Malam ini, malam terakhir aku berada di Ipoh. Esok , mungkin pada awal pagi, kami akan bergerak pulang ke Banting dan bakal dihujani 1001 persoalan daripada kawan-kawan.
"Hmm."Aku mengeluh perlahan sambil melihat kucing-kucing yang dibela mama sedang bergaduh di laman rumah. Tanganku pula mengacau malas coklat panas yang baru aku buat tadi.
"Mengeluh nampak?"Aku toleh belakang.
"Eh, Abang Zul."Aku senyum. Entah manis, entah tidak, entah biarlah.
"Best tak belajar dekat matrik?"Soalnya setelah melabuhkan punggung di kerusi di hadapanku.
"Alhamdulillah. Best sangat. Kawan-kawan pun best."Jawabku. Coklat panas mula membasahi tekakku yang dahagakan minuman panas.
"Plus dapat kahwin dengan lecturer? Lagi best kan?"Aku sekadar tersenyum.
"Extra best sebab Abang Fadzil banyak menolong. Dia berkebolehan dalam banyak perkara."Ewah, kalau Fadzil dengar ni, mesti hidung dia akan kembang tahap infiniti.
"Rosie memang dah buat keputusan nak berpisah dengan Fadzil?"Mendengarkan soalan itu, aku terus berdiri.
"Lepas mama dah bagi nasihat tadi, hati Rosie dah lapang sikit dan nak buat solat sunat sikit, minta petunjuk. Jadi, tak dapat nak jawab soalan Abang Zul. Maaf, Rosie naik dulu. Mungkin abang tengah tunggu."Aku cepat-cepat berlalu pergi. Soalan dia entah apa-apalah. Aku tak suka!
***
'Seperti mimpi perkenalan itu, cuma seketika.'
'Namun didalam hati, dirimu ku terkenang jua.'
'Engkaulah permata di dalam genggaman tidak ku sedari.'
'Kaca yang bersadur keemasan terus kucari.'
Terus aku tutup kembali pintu bilik. Wah! Selain peminat Shawn Mendes, suami aku juga peminat lagu jiwang! New information. Hahaha.
Aku dapat lihat kekhusyukannya bermain dengan tali-tali pada gitar tersebut. So wow!
"Ehem,"Aku berdehem perlahan setelah pintu bilik ditutup.
Fadzil menoleh."Sayang."Panggilnya sambil tersenyum. Berapa kali aku nak melting ni?
"Dari mana?"soalnya lagi. "Apa tu?"Dia soal lagi.
"Dari bawah. Ni coklat panas. Tak habis minum tadi."Jawabku sambil mencapai alat kawalan untuk membuka televisyen di dalam bilik Fadzil.
"Nak."Fadzil sudah duduk disebelahku. Haruman minyak wanginya, memang hari-hari aku rindu.
"Tak boleh. Penat Rosie buat. Abang pergilah buat sendiri."Rosie, mengapa kau masih bersikap dingin? Aduh. Aku pun pening.
"Serius tak nak bagi?"
Aku angguk. Aku tak main-main.
Fadzil tarik muka. Dia buat muka masam. Fikir comel? Memang pun.
"Abang nyanyi tadi.."
"Sedap kan? Just for you."Fadzil kembali tersenyum. Macam tu je merajuk? Okey, memang dia merajuk tak macam perempuan. Good!
"Jiwangnya."Balasku. Hidung aku terus dicuit olehnya.
"Lagu tu macam ada kaitan dengan kita berdua."Fadzil sudah mula ingin bercerita.
"Maksud abang? Kaitan apanya?"
"Kita kenal sekejap je. Tup..tup abang dah nak jadi ayah. Alhamdulillah. Yeay!"Dia tersenyum kegembiraan.
"Rosie, terima kasih."
"Sebab apa?"Aku memandang aneh.
"Sebab puji abang melambung masa dekat luar tadi dan tak nak duduk lama-lama dengan Zul sebab takut abang tengah tunggu. This is my girl!"Fadzil sudah menarik aku ke dalam dakapannya. Eh, sekejap.
"Abang dengar tadi?"
"Abang pun ada dekat situlah. Takkan nak biar Zul jatuh hati dekat isteri abang yang comel ni."Aku menjuih bibir. Nasib baik aku bersembang perkara yang baik-baik saja pasal dia. Kalau aku buka kisah dia tertidur masa tengah mengajar? Habislah aku.
"I love you."Ucapnya.Aku buat tidak tahu.
"Suka macam tu! Bukan nak balas I love you too."Dia merengek manja dan ini macam perempuan. Eeeii!
Dan sekali lagi lagu Shawn Mendes menghiasi suasana. Fadzil mengeluh perlahan dan melangkah malas menuju ke arah Iphone 6 yang dia campak di atas katil tadi. Dia kaya tak apalah, iphone boleh main campak-campak. Aku pakai Samsung pun sayang nak campak. Walaupun atas katil.
"Esok pagi kut. Kenapa?"soalnya. Itu mesti Miss Anis kan. Dia rindu suami dia lah tu. Cemburu ke Rosie? Mestilah ya!
Selesai berbual sepatah dua kata, Fadzil kembali menghampiriku.
"Abang rimaslah."Aik, dia reti rimas rupanya. Aku ingat dia tak tahu apa itu rimas.
"Anis tu asyik call tanya nak balik bila."
"Abang jawablah macam ni. 'Sayang, esok abang balik la.Tunggu abang ya.'"Kataku sambil tersenyum. Senyum plastik atau senyum betul, aku tolak tepi.
Fadzil sudah pandang aneh ke arah ku.
"Panggilan sayang tu mahal. Maaf, ia bukan untuk orang sembarangan."
"Orang sembarangan? Dia isteri abang kan?"Aku mula angkat kening.
"Isteri tak diundang."Jawab Fadzil dan kemudian bangun dan keluar dari bilik. Aku tak tahu dia hendak kemana. Aku malas ambil tahu kerana aku sudah mengantuk dan aku ingin tidur dan aku pun tertidur dengan indahnya di atas sofa bertemankan televisyen yang terbuka dan satu bantal peluk. Selamat tidur.
*Fadzil nyanyi lagu Kembali Terjalin yang dipopularkan oleh kumpulan Slam. Yeah yeah
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
Storie d'amorePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...