Masuk saja ke dalam bilik kami, Fadzil terus menutup pintu bilik. Tapi tidak pula dia mengunci. Dia terus tolak aku dengan lembut dan bersandar di dinding dalam keadaan berdiri. Dia memandang wajahku dan kedua-dua tangannya memegang bahuku.
"Abang ni kenapa? Buat malu je dengan Najwa dengan Abang Zul tadi."Marahku. Tapi aku masih mengawal suara.
Fadzil tidak terus menjawab. Sebaliknya dia merengus perlahan.
"Faizul kata macam tu pun Rosie tak sedar lagi?"Soalnya. Tepat anak matanya yang berkaca mata menikam mataku. Kalau itu pisau, pasti berdarah.
Sejenak aku terfikir. Faizul kata yang mana? Banyak juga yang dia kata tadi.
"Tak payah pergi Jepun, abang boleh jadi Doraemon untuk Rosie. Huh!"Fadzil mengajuk ayat yang aku dengari daripada mulut Faizul tadi. Mungkin dengan reaksi wajahku yang seperti tidak tahu apa-apa.
"Oh, yang itu. Biasalah tu."Balasku kemudian aku senyum.
"Sukalah bila dia kata macam tu?"Soal Fadzil lagi.
"Bukan kira suka ke tidak. Masalahnya, Rosie tengah beramah mesra dengan ipar sendiri. Bukan macam abang. Dengan adik-beradik sendiri pun tak nak bertegur."Balasku. Memang pun. Melalui pandangan aku, Fadzil memang tidak mesra dengan Faizul.
Fadzil hanya memandang aku selepas aku memberi jawapan. Mungkin dia kematian kata.
"Rosie, Faizul tu ada perasaan dengan Rosie? Tak perasan atau saja-saja buat tak perasan?"Soal Fadzil dengan nada yang meninggi. Tangannya masih di bahuku yang masih bersandar di dinding bilik.
"Abang ni cemburu butalah. Kalau Abang Zul tu suka dengan Rosie sekalipun, Rosie tetap isteri abang jugak. Rosie tak boleh kahwin dua macam yang abang buat dekat Rosie."
Seraya dengan itu, azan Zuhur berkumandang. Bahu aku dilepaskan. Fadzil terus melulu masuk ke dalam kamar mandi. Aku dengar dia menghela nafas perlahan. Barangkali sentap dengan ayat pedasku. Biarkan. Aku malas ambil peduli. Marah aku kepadanya tentang gambar itupun belum lagi habis.
Berbanding aku, dia lebih banyak melukakan hati aku. Takkanlah sebab Faizul kata begitupun dia nak marah? Dia tak fikir ke, mungkin Faizul sedang bergurau. Huh! Tension pula aku.
Fadzil menunaikan solat zuhur tanpa mengajak aku. Usai solat, dia terus keluar daripada bilik tanpa memandang langsung ke arah aku.
Fadzil sedang berkecil hati dengan aku. Ya. Aku dapat merasakannya.
***
Aku turun ke bawah. Mama, Fadzil dan Faizul sudah ada di ruang tamu. Menonton cerita Hindustan yang selalu di siarkan di TV3 setiap hari Sabtu petang. Najwa pula sudah tertidur di dalam bilik kami. Selepas mengadu dengan aku kerana ulser yang ada di dalam mulutnya, aku mendodoikannya. Kemudian dia terus terlena.
"Rosie."Mama memanggil aku. Cuma Faizul dan Mama yang menyambut kehadiran aku di ruang tamu itu. Fadzil langsung tidak pandang wajahku malah dia lebih suka melihat heroin Hindustan sedang menari di kaca televisyen. Panas pula hati aku.
"Duduk sini."Mama menepuk-nepuk sofa lembut di sebelahnya. Fadzil dan Faizul tidak duduk bersama. Fadzil duduk di atas sofa solo manakala Faizul duduk di atas lantai mozek yang dialas karpet tebal.
"Mama minta maaf."Mama menyentuh tanganku.
"Untuk apa?"Aku berpura-pura tidak tahu meskipun aku tahu sebabnya.
"Gambar tu."Jawab Mama. Mata redup Mama seolah menagih simpatiku.
"Mama tak salah. Yang salah ialah orang yang ambil gambar tu. Baru Rosie tahu, rupanya ada orang menatap gambar Rosie yang tidak menutup aurat. Tengah tidur pula tu."Balasku. Mindaku mula menerawang pada gambar itu. Gambar aku ketika di Hospital Kuala Lumpur kerana demam merindukan Yusuf(Demam denggi sebenarnya).

ANDA SEDANG MEMBACA
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...