Bab 58- Rahsia Apa?

1K 13 0
                                    

"Abang boleh terangkan."Kata Fadzil sambil memegang tanganku yang bergetar ketika kami berhenti untuk solat maghrib di R&R Sungai Siput.

"Rosie ingat, Rosie dah kahwin dengan Pak Ustaz, yang alim betul tu sebab solat lima waktu sehari semalam cukup. Tapi, Rosie silap. Rosie kahwin dengan orang yang hipokrit!"Kataku dengan perasaan yang sebal di dada.

Terus aku keluar daripada kereta dan membuka pintu belakang untuk membawa Najwa keluar. Najwa daripada tadi merengek kerana lapar dan tidak tahan mahu terkucil.

Sungguh hati aku terluka dengan gambar yang aku lihat tadi. Entah berapalah dosaku. Ujian tidak henti-henti menimpa.

***

Perkarangan rumah mentuaku sudah kelihatan daripada jauh.

"Kenapa umi tak duduk depan dengan ayah?"Soal Najwa. Aku hanya tersenyum tawar sebelum menggeleng. Aku perasan Fadzil sedang mengerling cermin pandang belakang. Memandang lama ke arahku. 

"Umi tak nak duduk dengan orang hipokrit."Jawabku sambil menyuapkan roti Twiggies yang sempat aku beli untuk Najwa di perhentian rehat tadi.

"Hipo...krit..krit tu apa?"Soal Najwa lagi. Tergagap-gagap dan mengundang tawa aku.

Aku termangu seketika. Perlu ke aku terangkan?

"Nanti Najwa dah besar, Najwa tahulah tu apa. Sekarang minum air dulu."Aku menyuakan straw sebagai bantuan untuk memudahkan Najwa menghirup air mineral tersebut.

Setibanya di rumah Mama, Fadzil memarkir keretanya dan aku beriringan bersama Najwa untuk masuk ke dalam rumah.  Mama menyambut kami dengan wajah yang gembira. Mama juga memeluk aku dan memeriksa wajahku yang kesan lebamnya kian  hilang.

Aku lihat segenap wajah mama. Kalau betul di hadapan aku kini ialah Makcik Ana yang pernah aku jumpa dahulu, kenapa mama lain sangat?

"Rosie?"Mama memanggilku. Aku tersedar daripada lamunan.

"Kenapa pandang mama macam nak makan je?"Mama tertawa melihat tingkahku. Di sisi mama kini ialah Najwa. Najwa seperti tidak mahu melepaskan mama, begitu juga mama. 

"Jom, masuk makan. Kesian Wawa nak makan kan?"Mata mama beralih ke arah Najwa dengan senyuman ikhlas sebelum memandang aku kembali.

"Rosie tak sihat ke?"Soal Mama dan ketika itu Fadzil sudah menghampiri kami. 

"Rosie okey. Eh,mama. Rosie masuk dulu. Tak sedap badan."Aku kelam-kabut melangkah masuk ke dalam rumah. Sengaja mengelakkan diri daripada Fadzil.

Mama menghantar langkah aku dengan penuh tanda tanya sebelum aku mendengar soalan,

"Kenapa tu?"Soal Mama kepada Fadzil. Kemudian aku sudah tidak tahu apa jawapan dia kerana mood aku sekarang ialah, aku bengang!

***

Anis Syazira mengetap bibir. Daripada Kuala Lumpur, sehinggalah ke Ipoh,perasaan tidak puas hati dan benci semakin menggunung di dalam dada. Sakit hati melihat langkah orang yang dibencinya masuk ke dalam rumah ditahannya daripada jauh.

"Apa ilmu yang budak mentah tu pakai ha? Semua orang menyebelahi dia dan langsung tak pandang aku siapa."Anis merengus geram lantas menukar gear untuk meneruskan perjalanan.

Anis Syazira dan Mansur Abdullah, seorang jurugambar yang berasal daripada Singapura sedang diburu polis. Mereka aktif dalam aktiviti pemerdagangan orang dan Rosie Aulia salah satu mangsa yang terselamat. 

***

Fadzil melangkah masuk ke dalam kamarnya untuk membersihkan diri dan kemudian solat Isyak. Diperhati seluruh bilik. Isterinya tiada.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now