Bab 66- Berpisah

1.2K 11 0
                                    

Aku memandang surat tawaran ke universiti itu dengan perasaan yang sukar untuk aku katakan. Ada gembira, ada teruja. Disebalik perasaan itu, terbit pula rasa sayu.

Aku memandang seluruh isi kondominium yang aku duduki kini. Fadzil beli sebagai hadiah ulangtahun kelahiran ku yang ke-19 tahun. Iphone 6 juga aku terima sebagai ganti telefon aku yang sudah pecah.

Dan kes telefon aku pecah itu juga adalah perbuatan Anis Syazira.

"Umi,"Najwa berlari ke arahku lantas memelukku erat. Fadzil yang baru lepas mengunci pintu rumah hanya tersenyum daripada jauh. Di tangannya ada beberapa bungkusan plastik. Mereka baru pulang daripada bazar Ramadan.

"Nanti umi pergi tak masa Najwa buat persembahan dekat tadika?"Soal Najwa sambil menyentuh pipiku. Aku membalas kembali sentuhan itu sambil tersenyum.

"Sorry sayang. Umi masa tu dah kena pergi universiti."Balasku. Ya, di hari kelima berpuasa ini dan ini hari terakhir aku berada di rumah ini. Esok sudah hari Isnin dan esok aku perlu mendaftarkan diri sebagai seorang mahasiswi di sebuah universiti yang jauh di utara sana. Dengan perutku yang sudah sarat ini.

"Ala, sekejap je. Lepas tengok Najwa, umi pergilah."

Aku tidak membalas kata-kata Najwa. Hati aku hiba. Ini masa depanku. ALLAH telah mempermudahkan segala urusanku. 

Fadzil menghampiriku. Aku tahu dia sudah dapat melihat perubahan wajahku.

"Abang."Aku menangis teresak-esak. Bahuku diusap oleh Fadzil perlahan-lahan.

"Najwa pergi mandi cepat. Waktu berbuka dah dekat ni."Arah Fadzil. Mujur Najwa mudah mendengar kata. Dalam keadaan yang terpinga-pinga,dia meninggalkan kami berdua di ruang tamu untuk ke kamar mandi.

"Abang faham."Fadzil menepuk-nepuk bahuku yang sudah berada di dalam dakapannya. 

"Ro-Rosie taknak pergilah macam ni!"Aku memandang tepat ke wajah Fadzil yang sungguh mendamaikan jiwaku, hatiku dan seluruh anggota tubuhku.

"Rosie. Ini peluang untuk Rosie pergi menuntut ilmu. Ala, Najwa tu kecil lagi. Dia sedih sekejap je."Fadzil mengusap rambutku ke belakang. Dia menyapu titisan air mataku.

"Tapi, Rosie nak tengok dia main cak lempong. Dah berapa hari dah dia asyik bagitahu Rosie benda yang sama."Aku memeluk Fadzil dan Fadzil menepuk bahuku lagi.

"Abang rakamlah nanti. Janganlah macam ni. Rosie tengah berjihad sekarangkan?"

Aku sekadar terdiam. Sendu aku masih belum habis. Tanpa menjawab soalan Fadzil,aku bangun dan menuju ke dapur. Mahu mempersiapkan makanan di atas meja makan.

Pada malam terakhir aku di kondo itu, aku berbuka puasa dengan mata yang merah akibat menangis. Tarawih pun aku cuma buat lapan rakaat. Begitu juga Fadzil.

Dan malam itu juga, aku memeluk Fadzil erat ketika tidur.

Aku bukan hanya akan kehilangan Najwa,malah pensyarah yang aku cinta juga.

***

Daripada jauh mataku sudah dapat menangkap pintu gerbang Universiti Utara Malaysia. Iriz Fadzil yang sudah dibaiki diiring oleh dua buah lagi kereta. Unser ayah dan Swift mama. Keluargaku dan keluarga mentuaku turut mengiringi kedatangan aku ke sini.

"Rosie?"Fadzil memanggil apabila dia melihat aku agak kurang selesa. Kandunganku yang sudah menjangkau tujuh bulan agak mengejangkan otot kakiku. 

"Lenguh sikit je."Aku memberi reaksi yang positif. 

Tiba di kaunter pendaftaran aku lihat agak ramai remaja sebayaku sedang beratur. Beza aku dengan mereka ialah, perut aku besar tetapi perut mereka kempis. Ramai juga yang memandang langkahku ke kaunter pendaftaran sambil memaut tangan Fadzil. 

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now