"Macam mana nak cari margin keselamatan dalam bentuk RM? Siapa boleh bagi saya rumusnya?"
Fadzil melihat seluruh isi kuliah. Kelihatan semuanya fokus. Bagus!
Matanya mencari-cari wajah yang selalu dirindui. Sedang fokus juga. Bagus!
Tapi aku yang mengajar ni yang tak boleh nak fokus. Kenapa rasa mual dan loya macam orang nak muntah ni? Dari pagi tadi lagi.
Untuk pengetahuan semua, buat pertama kalinya Fadzil berasa muak akan minyak wangi yang selalu disembur olehnya sebelum ke tempat kerja atau ke mana sahaja tempat yang dia ingin pergi. Kesudahannya,
"Aku tak nak pakai lagi minyak wangi ni!"Fadzil menolak jauh-jauh minyak wangi yang berjenama Dashing tersebut.
"Siapa boleh bagi saya jawapan? Angkat tangan atau..."
Rosie sudah berdiri.
"Ya, bagus. Kita ada wakil daripada kaum hawa. Sila ke depan untuk nyatakan jawapan anda."Fadzil bernada formal sambil menahan mual yang sudah sampai ke halkum. Tunggu masa je nak keluar!
Rosie berlari laju ke depan. Tapi bukan ke arah tempat pensyarah itu berdiri.Dia meluru terus ke pintu DKB 2. Lantas menolak pintu itu dan terus keluar.
Fadzil terpinga-pinga.
'Okey ke tidak tu?'
Berpasang-pasang mata turut melihat pintu yang baru dihempas kuat.
"Bukan masa aku nak jaga tatasusila atau pun peradaban gadis melayu sekarang ni. Aku tak tahan nak pergi muntah!!!!!"Rosie berjalan laju menuju ke tandas.
Hati ingin menuju ke tandas, tetapi mata melihat longkang yang seolah memanggilnya untuk melepaskan semuanya di situ.
Otak menghantar respon supaya memilih longkang sahajalah. Kalau kau pergi tandas, kesian makcik cleaner kena hadap muntah kau dekat sini. Bukan kena sumpah seranah dengan makcik cleaner saja, dengan student-student KMS yang mulut 'ada insurans' ni sekali.
Terasa bagai ada yang mengurut belakangnya.
'Takkan Ayra kut?'
Rosie meneruskan sesi pembuangan.
"Fuhh Alhamdulillah."
Dengan wajah yang berkerut dia pusing ke belakang.
"Ya ALLAH abang!"Rosie mengawal suaranya supaya tidak kuat. Maklum sajalah, suaranya tidak perlukan mikrofon sebagai bantuan. Silap hari bulan, budak-budak kuliah keluar dari dewan menyaksikan Sir Fadzil Ezkandar yang agak garang dan popular di Kolej Matrikulasi Selangor sedang bertentangan mata dengan Rosie Aulia yang tak berapa nak hot ini.
"Abang pun baru habis muntah dan ni pun rasa nak muntah lagi."Fadzil memberitahu tanpa ditanya.
Rosie tertoleh-toleh ke belakang dan keadaan di sekeliling. Mana tahu paparazi sedang mengambil gambar dia dan Fadzil. Apa nak jawab dengan pihak atasan? Memanglah pengarah dah tahu status mereka berdua. Tapi, itu bukan tiket untuk mereka mendedahkan status sebenar. Belum masanya lagi.
"Kita makan apa semalam?"
"Nasi ayam dekat Tapah je kan. Lepas tu balik. Ya ALLAH, abang rasa lemah sangat sekarang."Fadzil mengurut perutnya sambil menayang muka sekupang.
Rosie menjeling.
"Tak payah nak lemah sangat. Abang kan ada daya ketahanan kardiovaskular yang tinggi."Dalam keadaan genting seperti itu sempat lagi Rosie mengusik.
Fadzil ketawa. Hilang sudah separuh tekanan kerana menahan muntah sebentar tadi.
"Apa kaitan kardiovaskular dengan muntah?"
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...