Bab 6- Akad Nikah

1.2K 21 0
                                    

  Media : Muka Rosie lepas akad nikah. Ciaciacia xD

 "Betul ke Zil?"soal Puan Fatima, pensyarah Matematik yang mejanya bersebelahan dengan meja Fadzil Ezkandar.

   Fadzil yang sedang menulis melihat skrin telefon milik Puan Fatima.

"Jawab la soalan akak, yang kamu duk senyum je kenapa?"soal Puan Fatima lagi.

"Kenapa ni kak?"Miss Anis yang kebetulan lalu di tempat Fadzil menegur.

"Lah.. Kamu tak tahu ke viral yang Fadzil nak kahwin cuti semester 1 ni?"soal Puan Fatima.

"Dapat viral tu. Tapi main-main je kan,"kata Anis.

    " Main-main apanya. Memang betul lah tu,"kata Puan Fatima sambil mengerling ke arah Fadzil yang sudah tersengih. 

"Seriously? Siapa perempuan tu?"soal Anis dengan wajah terkejutnya. 

"Datang lah majlis nanti. Kalau bagitahu sekarang, tak suprise lah,"kata Hasnul secara tiba-tiba. Dia yang baru sahaja selesai sesi mengajar turut menyertai perbualan antara mereka bertiga.

   "Siapa yang viral kata saya nak kahwin tu, siap dia nanti,"kata Fadzil yang sedari tadi hanya diam sambil melihat rakan-rakan sekerjanya berbicara. 

Dia orang penting dalam perbualan itu, jadi mana mungkin mahu berdiam diri sahaja.

     "Jadi...itu semua tipu je lah Fadzil?"soal Anis dengan suara kegirangan. 

Puan Fatima dan Hasnul melihat Fadzil dengan wajah yang tidak berpuas hati.

"Dah la, malas nak menjawab soalan korang. Kalau betul saya nak kahwin cuti semester 1 ni, InsyaAllah saya jemput semua warga KMS. Don't worry,"kata Fadzil sambil bangun daripda kerusinya lantas mengangkat fail-fail yang perlu dibawa. Ada lagi satu kuliah Perakaunan sebelum boleh pulang.

***

Rosie Aulia menyarung kasut sukannya. 

Rasa rimas pula apabila asyik duduk di bilik sahaja tanpa beriadah. Fikiran semakin berserabut apabila memikirkan hal semalam. 

     Boleh pula terlena di meja pensyarah. Tak campur lagi rasa malu bila terhantar perkataan keramat iaitu "I love you" kepada pensyarah sendiri.

"Aku ni pelik betul la. Suka sampai bawa ke tidur,"bebel Rosie sendirian.

Dia berjoging sendirian pada petang Sabtu itu. Selalunya Syahirah dan Ayra menemani. 

Hari ini kedua-duanya sibuk mempersiapkan diri untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1.

Mindanya menerawang kepada situasi semalam....

"Dah bangun?"soal Fadzil sambil melihat ke arahnya.

Rosie menggosok-gosok matanya. Memikirkan di mana dia sekarang.
"Sir?"

Matanya terus melihat jam di meja pensyarah.
6:30 petang!

        "Minta maaf sir. Saya mengantuk sangat,"kata Rosie lalu berdiri.

"Nak pergi mana ?"soal Fadzil apabila Rosie Aulia tergopoh-gapah mengangkat beg untuk digalas.
"Nak balik hostel la,"jawab Rosie, memandang tepat ke arah Fadzil.

"Apa tujuan saya panggil awak datang sini?"soal Fadzil.

Rosie memejamkan matanya rapat-rapat. Itu merupakan salah satu teknik yang selalu dilakukannya untuk mengingati kembali apa yang terlupa.
"Sir nak jumpa saya sebab..."

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now