Bab 53- Tingkat 14

916 11 0
                                    

Pintu dikunci dari luar. Sudah kali ke berapa entah aku ketuk pintu dari dalam. Memohon supaya orang yang berada diluar lepaskan aku. Aku nak balik! 

Air mata sudah kering dipipi. Hari ini sudah hari kedua aku berada di dalam bilik yang suram dan sepi ini. Cat di dinding yang berwarna kelabu kian pudar. Langsir berjalur hitam putih pula dibiar terbuka menutupi tingkap bilik. 

Aku dengar ada orang sedang memasukkan kunci untuk membuka pintu bilik yang aku diami. Terus aku berundur ke belakang sedikit. Terpacul wajah lelaki bertopeng putih dan memakai hood hitam di muka pintu. Dia membawa sebungkus makanan dan sebotol air mineral lalu diletak di atas kabinet lampu tidur sebelah katil.

"Kau siapa? Apa kau nak dari aku?"Soalku , agak berani. 

Lelaki tadi berpaling ke arahku. Aku tidak tahu reaksi wajahnya. Sama ada senyum atau masam kerana dia masih bertopeng. 

"Makan !"Arahnya tanpa menjawab soalanku. Cerita tentang makan, aku memang tak usik langsung makanan yang dia beri. Aku hanya meneguk air mineral kerana tekakku sudah tidak tahan menanggung perit dan pahit.

"Tak nak! Aku nak balik !"Jeritku. Cecair jernih mula hadir di tubir mata.

Lelaki itu bergerak mendekatiku. Haruman perfumenya menusuk hidungku. Aku kenal perfume ini. Siapa ya yang selalu pakai?

"Kau degil?"Dia mula menolak kasar daguku ke atas dan kini wajahku sudah menghadap wajahnya.

"Lepaskanlah aku. Kau nak apa dari aku? Apa salah aku kau buat aku macam ni?"Soalku dengan nada yang sayu. Daguku sudah dilepaskan. Lelaki itu berundur setapak dan duduk di atas katil queen bercadar merah jambu yang ada di bilik itu.

"Banyak salah kau Rosie."Kata lelaki itu, pendek. Suaranya mula mendatar sahaja. Tidak seperti mula-mula tadi.

"Kenapa kau baik sangat Rosie? Fadzil tu tak sayang pun pada kau. Kalau dia sayang, dia tak akan menduakan kau."Sambungnya lagi. Aku sudah terkedu. Lelaki di hadapanku ini tahu segalanya. Persoalannya, siapa dia?

"Kau siapa? Macam mana kau tahu segalanya pasal aku?"Soalku,masih berada di pintu bilik dan tidak berani mendekatinya.

"Aku adalah orang yang sangat kau kenali. Aku nak kau Rosie. Aku mohon kau kembali pada aku."Lelaki itu mula menanggalkan topengnya. Sekali lagi aku terkedu dan disebabkan antibodi yang semakin lemah, aku pitam kembali.

***

Jambang yang mula memenuhi ruang muka tidak dipeduli olehnya. Dia mahu isterinya kembali dan bersama-sama bina hidup baru. Let's start from beginning.

Sudah dua hari dia duduk di rumah mentuanya. Merenung foto-foto indah dibilik tersebut. Mengusung rindu yang semakin mendalam. 

"Mana Rosie pergi?"Dia berkata sendirian. Selama dua hari itu jugalah dia berkurung di dalam kamar. Puas sudah Puan Rohaya dan Encik Abu Bakar menyuruhnya makan dan membawa makanan naik ke tingkat atas. Namun, makanan itu hanya dipandang sepi.

Telefon yang sering berdering dibiarkan begitu sahaja. Pintu sekali lagi diketuk dari luar. Kali ini terkuak. Terpacul wajah Anis Syazira di muka pintu bilik.

"Fadzil."Suara itu memanggilnya. Fadzil menoleh kemudian kembali bersama lamunannya.

"Fadzil!"Panggil Anis lagi. Kali ini Fadzil bangun dan menuju ke arah wanita itu.

"Mana kau sorok isteri aku?"Soal Fadzil dengan wajah yang mengganas. Dia sudah hilang sabar. Puas sudah dia berfikir. Isterinya itu mana ada musuh. Kecuali sesudah dia menikahi Anis. Setahunya, Anis tidak pernah menyukai Rosie.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now