Aku terpisat-pisat membuka mata yang terasa pedih. Muka aku sakit!
"Abang."Aku mula merengek. Aku ingin Fadzil segera datang menjadi hero dan menyelamatkan aku. Rinduku terhadap keluarga sudah tidak tertahan. Bila nak habis mimpi ngeri ni?
Aku lihat Yusuf sedang tidur di atas kerusi rotan. Entah nyenyak entah tidak kerana sedikit pun dia tidak terusik dengan rengekan aku tadi. Ketika aku cuba menggagahkan diri yang semakin lemah, aku lihat ada sesuatu di sebalik tingkap. Dia seorang wanita berpakaian lengkap berwarna putih dan sedang tersenyum sayu ke arah ku.
Aku menggosok-gosok mata. Mahu melihat dengan lebih jelas.
"Apa tu?"Bulu romaku tiba-tiba meremang. Kalau dia manusia, aku yakin dia bersekongkol dengan Yusuf untuk memerangkap aku di sini. Tapi, kalau dia hantu, dia nak apa dari aku?
Perasaan ingin tahu aku mati tiba-tiba ketika aku terdengar derapan tapak kaki dan perbualan manusia dari luar bilik. Terus aku kembali baring dan pura-pura tidur. Yusuf pula sudah terjaga dan dia terus keluar dari bilik.
Aku buka mata sedikit dan mengerling ke arah tingkap. Wanita itu sudah tiada lagi dan mataku tertancap ke arah objek yang ditinggalkan oleh Yusuf di atas meja kopi bersebelahan kerusi rotan. Perlahan-lahan, bibirku yang sudah kering mengukir senyuman.
"Aku ingat pandai sangat."Aku terus menaip laju dan menghantar ke nombor Fadzil yang sempat aku hafal. Kata orang, kalau dah sayang, nombor telefon pun sanggup hafalkan? Selesai menghantar terus aku padam. Dalam hati bersyukur kerana Yusuf tidak meletakkan sebarang kata laluan pada telefonnya. Kalau tak lagi susah kerja aku.
Aku letak kembali ke tempat asalnya dan kembali baring di atas katil untuk berpura-pura tidur. Bunyi derapan tapak kaki manusia semakin hampir dan seketika kemudian pintu sudah terkuak luas.
***
"Hulu Langat. Itu lokasi terdekat yang kami dapat detect.Bila encik terima mesej ni?"Soal Koperal Imran.
"Dalam tengah hari macam tu. Pukul 1 lebih lah."Jawab Fadzil sambil menggosok dagu yang sudah dipenuhi jambang. Wajahnya sudah tidak kemas. Matanya seperti orang yang tidak cukup tidurnya.
"Kami akan jalankan siasatan di sana. Encik jangan call dulu nombor ni kerana akan mengancam keselamatan Puan Rosie."Pesan Inspektor Hafiz.
Fadzil mengangguk akur. Semenjak kehilangan Rosie, dia langsung tidak kembali ke kolej dan Anis seolah lenyap begitu sahaja dari pandangannya dan hidupnya. Biarlah perempuan itu hendak ke mana sekalipun. Dia tak mahu ambil tahu. Yang penting sekarang ialah, Rosie !
"Saya nak mengiringi penyiasatan ke Hulu Langat nanti."Kata Fadzil. Kedua-dua anggota polis itu hanya mengangguk.
Suara azan Asar yang dilaungkan mematikan lamunan mereka bertiga di dalam pejabat polis tersebut. Ketiga-tiganya beriringan menuju ke masjid berdekatan.
Koperal Imran sempat menepuk bahu Fadzil. "Sabar. Kita dah hampir ke penghujungnya."Nasihat itu diberi untuk orang yang hampir patah semangat seperti Fadzil Ezkandar.
***
"Kau baik. Kau cantik. Tapi,"Jari-jarinya bermain di sekitar wajahku yang masih dihiasi tudung. Tudung yang aku pakai semasa hari terakhir di kolej.
"Kau bodoh!"Dia menampar kuat wajahku dan sekaligus air mataku mengalir deras. Sakit!
"Dah tahu kau tu masih pelajar lagi, buat apa menggatal dengan pensyarah sendiri? Tak sedar diri!"Dia menolak kasar kepalaku. Dia adalah wanita yang sangat aku kenali. Dia juga adalah wanita yang memusuhiku.
"Aku tak fahamlah. Apa yang ada sangat pada kau ni sampai dia boleh jadi gila tanpa kau. Imagine it Rosie, dia langsung tak tanya khabar aku dan terus meratapi kehilangan kau!"Dia menolak lagi kepalaku.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...