Bab 30- Alamanda

2.9K 12 0
                                    

"Kenapa dengan you ni? Jangan rapat-rapat sangat boleh? Tak tahu hukum agama ke?"Marah Fadzil.

         "Alah, yang you rapat-rapat dengan student you tu, tak apa pulak? Tak langgar hukum agama pulak?"Anis Syazira terus merapati Fadzil. Dia sengaja melepaskan rambutnya. 

       "Student? Student I yang mana? I ada ramai student dan semuanya I rapat,"Fadzil mula berasa tidak sedap hati. Baru dia tahu selama ini ada yang memerhati.

     "Jangan pura-pura tak tahulah Fadzil. Dah lama I tengok. You dengan Rosie tu macam belangkas. Yang Rosie tu pun satu. Hari-hari nak pergi jumpa you. Macam dah tak ada pensyarah lain yang dia nak tanya. Sikit-sikit you."Anis menjuih bibir.

     ***

Kamera jenama Nikon D1000 terus merakam aksi mereka berdua. Ada rancangan yang bakal dilaksanakan. Yang bakal menggemparkan seluruh warga Kolej Matrikulasi Selangor.

Kita tunggu dan lihat. 

Dalam diam Anis tersenyum puas. Padan muka! Selama ni jual mahal sangat!

***

Beberapa hari sebelum,

"Rosie, Miss Anis nak jumpa kau masa rehat nanti,"Kata Syazarudin, ketua kelas aku. 

      Aku mula angkat kening. Apadahal? 

Aku melangkah masuk ke ruang pensyarah unit Kimia. Sempat aku mengerling ke tempat Fadzil.Kerana unit Akaun dan unit Kimia berdekatan. Dia tiada. Aku tak tahu dia ke mana. 

    "Assalamualaikum miss."

     Waktu itu Miss Anis sedang mengikat rambutnya seperti ekor kuda. Aku cuma memerhati.

    "Duduk."Arah Miss Anis tanpa menjawab salam aku. Mungkin dia sudah jawab dalam hati. Husnudzon!

    "Jangan rapat sangat dengan Sir Fadzil boleh?"

    Nak jumpa aku sebab nak cakap pasal ini sahajakah?

Suka hati aku la nak rapat ke tidak. Tak kacau hidup dia pun.

"Sakit mata saya tengok."

Aku diam. Kisah pulak aku, dia sakit mata ke tidak. Nak aku belikan Eyemo ke?

"Awak ni daripada tadi diam kenapa? Say something!"

Dia mula meninggikan suara kepada aku sampai pensyarah-pensyarah lain sudah melihat ke arah kami berdua.

      "Saya dengan Sir tak lebih daripada hubungan seorang pensyarah dengan pelajar. Harap miss jangan salah faham."Aku bersuara dengan penuh kesopanan meskipun hati aku sudah panas! 

     "Tak kisah lah apa pun sebabnya, saya tak suka tengok kamu rapat dengan dia!"

Cis perempuan ni. Dia belum kenal aku siapa. Aku tarik rambut kau karang baru tahu!

"Faham?"

Aku angguk. Lantas aku bangun. Air mata aku mula bergenang. Tiba di pintu keluar, Fadzil masuk. Aku tidak memandangnya. Menegurnya apatah lagi. 

       Aku berlari keluar sambil menyapu air mata. Aku bukan mudah menangis orangnya. Tapi entah mengapa, semenjak dua menjak ini hati aku rapuh. Lebih rapuh bila ada yang menghalang hubungan aku dan suami meskipun dia tak tahu hubungan sebenar kami.

    Dalam sibuk mengesat air mata tanpa memandang ke hadapan. Aku terlanggar seseorang....

***

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now