Bab 57- Fadzil Emo

1K 10 1
                                    

"Nah,mama nak cakap."Kata Fadzil sambil melipat bajuku masuk ke dalam beg kecil. Hari ini aku dah boleh keluar. Yes!

Mama bertanya khabar aku. Kemudian memohon maaf kerana tidak dapat melawatku kerana ada pekerja di ladang lembu melarikan diri bersama dua ekor lembu. Fadzil sibuk mengemas barang-barang. Dia tidak ambil peduli tentang apa yang mama bualkan denganku.

Usai bercakap, aku bangun untuk keluar dari bilik wad seketika. Hatiku meronta-ronta untuk ke wad kanak-kanak.

"Nak pergi mana?"Soal Fadzil. Eh, semalaman dia diam saja dan asyik buat tak tahu dengan aku, hari ini tiba-tiba tegur apahal? Buat tak tahu sajalah. Biarlah isteri awak ni kena culik lagi. Amboi Rosie! 

Aku diam. Menjeling tanpa jawapan dan mahu memulas tombol bilik wad. Tika itu aku hanya berblaus labuh paras paha dengan skirt labuh berwarna hitam dipadankan dengan tudung sarung warna hitam. Fadzil bawakan untuk aku sebagai bekalan sepanjang aku dirawat di sini.

"Baguslah tu. Dah kena culik tak reti nak serik."Dia berkata lagi. Kali ini aku dapat dengar keluhannya.

"Abang."Panggilku. Dia buat tidak endah. Pandang aku pun tidak. Memang sekarang aku rasa aku dibenci. Dibenci oleh suami sendiri.

"Rosie menyusahkan abangkan?"Soalku lagi. Masih di sisi pintu yang tidak jadi dibuka.

"Abang! Jawablah!"Aku meninggikan sedikit suaraku. Mata aku mulalah nak bergenang. Menyampahnya !

"Rosie tak minta pun semua ni. Rosie tak nak pun susahkan abang. Ibu ada. Ayah ada. Diaorang boleh jaga Rosie, belai Rosie dengan penuh kasih sayang. Rosie tak perlukan abang punlah!"Marahku lagi. Suara aku masih meninggi. Dan ayat terakhir itu sebenarnya, sukar untuk aku lafazkan.

Kali ini dia pandang wajahku. Tangannya berhenti daripada melakukan sebarang kerja. Daripada tadi aku tengok dia buat-buat sibuk. Sengaja tak nak bercakap dengan aku.

"Rosie Aulia."Dia menyebut nama penuh aku. Alamak. Aku mula dah tak sedap hati. Selalunya, bila nama penuh dah disebut, mungkin akan diikuti lafaz talak. Ya ALLAH, Rosie! Kenapa kau overthinking sangat ni?

"Betul dah tak perlukan saya?"Soalnya apabila tiada sahutan dari aku.

Aku pandang wajahnya yang tidak kemas. Matanya sukar ditafsirkan. 

Dia duduk di sofa berhampiran sambil meraup seluruh wajahnya dan menghembuskan nafas kasar perlahan-lahan. Matanya memandang siling kemudian memandang lantai.

"I need you. Always."Katanya perlahan. Tiada lagi nada kemarahan yang aku rasakan.

"Awak tak tahu. Saya hampir-hampir gila dan mungkin tak lama lagi akan masuk hospital bahagia."Sambungnya lagi dan masih bersuara mendatar.

"Bila dengar awak cakap macam tu, saya rasa saya suami yang tak guna. Tak reti didik isteri."Dia memandang lantai lagi. Kali ini jemarinya seperti menepis air yang mengalir.

"Kenapa awak seksa saya macam ni? Apa sebenarnya yang awak nak?"Soalnya dan matanya sudah beralih ke wajahku.

Aku terdiam. Tak pernah aku tengok Fadzil emosi begini walaupun di dalam dewan kuliah.

"Jawab Rosie Aulia. Awak nak apa sebenarnya? Awak matikan panggilan sebelum saya habis bercakap. Lepas tu pergi Masjid Jamek tanpa izin saya sampai kena culik. Tipu ibu dengan ayah."Katanya lagi sambil mengulang kembali kesilapan yang aku lakukan. 

Aku hilang idea mahu berkata-berkata. Akhirnya aku berdiri sambil menunduk memandang lantai. Air mataku sudah jatuh berjuraian di lantai. Ya. Memang aku yang salah. Aku yang tak betul. Aku ni memang tak guna!

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now