"Assalamualaikum!"Perkara itu berakhir sebelum Fadzil mengeluh perlahan. Aku membetulkan posisiku lantas mencapai tudung untuk disarung.
"Fadzil, buka pintu ni."Arah suara itu lagi. Fadzil keluar dari bilik dan aku tidak mengekori langkahnya. Aku terus ke meja belajar yang memang Fadzil letak di situ khas untuk aku. Aku ingin mengambil nota Ekonomi. Ya. Tujuan aku ke sini hanya untuk mengambil nota itu. Tapi sudah bercanggah ke arah lain. Teruknya !
"Encik Fadzil bawa perempuan lain masuk sini? Selain daripada Puan Anis?"Soal lelaki yang sudah separuh usianya itu.
Fadzil terdiam tanpa kata. Ketika itu aku keluar dari bilik. Aku lihat beberapa orang lelaki yang menyandang jawatan tinggi di kolej ini. Tetapi, puan pengarah tiada. Eh, perempuan itu pun ada? Dia memang nak perangkap suami dia ?
"Apa kamu buat di sini? Tak pandai jaga maruah diri betul !"Marah Encik Ayub, Timbalan Pengarah kolej kami. Aku mulai dihurung rasa bersalah dan rasa mahu tampar muka berkali-kali. Mana tidaknya. Boleh pula aku terlupa yang bukan semua warga kolej tahu status kami.
Baru aku tahu apa tujuan Anis Syazira. Dia ingin perpisahan antara kami cepat berlangsung kerana kami sudah melakukan penipuan besar di kolej ini. Wah, licik sungguh! Sempat aku curi pandang wajah perempuan itu. Drama betul mukanya. Muka macam suami dia ini sedang mencuranginya dengan membawa masuk aku ke dalam rumah. Tak boleh jadi ni !
"Apa hubungan kamu dengan Fadzil? Kamu adik dia ke?"Soal Encik Ayub. Saat ini aku perlukan kekuatan. Fadzil cepat-cepat menarik aku dan bahuku didakapnya. Aku kini berada bersebelahan dengannya. Rupanya dia dapat merasai keresahan aku.
Mata Encik Ayub beralih pula ke arah Fadzil. Anis Syazira masih dengan dramanya.
"Saya cuma nak ambil nota Ekonomi saya."Aku memberitahu meskipun aku tahu, jawapan aku ini untuk digunakan bagi melepaskan diri agak tipis.
"Macam mana nota kamu boleh ada di sini? Alasan kamu tak logik langsung!"Marah Encik Ayub. Terus aku menundukkan wajah. Fadzil di sebelah menepuk-nepuk bahuku. Salah dia lah ! Elok-elok aku nak balik asrama, dia tahan aku. Salah aku juga, aku yang tergoda dengan semua ini dahulu.
"Alasan dia saja Encik Ayub. Dia memang tak puas hati dengan saya. Lagi-lagi bila dia dapat tahu saya dan Fadzil dah berkahwin. Lagi teruk dia menggoda suami saya."Aku menjeling tajam ketika mendengar patah demi patah perkataan dramaqueen itu. Dia mesti ingat aku tak akan mendedahkan status sebenar kami. Tapi, dia silap.
"Saya dan Sir Fadzil dah berkahwin."Dengan separuh hati yang rela, aku mengungkapkan kata-kata itu. Fadzil terus memandang ke arah ku. Ya. Inilah masanya. Aku sudah penat mahu berahsia.
Anis Syazira terus diam tidak berkutik memandang ke arahku. Dia ingat dia boleh menang?
"Betul ke Encik Fadzil?"Fadzil laju mengangguk lantas mengucup dahiku.
"Memang dia isteri saya yang sah dan kami dah bernikah hampir 7 bulan."Terbeliak mata semua yang berada di situ.
"Bukti yang sahih? Siapa-siapa pun boleh mengaku yang mereka dah berkahwin."Kata Encik Jamilul pula. Dia merupakan ketua kolej kediaman lelaki dan perempuan.
"Sayang, tunggu sini sekejap. Abang nak ambil sijil nikah kita."Fadzil berlalu meninggalkan aku di muka pintu. Aku masih menundukkan wajah. Tidak lama kemudian Fadzil muncul bersama dengan sehelai kertas yang membuktikan hubungan kami berdua yang sah di sisi agama.
Encik Ayub dan rakan-rakannya meneliti sijil tersebut. Anis pula terus terdiam tanpa kata. Kesian pula aku tengok dia dalam keadaan serba tidak kena seperti itu. Itulah, lain kali nak terjah orang, tengok kakilah. Nak lawan dengan Rosie Aulia ? Memang loserlah.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomansaPerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...