"Mama."
"Rosie kenapa? Fadzil buat apa dekat Rosie?"soal Mama kepadaku. Tubuhku sudah longlai tika itu. Tiada jawapan yang aku berikan pada soalan Mama.
Melihatkan keadaanku begitu, Mama terus berjalan menuju ke hadapan. Menuju ke bilik kami.
"Fadzil!"Mama terus buka pintu. Fadzil tika itu sedang menghampar tikar sejadah. Mahu solat Dhuha barangkali.
"Ya mama, nak solat sama-sama ke?"soalnya, masih belum nampak wajahku yang sudah merah.
"Fadzil buat apa dekat Rosie?"soal Mama tanpa menjawab soalan darinya. Secara automatik Fadzil menghampiri kami dan terus menarik aku yang dari tadi berselindung di belakang Mama.
"Sayang? What's wrong?"Dia mula mengusap air mataku lembut.
"Kenapa menangis ni?"Mata Fadzil mula beralih ke arah Mama.
"Apa yang kamu buat sampai dia menangis dekat luar bilik?"Soal Mama. Fadzil masih mengusap bahuku lembut.
"Dah pandai mengadu ya sekarang?"Suara Fadzil seperti sedang bergurau.
"Fadzil, mama tanya ni. Jangan lah nak bergurau di sini. Cepat, kamu berdua turun bawah. Kita bincang dekat bawah."Mama memulakan langkah untuk turun kebawah.
***
"Apa? Jadi kamu bernikah dekat Pangkor malam tu juga?"Soal Mama. Rahsia Fadzil sudah terbongkar pada Mama. Yeay yeay.
Fadzil mengangguk laju. Aku duduk disebelah Mama. Aku tak nak duduk dengan dia. Tak nak!
"Percayalah Ma, Zil buat semua ni kerana terpaksa,"Fadzil mula meraup wajahnya. Aduh. Aku dah tak dapat tengok dia menangis sebab kena marah dengan Mama. Ala.
"Cerita dekat Mama dari awal sampai akhir. Biar Mama faham. Rosie kena diam. Jangan menyampuk. Ingat senang ke nak cerai terus macam tu je. Menggegarkan arasy Allah tahu?"Pang! Kena setepek dekat muka. Kena marah juga.
Faizul tidak berada di situ. Mungkin ingin memberikan ruang privasi antara kami bertiga.
***
Malam Kejadian
Malam Gala Team Building 2016
"Fadzil, you bila nak kahwin. Takkan nak jadi antertu."Soal Anis. Fadzil mula angkat kening.
"Apa tu?"soal Hasnul yang turut berada di situ.
"Anak Teruna Tua."Jawab Anis lantas ketawa terkekek-kekek. Dia ingat lawak mungkin?
Hasnul mencebik bibir. "Kau tak tahu Fadzil dah nak jadi ayah orang,"Hasnul mula bermonolog di dalam hati.
"Apa masalah you kalau I antertu pun?"Suara Fadzil agak dingin namun Anis Syazira takkan pernah mengalah.
"Kahwin lah dengan I. I pun taknak jadi andartu,"Anis ketawa lagi sehingga mereka berdua mulai berasa rimas.
"Zil, aku balik bilik dulu. Nak solat Isyak."Hasnul mengundur diri.Fadzil sekadar mengangguk. Lega kerana dia sudah selesai mengerjakan tuntutan fardu itu di awal waktu.Fadzil turut bangun selepas kelibat Hasnul sudah hilang dari pandangan.
"Eh you nak pergi mana?"
"Ambil air."Fadzil mula menapak selangkah.Tangan Anis mula menarik lengan sasanya.
"Eh tak payah, I dah ambil extra untuk you."Anis menghulurkan gelas berisi cecair berwarna merah.
"Tak apalah. Nak ambil makanan sekali,"Fadzil mencuba lagi untuk mengelak. Dia sudah tidak selesa. Namun apakan daya, suara Anis yang semakin lunak dan cuba untuk menarik perhatian menyebabkan orang lain sudah pandang ke arah meja mereka. Fadzil mengalah.

ANDA SEDANG MEMBACA
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...