"Ibu. Najwa macam mana?"Soal aku apabila melihat ibu masuk ke dalam rumah. baru pulang daripada hospital. Hanya ibu dan ayah. Mama tidak kelihatan. Mungkin giliran mama untuk menjaga Najwa. Fadzil juga tiada.
Ibu diam. Tidak menjawab soalanku.
"Najwa okey tak ibu?"Soal Idham pula. Dia sedang menyarung kopiah di kepala. Mungkin sedang bersiap sedia untuk ke masjid kerana waktu zuhur sudah hampir tiba.
Ibu masih tidak menjawab soalan kami. Ibu juga tidak memandang aku. Dia seperti buat-buat sibuk.
"Idham, siapkan barang-barang."Kata ayah ketika baru masuk ke dalam rumah. wajah ayah juga kusam. Seperti mengelak daripada bertembung dengan mata aku.
Najwa ditahan di wad kerana suspek denggi berdarah. Memang aku tidak senang duduk belakangan ini. Wajah comelnya sering bermain dimata dan suaranya yang riuh-rendah hilang sekelip mata setelah dia ditahan di hospital.
"Barang apa?"Soal aku lagi. Masih mengharapkan jawapan. Kenapa aku rasa aku dipulaukan?
Rosanna yang baru turun ke ruang tamu dipanggil oleh ibu ke suatu sudut jauh daripada aku. Ibu membisikkan sesuatu ke telinganya dan sekaligus wajah Rosanna berubah. Rosanna memandang aku kemudian mengalihkan pandangannya kembali.
"Kenapa dengan semua orang ni? Kenapa macam benci dekat kakak?"Soalku marah. Memang nada suara aku tinggi sekarang. Aku sudah tidak peduli samada Fasihah terganggu atau tidak.
Semua mata memandang aku. Aku tidak faham akan pandangan itu tetapi pandangan sayu.
"Kenapa ni?"Soalku lagi.
Ibu menghampiri aku.
"Kakak."Aku toleh.
"Najwa dah tak ada,"Sambung ibu dan aku rasa bagaikan mahu gugur jantungku sewaktu itu.
"Ibu ni. Najwa sihat elok tu. Ibu guraukan?"Aku menyoal sambil tersenyum. Aku tidak mahu menerima kebenaran ini. Mana mungkin akan berlaku kehilangan lagi selepas aku kehilangan Rabiatul Aisyah.
Ibu menunduk ke bawah. Ibu tahu aku mesti tak boleh terima.
"Tak, ibu tak gurau. Apa yang ibu cakap betul. Fadzil dengan mak mentua Rosie sedang uruskan jenazah Najwa."Kata ayah dan ketika itu ayah menghampiri kami.
"Apa semua ni?"Aku separuh menjerit. Air mata kembali mengalir. Di hari raya yang ketiga, aku kehilangan Najwa pula. Kenapa semua ini terjadi?
Ibu menenangkan aku sehingga aku sendiri tidak sedar yang aku sudah tertidur dalam pelukan ibu.
***
Aku memandang cermin di hadapan aku kini. Wajahku sudah dihias dengan pelbagai jenis gaya solekan daripada mak andam. Sekali pandang bukan macam Rosie Aulia. Serious talk.
"Dah siap belum?"Soal ibu ketika dia baru menguak daun pintu kamar pengantin yang aku duduki kini.
Aku mengangguk.
"Cantiknya!"Mama memuji dari belakang ibu. Dia turut melihat menantunya. Aku hanya senyum sekilas.
"Fasihah tidur ke?"Soalku. Mana tidaknya, daripada tadi aku tak nampak batang hidung dia. Sejak sampai kampung semalam, Fasihah seolah menjadi seorang artis popular. Ada saja insan menawarkan diri untuk mendukungnya.
"Ada dekat depan tu. Sepupu-sepupu kamu tengah main."Jawab ibu.
