Bab 24- Cik Ana

618 16 4
                                    

Aku berasa sangat segar pada pagi itu. Mungkin kerana keajaiban solat subuh yang aku laksanakan pagi itu.

Kesegaran itu, aku manfaatkan dengan..

"Hmm,"aku tersengih sendirian.

Perlahan-lahan aku turun daripada katil. Aku pergi ke katil sebelah. Makcik itu bersendirian. Sedang membaca sesuatu.

Aku menarik kerusi pelawat lantas duduk sambil melihat makcik itu.

Dia sedang mengaji rupanya.

Mungkin kerana terganggu dek kehadiran aku sebagai orang yang tidak dikenali. Tapi aku orang dari katil sebelah yang bakal pulang ke rumah pada malam nanti je. Apa salahnya kita saling berkenalankan makcik.

Makcik itu tersenyum manis ke arah ku. Serius manis! Kan best kalau anak dia senyum manis dekat aku macam ni jugak. Ini tak, tengok aku pun tak nak, apatah lagi senyum. Harap muka je handsome.

"Adik ni dari katil sebelah tu kan?"

Aku mengangguk.

"Nama siapa?"

"Rosie.. Makcik panggil je saya Rosie."

"Ohh,"Makcik itu mengangguk.

"Rosie boleh panggil makcik , Cik Ana."

"Cik Ana sorang je ke?"

"Anak makcik kena kerja dah harini. Rosie pun sorang je ke?"

Aku mengangguk.

"Ayah dengan ibu saya orang berkerjaya. Yang selalu jaga saya tu pun pembantu rumah je."

"Rosie anak tunggal ke?"

"Taklah. Ada dua adik. Lelaki dan perempuan. Seorang darjah enam, seorang lagi darjah empat."jawab ku sambil tersenyum.

Serius aku selesa. Pehh..

"Cik Ana, jom pergi jalan-jalan"

"Pergi mana?"

"Jomlah,"aku menarik tangan Cik Ana supaya turun dari katil.

***

Bergetar tulang rusuknya saat melihat insan yang berada di sebelah katil ibunya.

'Lenanya tidur,'

Seketika dia tertunduk.

'Astaghfirullah!'

Rosie tidur tanpa tudung pada hari pertama dia ditahan di hospital itu. Bukan kehendaknya. Dirinya sedang lemah ketika itu. Pembantu rumahnya juga tidak sempat menyarungkan tudung buatnya memandangkan keadaan yang sangat mencemaskan.

***
"Mana mama saya nurse?"soal Faiqa yang baru tiba di hospital itu. Hari ini gilirannya pula untuk menjaga ibunya setelah dua hari abangnya bersengkang mata menjaga.

"Tadi ada,"jawab jururawat itu. Matanya juga melilau mencari-cari pesakit yang hendak diberi ubat tidur. Tiada juga di situ.

Seketika kemudian, seorang lelaki dan seorang perempuan muda juga tiba di situ. Mereka berdiri di sisi katil milik Rosie.

"Nampak Rosie Aulia?"soal lelaki itu.

"Saya pun tengah cari dia. Dah setengah jam dia tak ada di katil. Sepatutnya ini waktu tidur dia. Kalau dia tak cukup tidur, dia masih belum dibenarkan keluar malam ni,"jawab jururawat itu.

Seketika kemudian..

"Mama!"Faiqa mencapai tangan ibunya.

"Rosie!"Tangan Rosie tidak dicapai oleh sesiapa. Rosie melangkah malas menuju ke katilnya.

'Aku mimpi ngeri ke pagi-pagi ni?'desis hati kecilnya.

"Rosie sihat?"soal Yusuf yang sudah duduk di kerusi pelawat.

Rosie tidak membalas dan membiarkan sahaja soalan itu berlalu.

"Nurse, cepatla cucuk saya. Saya nak tidur,"

Jururawat itu mengangkat kening. Lantas menyediakan alat suntikan.

Yusuf memandang isterinya.

"Ni isteri abang, Fatin Nadiah namanya,"Yusuf memperkenalkan. Fatin Nadiah tersenyum.

Rosie hanya memandang tiada perasaan.

Mungkin sudah lali dengan ubat tidur yang diberi.

Akhirnya dia tertidur.

"Dia marah lagi dekat kita,"kata Fatin Nadiah sambil menyentuh bahu suaminya.

"Dia perlukan masa,"Yusuf memegang tangan isterinya yang menjadi sumber kekuatan buatnya.

Bersambung ...

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now