"Rosie, Sir Aqil nak jumpa kau,"
Rosie menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Tika itu, kuliah perakaunan 1 baru keluar daripada DKB 1 dan subjek Ekonomi baru saja berlalu.
"Pasal apa pulak dah?"soal Rosie. Dia beriringan bersama Aiman Uwais menuju ke DKB 2. Kuliah subjek Perakaunan sedang menanti dan semua pelajar sudah selamat masuk sebelum pensyarah tiba. Ini kuliah Sir Fadzil kut. Masuk lambat, nak kena tazkirah?
Lagi beberapa langkah untuk sampai ke DKB, Fadzil dapat menangkap dua susuk tubuh dari jauh.
Dia tidak jadi meneruskan langkah. Dia kenal pelajar lelaki itu. Pelajar perempuan itu lagilah dia tahu.
"Kenapa serius sangat muka diorang berdua tu? Takkan bincang hal rumah tangga kut?"Fadzil bermonolog.
Rosie dan Aiman kemudian melangkah masuk ke dalam DKB.
Fadzil mengekori.
Usai mengambil tempat di tempat pensyarah mengajar kuliah, matanya mencari-cari wajah isterinya dan Aiman Uwais.
"Semua dah ada ke dalam dewan ni?"soal Fadzil.
Memandangkan tiada jawapan daripada pelajar....
"Mana Rosie Aulia dengan Aiman?"soal Fadzil lagi.
Dewan yang sedari tadi sepi mulai riuh.
"Mana diorang weh?"soal Hakim, ketua kuliah perakaunan 1.
"Mana aku tahu. Tadi aku nampak diorang keluar ikut pintu belakang.""Saya tanya soalan saja. Kamu semua dah riuh macam ni. Tak boleh ke salah seorang bangun dan bagi jawapan. Langsung tak ada hormat pada pensyarah di hadapan."Fadzil meninggikan suara. Bukan niat dia untuk berkelakuan begitu tetapi geram. Geram kepada...
Pintu dewan kuliah hadapan terbuka.
Aiman masuk diikuti Rosie. Kedua-duanya menundukkan wajah dan menuju ke arah Fadzil.Sejarah lama berulang kembali.
"Sir.. Kitaorang..."Aiman tidak sempat menghabiskan kata-kata.
"Duduk!"arah Fadzil tanpa memandang ke arah wajah mereka berdua.
"Yang bising tadi, teruskan bising. Kalau awak tak bising, saya tak nak mengajar."
Fadzil memasamkan wajah semasam-masamnya. Sudah tiada mood untuk meneruskan pengajaran.
"Kenapa senyap?"soal Fadzil.
Beberapa saat berlalu. Fadzil terus mendiamkan diri. Dia menulis di nota kuliah tanpa suara.
Suasana Dewan Kuliah Besar 2 sunyi sepi. Kalau nak pasang muzik cengkerik pun boleh.
Rosie Aulia dihambat rasa bersalah. Ini semua kerana dirinya.
Fadzil langsung tidak memandang ke arah wajah isterinya.
"Aku pelik betul dengan sir,"Kata Fiqa dalam nada yang perlahan.
"Aku pun sama. Macam orang period pun ada,"balas Nadhirah pula sambil melihat ke arah pensyarah itu.
"Aku syak dia gaduh dengan awek dia lah,"kata Nabila tanpa memperlahankan suara. Seluruh isi kuliah memandang ke arahnya dengan wajah yang pelbagai reaksi.
Fadzil juga terkejut mendengarnya."Ish kau ni, bukan nak slow sikit volume tu!"marah Natasya sambil menunduk ke bawah. Malunya bila semua orang memandang ke arah barisan kelasnya.
"Alamak! Macam mana ni? Sir tu pandang aku macam nak makan je,"Nabila sudah hilang semangat apabila Fadzil menjeling tajam ke arahnya tanpa bersuara. Pergghh. Orang sekarang kata, perit. Perit sungguh rasanya.
Fadzil mengemas barang-barangnya lantas keluar daripada situ.
Dewan kuliah kembali riuh apabila pensyarah itu sudah keluar.
Rosie bangun dan cuba untuk mengejar suaminya. Namun, matanya sudah berpinar-pinar. Keadaan sudah gelap di hadapan. Rosie rebah, dan kebetulan disambut oleh Aiman Uwais yang berada berhampirannya ketika itu.
Bersambung... :)

ANDA SEDANG MEMBACA
S.J.P.S.s
Roman d'amourPerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...