Aku mula melangkah keluar daripada bilik. Kompang diluar sudah berbunyi menandakan pengantin lelaki sudah tiba. Berdebar pula aku rasa.
Majlis resepsi ini diadakan di Pengkalan Hulu,Perak. Kampung Fadzil. Majlis ini diadakan bagi kedua-dua belah pihak. Ramai juga yang dijadikan jemputan. Cuma aku tidak tahu mereka sanggup hadir atau tidak kerana kami buat majlis di utara tanah air.
Warna pilihan kami ialah merah jambu. Daripada jauh aku sudah lihat Fadzil tersenyum manis kearahku. Aku diiring ibu dan mama berjalan menuju ke arah pengantin lelaki.
Dan aku sudah tidak tahu mahu kata apa. Aku jatuh cinta lagi.
"Eh, aku ingat Miss Anis isteri dia. Rupanya,"
Itu antara suara-suara sumbang yang aku dengar. Aku buat tidak tahu. Terus melangkah ke arah Fadzil. Lengan Fadzil dipaut dan kami beriringan ke khemah pengantin makan beradab.
Majlis kami berlangsung selepas waktu Zuhur. Bukan apa. Mahu memudahkan semua pihak. Biar semua sempat menghadap ALLAH terlebih dahulu. Memang ini yang kami rancang daripada dulu.
Acara berakhir pada jam 4 petang. Ramai juga yang menghulurkan ucapan tahniah dan bergambar bersama kami. Sungguh aku terharu melihat rakan-rakan sekelasku yang sanggup datang dari jauh.
"Rapat sikit,"Arah jurugambar itu. Apa lagi. Fadzil makin seronoklah buli isteri dia ini. Betapa rapatnya dia dengan aku tadi. Tak sabar aku nak tengok gambar pengantin kami yang macam-macam aksi. Pasti ada yang manis lebih dari gula.
Fasihah yang baru berumur 2 bulan turut menjadi penghias gambar kami. Baru aku berpeluang cium pipinya yang gebu itu. Dari semalam pipinya asyik digomol oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik suadara sahaja.
"Nak macam tu jugak,"Fadzil mengusik aku dan padan muka dia. Habis merah lengan kerana dicubit oleh aku.
***
Tanpa membuka pakaian pengantin, aku terus terbaring di atas katil akibat penat yang amat sangat. Dengan tudung-tudung sekali aku bawa pergi masuk mimpi.
Niat asal tadi, mahu berjemaah Asar dengan Fadzil. Namun apakan daya. Masa inilah bendera merah berkibar. Aku baru sedar ketika mahu ambil wuduk tadi.
"Sayang,"Aku dengar suara Fadzil. Tapi aku malas mahu buka mata jadi aku sambung tidur semula.
"Sayang,"Suara itu lebih manja. Kali ini sedang bermain-main dengan rambut aku pula. Eh, tadi aku pakai tudung kan?
"Apa?"Aku bersuara lemah.
"Jomlah solat berjemaah. Maghrib dah tak lama tau."Oh, mahu ajak solat rupanya. Terlupa mahu maklumkan kepada dia tadi.
"Cuti,"Balasku pendek kemudian memalingkan tubuh ke arah kanan. Aku nak tidur lagi.
"Ala. Tak jadi malam pertama hari ni,"
Aku dengar Fadzil mengeluh panjang kemudian bangun mencapai tuala dan keluar daripada bilik. Maklumlah rumah kampung. Tiada bilik air didalam bilik dan memaksa kami ke bilik air di dapur.
Aku ketawa kecil. Banyaklah dia punya malam pertama.
"Abang dengar orang ketawa tadi."Fadzil muncul tiba-tiba. Eh dia ni. Bahaya betul!
Fadzil menghampiri aku. Merenung segenap wajahku dan tersenyum nakal.
"Abang pergi solat Asar lah,"Aku menutup wajahku dengan bantal.
Fadzil menarik bantal itu turun ke bawah dan menarik hidung aku.
#Bersambung
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...