak berjemaah kemudian menonton televisyen bersama sambil menyiapkan latihan Matematik. Fadzil yang serba boleh dalam subjek itu, dengan rela hati membantu.

        Rosie yang tidak mampu menahan mata daripada terlelap akhirnya syahid di atas meja belajarnya.

    Fadzil hanya mampu menggeleng. Sudah banyak kali dia pesan. Kalau mengantuk, stop dan tidur. Tapi...

***

Emosinya tidak stabil. Mimpi malam tadi sungguh mengerikan.
      
        Rosie termenung melihat jalan raya. Kereta tidak banyak pagi ini. Dia yang mengajak Fadzil ke Bukit Jugra.
    
         Tak wajiblah kalau duduk Banting, tapi tak pernah singgah sini.

"Boleh abang tanya?"Suara Fadzil memecah kesunyian.
   
        Rosie tidak membalas. Masih di dalam dunianya.

       Fadzil lantas menyentuh tangan isterinya.

        "Eh,"
        "Termenung jauh nampak. Ingat siapa?"soal Fadzil.
        "Mana ada siapa-siapa,"
         "Yusuf tu siapa?"
      Rosie tergamam. Suaminya tahu apa yang sedang diperah oleh mindanya?
          "Bukan abang ni hebat sangat sampai dapat baca fikiran sayang. Tapi.. Sayang sebut nama tu masa tidur,"
           Tangan Fadzil masih memegang tangan Rosie.

       'Takkan sampai sebut nama kut Rosie? Ya Allah. Apa aku nak jawab ni.....'

To be continued
p/s:dah lama jadi draf. harini baru boleh publish sbb kat rumah. hehe

doakan saya dan rakan2 utk exam akhir kami bulan 4 ni. habis exam, insyaAllah saya update banyak2 bagi lagi gempak ! xD xD



S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now