Bab 28- Sofea,Rosie,Ayra,Darshini

619 11 0
                                        

               Bayu angin menyapa lembut membuatkan tudungku melayang-layang umpama layang-layang. Bezanya, tudungku masih melekat di kepalaku. Menutup segenap keaiban ku.

              Bahu kiri ku disentuh lembut. Aku menoleh.

              "Abang Yusuf?"

            Bahu kanan ku pula dikuis lembut. Lembut sekali. Aku seolah sudah mengetahui siapakah orangnya.

           "Abang!"

          Kali ini aku bangun daripada dudukku lantas memeluk lelaki yang menyentuh bahu kanan ku. Aku rindu. Seolah lama telah lama terpisah. Sungguh! Air mataku mengalir deras. Lebih deras daripada air terjun yang mengalir di tengah hutan rimba.

          Perasaan marah dan gembira bergabung menjadi satu. Marah kerana dia meninggalkan aku untuk sekian lama. Gembira kerana dia sudah kembali ke pangkuan ku.

         Tiba-tiba tubuhku direntap hebat oleh  Yusuf. Terurai sudah pelukan ku terhadap suamiku yang tercinta. Dia membawa aku pergi. Jauh dari Fadzil. 

          "Abang!" 

         Aku menjerit-jerit dan meronta-ronta. Namun Fadzil tidak mengejar aku. Malah membiarkan aku pergi.

***

      "Seriously Rosie?"Sofea separuh menjerit pada pagi Sabtu itu. Okey. Syukur kerana Ayra sudah menutup pintu bilik asrama kami berempat awal-awal lagi.

       Darshini juga kelihatan terkejut sampai mulutnya ditekup dan biji matanya terjegil. Normal lah tu bila dengar aku cerita benda yang tak masuk akal.

         Ayra je okay. Memanglah dia tak terkejut langsung sebab dah tahu cerita 'panas' aku dulu. Itupun sebab dia bertembung dengan Fadzil. Kalau tak... Ehh ini semua ketentuan ilahi. Memang takdir Ayra tahu benda ni semua awal-awal.

          "Sumpah aku ingat kau main-main je minat dekat sir tu.. Rosie. ini semua sukar untuk aku percaya. like fairytale story!"

         Sofea masih dengan pendiriannya. Taknak percaya aku.

         Sebenarnya aku tak nak cerita pun pasal benda ni semua dekat diorang. Memandangkan diorang ni roommates aku yang selalu tengok aku keluar tiba-tiba kadang-kadang tak balik bilik langsung, itu sebab aku bagitahu. Aku bongkarkan rahsia aku.

      So nanti tak ada lah diorang asyik sangka buruk je memanjang dekat aku.

    Mana aku tahu diorang sangka buruk?

   Ayra. Dia cerita sampai kakak-kakak senior asyik jadikan aku sebagai bahan cerita gosip sebab adalah pada satu malam. Tengok aku balik bilik pukul 4 pagi. 

  Alah. Normal lah kan hidup seorang student. Mungkin aku pergi study dengan kawan-kawan. Tidur bilik kawan ke. Nak kejar 4-flat katako.

     Yang aku ni pun satu. Macam mana diorang nak husnudzon. Bila balik je, penuh tangan aku dengan makanan. Bukan buku.

     Makanan tu pula bukan makanan biasa-biasa. Kadang-kadang Dominos tiga kotak. Sorang satu untuk roommates aku. Bukan aku yang beli. 

       Rezeki aku mungkin. Dapat suami yang tak kedekut. Tiap kali lepak dominos dengan dia, mesti dia order lebih. Bila aku tanya kenapa, dia kata..

       "Untuk roommates sayang, kesian diorang tak dapat makan sedap-sedap."

      Lepas ni boleh aku suruh dia order untuk hakak-hakak senior sekali. ye dak?

S.J.P.S.sCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang