Aku tersedar daripada lena apabila terasa tendangan kecil di perutku. Wahh, anak ummi dah pandai tendang perut! Satu prestasi yang bagus. Aku tersenyum sendiri. Dalam kegelapan bilik rupanya Fadzil sedang mengucup perutku!
"Abang!"Aku bersuara separuh menjerit. Sumpah aku terkejut. Aku ingat haiwan apa yang tengah bermain dengan perut aku.
"Maaf buat Rosie terjaga. Tapi, anak kita dah pandai tendang perut Rosie."Dalam kegelapan malam, aku nampak dia tersenyum. Fadzil sambung aktivitinya yang tergendala itu lagi. Dapat aku rasakan kehangatan nafasnya. Aku selesa! Aku rindu!
Lantas aku buka terus lampu tidur. Aku tak selesa diperlakukan sebegitu-kau ni cakap pesen apa lah Rosie. Tadi selesa, lepas tu tak pula. Mana satu? Aku terus bangun daripada pembaringan. Fadzil terpinga-pinga memandang aku. Aku tidak membalas pandangannya.Aku jeling saja.
"Ceraikan Rosie lepas urusan jenazah abah dah selesai. Senang cakap, lepas kita dah balik KMS nanti."Aku tak tahu apa yang aku minta ini betul atau tak. Mungkin aku tidak sedar bahawa aku di bawah kawalan emosiku.
Fadzil yang berada di hujung katil pada asalnya, terus naik dan duduk di sebelahku. Leher aku dikucup perlahan. Sekali lagi aku terpesona! Oh Rosie, tolong jangan tergoda sekarang. Kau kena fikir apa yang dia dah buat pada kau.
Aku hendak marah atas perbuatannya tadi. Tapi sebaliknya aku membiarkan.
"Abang sayang Rosie."katanya sambil mengucup belakang telingaku pula.
"Tipu! Abang tipu!"jerit aku dengan linangan air mata. Fadzil terkesima.
"Kalau betul abang sayang Rosie, abang takkan menduakan Rosie. Dan sekarang, Rosie sendiri tak percaya yang Rosie dah dimadukan! Abang bayangkan, Rosie baru rasa indahnya bersuamikan abang dan Rosie tak nak kongsi dengan sesiapa. Tapi dalam kerisauan tu, Rosie kena kongsi juga! Abang ceraikan Rosie! As soon as possible!"Jerit aku lagi. Fadzil terus terdiam. Memikirkan ayat untuk memujukku barangkali.
Sangkaanku salah. Fadzil bangun dan kemudian dia mundar-mandir di dalam bilik. Dia buka lampu utama. Dan terserlahlah wajahnya yang sedang kusut.
"If you were on my shoes, I think you will do the same," Aku terdiam selepas mendengar katanya itu. Dia kemudiannya duduk di atas sofa empuk yang memang ada di dalam biliknya ini.
"Tak ada orang nak percaya abang. Termasuk isteri abang sendiri."Fadzil menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.
"Malam tu, memang Anis ada cuba goda abang. Kalau iman abang tipis, dah lama abang hanyut dengan godaan dia. Kalau abang pentingkan nafsu serakah abang, abang boleh je terus ajak dia masuk bilik hotel tu lepas dinner. Tapi, Rosie tahu apa yang abang fikir?"
Dia pandang wajahku. Aku terdiam seribu bahasa.
"Abang fikir, abang masih ada agama dan kemudian Allah dah bagi isteri cantik dah dekat rumah. Buat apa abang nak ikut nafsu sangat. Fabi ayyi aala i robbi kuma tukazziban."
Ayat itu macam familiar. Aku memikirkannya.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah,yang kamu dustakan."Fadzil menyambungnya lagi. Oh baru aku perasan. Itu surah Ar-Rahman! Ayat itu selalu di ulang-ulang di dalam surah itu. Aku tak sangka Fadzil akan memasukkan ayat Al-Quran ke dalam hujahnya.
"Entah macam mana, abang sedar dari tidur, abang tengok dia di sebelah. Abang sendiri cuba fikir macam mana abang boleh tidur sebilik dengan dia malam tu. Kepala abang pening."Fadzil sudah mengalirkan air mata jantannya.
Aku pula yang terkedu melihat. Aku masih dengan egoku.Syaitan seolah membisik bahawa Fadzil sedang berlakon.
Aku terus lihat matanya. Matanya redup saja. Tiada tanda yang dia menipu.
Fadzil bangun dan menuju ke pintu bilik. "Abang nak pergi mana?"soalan itu tiba-tiba terpacul keluar. Aku sendiri terkejut.
Fadzil tersenyum tawar sebelum menjawab, "Rosie tidurlah dulu. Abang nak cari keredhaan Ilahi."Dia terus menghilang di sebalik pintu bilik.
Ah sudah! Aku pula yang rasa bersalah sekarang. Jadinya, di pukul 4:50 minit pagi itu, aku menuruti langkah Fadzil. Aku mencari-cari susuk tubuhnya.
"Wal Qur a nil hakim,"Sayup kedengaran suaranya sedang mengalun bait-bait ayat suci Al-Quran Karim. Yang paling membuatkan aku terkedu, rupanya dia sedang menghadiahkan bacaan Yassin untuk jasad abah yang sudah kaku di ruang tamu.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...