"Abang Yusuf tinggal kat Ipoh ke?"Sudah kali kedua aku nampak dia. Pasti di dalam negeri Perak. Tak tahulah pula mungkin dia saja jalan-jalan makan angin di sini. Tapi, kenapa kita mesti bertemu di Ipoh,Yusuf? Mengapa? Kenapa?
Lambat-lambat, Yusuf mengangguk.
"So, tak sangka kita bertemu lagi."Kata Yusuf, tidak mahu suasana antara kami sunyi saja. Yang kedengaran suara mat-mat bangla yang semakin membanjiri negara Malaysia sedang tawar-menawar buah-buahan, sayur-sayuran, dan seumpama dengannya.
Aku tersenyum sekilas.
"Lama abang tak tengok senyuman tu."Ha? Sudah. Aku cepat-cepat menundukkan pandangan. Menyedari kekekokan aku, dia terus membuka cerita lain.
"Rosie terpisah dengan siapa tadi?"Aku angkat muka semula. Takkan nak tunduk memanjang. Itu bukan Rosie Aulia ya.
"My husband. Ada bangla tolak dia tadi dan kami pun terpisah."
Seperti jangkaan aku, muka Yusuf terus berubah.
"Husband? Bila kahwin? Sampai hati tak jemput."Nada suara Yusuf mulai berubah. Nak merajuk ke? Ada aku kisah?
"Buat akad nikah je. Selesaikan yang wajib dulu. Majlis resepsi InsyaAllah lepas Rosie berpantang."Dan sekali lagi riak wajah Yusuf berubah. Ambik mu!
"Sekarang Rosie tengah pregnant?"
Aku angguk sambil tersenyum.
"Wahh. I'm so shocked. Tiba-tiba ada dua berita mengejut yang abang rasa terlalu awal untuk Rosie. Rosie baru 19 kan?"
Sekali lagi aku angguk.
"Mana Faa.."Aku tidak menghabiskan ayat. Aku mana ingat nama bini dia.
"Dah tak ada."
"Maksud abang dia tak ikut abang datang pasar? Jaga anak dekat rumah?"
Yusuf menggeleng laju. "Kak Fatin dah pergi dulu masa lahirkan anak pertama kami."
"Inna lillahi wainna ilaihu rajiun. Maaf. Rosie tak tahu."
Yusuf tersenyum manis. Aku seolah tersambar dengan senyumannya. Senyuman yang pernah aku rindu masa dulu. Eh syaitan, sila pergi jauh-jauh. Senyuman Fadzil saja yang dapat menggegarkan sukmaku ketika ini.
"Tak apa. Rosie buat apa kat sini? Tinggal dekat sini ke?"
Belum sempat aku menjawab..
"Rosie!"Mata kami berdua beralih pada empunya suara.
"Eh? Abang Fadzil?"
"Yusuf?"
Dan aku pun berhuhuhu.
***
"Yusuf handsome rupanya. Patutla sampai masuk dalam mimpi."Fadzil memulakan perjalanan kami untuk kembali ke rumah mama setelah santan dan beberapa barang basah yang lain telah berjaya dibeli. Termasuk mangga.
"Abang tak cakap pun abang pernah jumpa dia."Nadaku seperti mahu merajuk. Eh, bukan aku tengah merajuk ke sekarang?
"Nak cakap macam mana. Dah berapa hari Rosie bermasam muka dengan abang. Tak nak berbaik dengan abang. Marah abang tak habis-habis."
Aku mulai memandangnya.
"Sekarang Rosie nak tanya, isteri mana yang tak marah bila dapat tahu dia dimadukan? Siapa bang?"Pipi aku mulai basah dengan linangan air mata. Sungguh. Belakangan ini, air mata aku sangat mudah mengalir.
Fadzil membalas pandanganku.
"Dengan keadaan Rosie macam ni, dan abang buat Rosie macam ni."Aku membetulkan dudukku. Kembali pandang ke hadapan sambil mengusap air mata perlahan.
"Rosie."Kereta sudah berhenti di bahu jalan.
"Abang berani bersumpah yang abang memang tak tahu apa yang dah jadi."
"Tapi kenapa abang tak bantah masa kena paksa kahwin dengan dia?"
