Takbir raya berkumandang. Seiring dengan irama syahdu yang berjaya menitiskan air mataku. Aku berpantang di ruang tamu rumah ibu dan ayah. Ketika sampai pada Isyak semalam, segala keperluan untuk ibu berpantang seperti aku disediakan.
Sanggul rambut aku tinggikan. Selepas itu aku mengambil Rabiatul Fasihah yang berada di dalam kelambu bayi untuk menyusukannya. Waktu ini, hanya ada aku, Najwa dan bayiku saja di rumah.
Seluruh ahli keluarga pergi ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bersama-sama jiran tetangga. Rosanna yang bercuti solat menjaga jasad lagi seorang bayiku sementara menunggu waktu untuk dikebumikan.
Arwah Rabiatul Aisyah akan dikebumikan selepas solat hari raya nanti. Rabiatul Aisyah dan Rabiatul Fasihah. Nama yang terpaksa kami tetapkan awal iaitu sebelum hari ketujuh kelahiran mereka bagi memudah urusan pengebumian jenazah Rabiatul Aisyah.
Teruk juga aku menangis tadi. Merayu mahu turut serta. Tapi, feedback yang aku terima ialah
"Rosie tak kuat lagi,"Kata ibu sambil mengusap bahuku.
"Tunggu dah suci dari nifas dan dah habis pantang ya?"kata Mama pula lantas menepuk lembut bahuku.
"Kalau sayang macam ni, abang tak ada semangat,"Ini sudah tentu daripada Fadzil. Bukan sahaja kata-kata, kucupan di dahi untuk Syawal pertama pun aku terima. Habis lencun baju melayu raya dia dek air mata aku tadi.
"Umi,"Najwa memanggil aku ketika aku sedang menyendawakan Rabiatul Fasihah yang baru lepas menyusu dan tika itu televisyen menyiarkan rakaman takbir raya daripada para artis Malaysia.
Najwa tidak menghabiskan ayatnya. Sebaliknya dia berlari ke dapur. Terpinga-pinga aku dibuatnya.
Lama juga dia di dapur. Aku mahu pergi jenguk pun, kudratku tidak kuat. Tubuhku masih lagi lemah.
"Najwa!"Laungku daripada ruang tamu.
Senyap.
"Najwa Nurimanina!"Laungku lagi.
Masih tiada jawapan.
"Assalamualaikum,"
Aku toleh ke arah pintu hadapan yang tertutup. Ahli keluargaku sudah pulang.
"Abang."Aku memanggil Fadzil yang sedang meletakkan tikar dan segala peralatan ketika di tanah perkuburan tadi di stor bawah tangga rumah.
Fadzil menghampiriku dan-
"Kakak! Abang Fadzil!"Suara Rosanna menjerit dari dapur. Berlari ibu dibuatnya. Ayah dan mama serta Idham turut ke dapur juga.
Seketika kemudian, ayah kembali ke ruang tamu sambil mencempung tubuh kecil Najwa yang sudah tidak bermaya.
Aku dan Fadzil terpana. Aku nampak darah sekarang. Darah melumuri mulut Najwa.
"Najwa!"Aku meletakkan Rabiatul Fasihah kembali ke dalam kelambu bayi kerana aku ingin melihat keadaan Najwa. Namun, tubuhku pantas ditahan oleh tangan Fadzil.
Dia menggeleng.
"Sayang duduk saja. Tengah lemah macam ni, please jangan tunjuk kuat."Kata Fadzil lantas bangun menghampiri ayah. Mereka beriringan tetapi masih dalam keadaan kelam kabut keluar dari rumah. Kunci kereta sempat dicapai oleh Fadzil.
"Najwa okey tu. Jangan risau ya,"Mama menepuk-nepuk bahuku lembut. Kereta ayah sudah hilang dari perkarangan rumah setelah deruman enjin berjaya dihidupkan. Mereka ke hospital.
Aku sekadar mengangguk mendengar kata mama. Lemah? Sampai hati Fadzil kata aku macam tu. Aku bukan lemah pun. Aku masih punya kekuatan. Fadzil fikir, kerana aku bersalin, kekuatan aku hilang serta merta? Begitu? Aku merajuklah macam ini.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...