Aku renung siling yang kelihatan kosong. Bilik sudah gelap. Semua roommate aku tidur awal. Nampaknya kami sudah bersedia untuk kertas pertama bagi PSPM 2 yang akan berlangsung pada esok hari.
Sengaja aku biarkan fikiran yang berawang-awangan. Biarlah pemikiran aku merayap hingga ke negara China. Malas mahu fikir tentang apa yang Aiman cakap pada tempoh hari. Tika kami beriadah bersama-sama.
"Habis matrik, aku bagi masa pada kau sebanyak dua minggu."Kata Aiman sambil menghirup air Big Cup perisa coklat yang ditempah sebentar tadi. Aku sedang makan ayam gunting Uncle Bob dengan penuh nikmat manakala Syafiqa yang turut serta sedang minum Big Cup perisa strawberi.
"Dua minggu ? Masa apa yang kau bagi kat aku ni?"soalku sampai mengerut kening.
"InsyaALLAH aku akan hantar family aku ke rumah kau untuk rombongan meminang."Tersekat terus ayam gunting aku di tekak dan Syafiqa hampir tersembur airnya di wajah Aiman. Terus Syafiqa memandang ke arahku sambil membuat muka terkejut. Aku memberi isyarat supaya bertenang.
"Biar betul kau?"Aku masih mengawal nada suaraku agar tidak terlalu kuat. Buang tabiat ke apa mamat ni. Berdiri bulu roma aku. Macam baru lepas dengar cerita seram!
"Aku serius. Fiqa jadi saksi kalau aku menipu."Matanya beralih pula ke arah Syafiqa yang sedang cuba untuk bertenang. Aku tengok dia lagi terkejut dari aku.
Belum sempat aku membalas kata, suara Charlie Puth sudah masuk line. Terima kasih telefon! Kau berbunyi pada waktu yang tepat. Aku meminta izin untuk bercakap dengan telefon sebentar. Mereka berdua hanya mengangguk.
Fadzil telefon. Nadanya tidak tenang. Dia kata dia nampak aku beriadah bersama lelaki tadi. Aku menafikan kerana kami bukan berdua. Terus dia letak gagang telefon. Emosional! Sampai ke hari ini tiada lagi panggilan daripadanya. Aku malas mahu telefon kerana nanti ego aku yang jatuh. Tapi, dia langsung tidak memujukku. Mungkin sedang berbahagia dengan isteri baru.
Tanpa sedar air mataku mengalir membasahi pipi dan bantalku. Terus aku buka galeri telefon. Aku buka fail foto yang memuatkan gambar akad nikah kami. Aku merenung gambar di mana Fadzil sedang mencium ubun-ubunku. Agak lama kerana katanya dia sedang terkejut tika itu.
"I love you."Bisiknya buat kali pertama di telinga kananku sebelum dia melepaskan ubun-ubunku. Terus darah naik membuak-buak di muka kerana terlalu malu. Sebelum ini kami berlagak formal. Tetapi malam itu, status kami sudah bertukar.
Aku rindu.
Abang. Rosie rindu.
Aku terlelap bersama pipi yang masih basah. Aku yakin, pasti mata aku sedang membengkak.
***
"Send, alah tak payah la. Bukan dia reply pun."Fadzil mengeluh perlahan. Tidak tenang dia malam itu. Dia bersendirian di kamar itu. Kamarnya bersama gadis yang bernama Rosie Aulia. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat itu. Termasuk Anis Syazira walaupun dia berjaya mengambil status sebagai isteri kepada Fadzil Ezkandar. Dia berjaya tapi sebenarnya dia gagal.
"Keluar!"Arah Fadzil sambil membuka pintu bilik. Terkejut juga dia. Keluar saja dari kamar mandi, Anis sudah duduk di tempat yang tidak sepatutnya dia berada.
"Tapi, kita dah sah suami isteri. You kena laksanakan tanggungjawab you sebagai suami I."Suara Anis separuh menggoda. Fadzil yang sedang penat dengan segala urusan sepanjang hari itu memandangkan dia sudah beransur pulih daripada demam cacar berasa malas untuk bersuara.
"Aku takkan sentuh kau Anis."
"Tapi you dah lakukan masa di Pangkor. Alah, mula-mula memanglah you malu. Nanti lama-lama you akan biasa. Come to me baby,"Suara Anis semakin lama semakin melampau.
Fadzil mengucap panjang.
"Aku tahu aku tak buat semua benda tu. Aku yakin aku difitnah, diperangkap oleh perempuan macam kau. Tak apa kalau semua benda tu tak terbukti sekarang. Tapi kau kena ingat, ALLAH Maha Melihat. Semua aib kau DIA tahu cuma masih belum dibuka sebab DIA bagi peluang untuk kau bertaubat dan kau kena ingat, doa orang yang dizalimi cepat diperkenankan. Kau fikirlah baik-baik. Siapa yang lebih berkuasa."Fadzil berlalu meninggalkan kamarnya. Dia juga tidak tahu mengapa dia tidak tergoda dengan kuasa wanita seperti Anis Syazira yang menjadi rebutan ramai pensyarah di kolej itu. Sedangkan dia bukan gay. Nauzubillah!
Anis Syazira hanya mencebik bibir selepas mendengar tazkirah ringkas itu. Seketika dia mencapai telefon bimbitnya.
"Helo. Mansur!"Katanya dengan nada yang kasar.
"Aku tak tahu nak kata apa, tapi aku syak Fadzil tu gay. Bayangkan, dia langsung tak teringin kat aku. Jom pergi kelab. Ambik aku cepat. Aku dah haus ni."Anis Syazira menghembus nafas kasar. Terasa ingin membaling semua barang ke semua arah yang disukainya. Dia hanya dapat menakluki yang zahir, tapi batinnya menderita!
***
Pagi itu, aku tersenyum sendiri. Bukan apa, walaupun sekadar mesej kosong tapi itu boleh membuatkan aku tersenyum hingga ke esok hari.
"Kau dah kenapa Rosie?"Soal Ayra sambil menyembur wangian ke tubuhnya.
"Cik Abang hantar 'Good Luck' untuk paper harini lah tu."Kata Darshini sambil tersenyum manis.
Aku hanya tersengih seperti kerang busuk.
"Sah la tu."Kata Sofea pula.
Aku tidak pasti kalau mesej kosong itu tersalah hantar atau sengaja dihantar, tapi sekurangnya dia sudah menghubungiku dan egonya sudah kalah dengan egoku.
Perut aku usap perlahan. Bukan kerana lapar, tetapi untuk memberitahu si anak bahawa ibunya sedang gembira sekarang. Aku melangkah keluar dari asrama untuk ke dewan peperiksaan dengan penuh semangat. Terus aku terlupa segala masalah dalam masa yang singkat. Darshini yang berjalan di sebelah aku hanya mengerut kening. Sungguh aneh sikap aku pada pagi ini.
Bersambung.. dan bila la nak habisss huhuhuhu. Masih dalam mood menyokong mu Encik Novelis hebat! Keep going and bittaufiq wannajah! :)
![](https://img.wattpad.com/cover/59450624-288-k861480.jpg)
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...