Fadzil mengerling ke arah jam tangannya. Kemudian matanya melihat ke tempat duduk pelajar. Memerhati setiap baris. Tiada orang yang dicari.
Syahirah ada. Kawan baik dia tiada. Pergi ke mana? Dah 8:30 pun.
"Okey semua. Proceed ke bab seterusnya.,"Fadzil meneruskan sesi pengajaran.****
"YA Allah! Dah lambat!"Rosie menutup jam penggera yang entah kali keberapa berbunyi.
Inilah padahnya. Semalam bukan main semangat set alarm pukul 3:00 pagi. Nak bangun study lah kononnya.Sedar jam itu berbunyi. Tapi... Rileks dulu. Kita tunggu pukul 4:00. Bila dah bunyi pukul 4:00, serupa tadi juga. Kita tunggu pukul 5:00 dan perkara itu berulang sehingga roommate semua dah bangun. Dan mungkin mereka telah berputus asa untuk mengejutkan roommate mereka yang liat nak bangun atau pun mereka menganggap kelas Rosie Aulia pada hari ini dibatalkan. Kerana gaya tidur seperti tidak tidur selama setahun. Jadi mereka membuat keputusan untuk membiarkan sahaja.
"Ah lantak kau lah tudung. Masa genting ni lah kau nak jadi tak betul,"Lantas , Rosie mengangkat beg galasnya. Matanya mengerling ke arah jadual.
"Akaun! Sir Fadzil! Ya Allah!"Rosie berlari selaju yang mungkin. Jam sudah menunjukkan 8:25 minit pagi.
Hatinya berdoa semoga Sir Fadzil tidak perasan akan kehadirannya kerana dia bakal masuk ke Dewan Kuliah Besar 1 melalui pintu belakang!
****
TIBA di kawasan dewan Rosie menarik nafas lega. Bukan dia seorang sahaja yang lambat rupanya. Aiman Uwais, kawan sekuliah yang perasan macho pun lambat juga."Serius ke kau nak masuk ikut pintu belakang?"soal Aiman. Rosie sudah bersedia untuk membuka pintu.
"Nak ikut tak? Kalau tak ikut, kau yang menyesal tak dapat belajar,"kata Rosie.
Aiman serba salah. Macam kurang ajar saja kalau masuk ikut pintu belakang. Tapi, kalau masuk ikut pintu depan mesti semua mata melihat dirinya yang sudah terlambat 30 minit!
"Tunggu aku!"jerit Aiman.
Fadzil Ezkandar yang sedang mengajar dapat merasakan pintu belakang dewan kuliah tersebut telah terbuka secara tiba-tiba. Matanya melihat ke atas.
Datang pun orang yang dinanti. Tapi bukan berseorangan. Ada pasangan datang lambat rupanya!
Fadzil hilang konsenstrasi secara tiba-tiba.
Rosie tewas. Sir dah nampak pun. Habis lah. Dia menoleh ke belakang. Aiman Uwais sedang menutup pintu. Seketika kemudian kedua-duanya memandang ke arah pensyarah mereka yang sedang memerhatikan mereka di hadapan.
"Dua-dua turun sekarang,"kata Fadzil melalui mikrofon.
Aiman Uwais mendahului Rosie Aulia. Dengan wajah yang masam, Rosie mengekori belakang Aiman.
"Kenapa lambat? Berjanji ke nak datang lambat? Awak ingat kuliah saya tak penting? Atau anggap saya pensyarah yang tiada nilai?"soal Fadzil dengan serius.
"Maaf sir. Saya tadi sakit perut, cirit-birit sir. Saya dah bersiap sedia nak pergi kuliah lepas subuh lagi. Tapi....,"Jelas Aiman Uwais. Mata Fadzil beralih ke arah orang di sebelah Aiman pula.
"Tak nak minta maaf sebab dah lambat?"soal Fadzil apabila Rosie hanya menunduk ke bawah tanpa melihat wajahnya.
"Saya..."Rosie cuba memikirkan ayat.
"Cirit-birit dengan Aiman jugak?"soal Fadzil.
"Uishhh mana ada. Saya pun tak tahu dia datang lambat dengan saya. Tengoklah sir. Macam ada jodohkan?"soal Rosie. Seluruh isi kuliah ketawa mendengar soalannya. Dah tahu diri tu buat salah, sempat lagi nak buat lawak.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomansaPerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...