"Abang tak boleh buat apa-apa. Gambar tu dah tersebar satu kolej kita. Pengarah tak nak nama kolej kita rosak hanya kerana sikap dua orang pensyarah yang tak bermoral. Abang terpaksa sayang."
"Abang yakin abang memang tak sentuh dia?"soalku. Suaraku kembali seperti biasa. Aku mahu mendengar penjelasan seterusnya.
Fadzil terdiam.
"Masa kita tidur kita tak sedar apa yang kita buat kan? Abang yakin abang tak buat apa-apa pada dia. Sentuh dia pun tak."
"Gambar tu macam real,"balasku pendek dan tanganku dicapai oleh Fadzil.
"Real dengan Rosie je. Yang dalam gambar tu semua fake."Fadzil tersenyum nakal. Aku terus mencubit tangannya. Boleh pula masa aku serius dia main-main.
Kereta kembali bergerak membelah jalan raya.
"Yusuf masih di hati Rosie?"Dia dah mula buka topik lain. Heh!
"Kalau masih di hati pun abang nak buat apa?"
"Nak cuci hati tu, biar abang sorang saja."Balasnya bersahaja. Rumah mama sudah kelihatan dari jauh. Kami ada menjemput Yusuf untuk datang ke tahlil di rumah pada malam ini.
Aku dapat lihat Faizul dari jauh.
"Tak sabarnya."Fadzil menoleh ke arahku.
"Tak sabar nak masuk bilik ke? Abang pun sama."Dia tersengih lagi. Aku mencebik bibir.
"Tak sabar nak masak rendang dengan Abang Zul lah. Tak ada masa nak dengan abang. Kita kan tak lama lagi nak bercerai."Serta-merta wajahnya berubah.
"Tolong jangan cakap pasal cerai boleh? Dan tak payah nak menggatal dengan Zul tu. Awak dah ada suamikan. Jaga sikit perangai."
Aku jeling. Kereta sudah selamat tiba di perkarangan rumah.
"Biarlah. Do I care?"Aku terus keluar dari kereta. Maaf Abang. Rosie kena buat abang benci juga. Rosie kenal siapa Miss Anis. Perempuan macam dia, tak akan terima Rosie sebagai isteri pertama abang.
Aku telan liur walau terasa pahit. Fadzil kena benci aku! Mesti!
***
"Kenapa kerisik tak nak keluar ni Abang Zul?"Aku sengaja buat suara yang.. agak gedik. Lantaklah dengan muka Fadzil yang mencuka tu.
"Macam ni."Faizul mula membantuku. Aku ketawa terkekeh-kekeh lah. Kemudian, senyum sambil kacau rendang sama-sama dengan Faizul lah. Kalau boleh rakam, sumpah gedik. Tak tipu.
Tanpa aku jangka, tubuhku ditarik ke belakang.
"Abang!"Aku menjerit perlahan.
"Zul, kalau kau nak menggeletis boleh. Tapi cari orang lain. Bukan bini aku."Fadzil terus bawa aku masuk ke dalam rumah. Faizul terpinga-pinga. Aku pula yang terasa malu. Yang menggeletis dicampur dengan menggedik itu aku, bukan dia. Maafkan saya, Abang Zul.
Mataku mencari kelibat mama. Mama tiada.
***
"Apa abang ni!"Aku meninggikan suara. Tanganku baru dilepaskan. Sakit!
Fadzil merengus geram.
"Suami mana yang suka tengok isteri menggedik macam tu? Ingat abang ni suami yang dayus?"Fadzil sudah duduk di atas katil. Aku macam biasa, pandang kerek.
"Pandang lah macam tu. Boleh abang gigit muka tu."Aku menjeling tajam.
Aku kembali ke pintu bilik.
"Nak pergi mana?"soalnya tiba-tiba.
"Suka hatilah!"
"Apa pun yang Rosie buat, abang takkan ceraikan Rosie. Take note sayang!"
Aku mengeluh perlahan di luar bilik. Allah.
"Rosie? Kenapa ni?"
Aku menoleh pada suara itu.
"Mama."Aku terus berlari menuju ke tubuh itu. Aku menangis semahu-mahunya. Semalam ibu dan ayah nak balik, aku menangis juga. Hari ini, aku menangis lagi.
Aku tak kuat untuk ujian ini.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...