Bab 14-Stranger

694 19 0
                                        

Minggu berganti minggu.

Apabila bertembung, Rosie dan Fadzil berlagak formal. Kalau pergi konsult pun, tak ada siapa yang dapat mengesyaki sesuatu antara mereka kerana Rosie sudah tidak pergi berseorangan. Ada saja yang menawarkan diri untuk menemani kerana Fadzil pensyarah akademik yang cemerlang. Bolehlah mereka tumpang tanya sekali kalau tidak faham.

      "Hati-hati."Pesan Rosie.

    Matanya menghantar langkah tiga sahabat sebilik yang balik bermalam. Tinggallah dia seorang diri di malam Sabtu itu. Nasib baik ada kakak-kakak senior yang berlainan bilik di sekitar aras tingkat bawah itu. Sekurangnya dia tidak kesunyian nanti.

"Yang pasti, aku malas nak balik rumah abang."Rosie mengeluh. Menghadap nota-nota kuliah yang bersepahan dia atas meja belajar. Perlu dihadam sekali lagi supaya lebih faham.

Telefon tiba-tiba berdering. Dengan perasaan malas Rosie mengangkat panggilan. 

    "Kakak sorang-sorang. Semua balik rumah."luah Rosie.

Rasa rindu kepada ibu dan ayah sudah terubat.

Masih terasa kekosongan.

Mengapa ya?

Rosie melangkah malas menuju ke bilik air. Terasa tidak tertahan lagi untuk melepaskan hajat. Sudah terpasang niat di hati. 

"Malam ni nak tidur awal. Tunggu dia call. Huh! Orang suruh pura-pura je jadi stranger. Jadi stranger dekat alam realiti sudahlah. Ini Whatsapp pun tidak apatah lagi mesej di luar internet!"

Pintu siap dikunci. 

Dengan air wuduk yang diambil seketika tadi, dia menunaikan solat taubat dua rakaat beserta solat witir tiga rakaat sebagai penutup ibadah buat hari itu. Mana tahu itu solat terakhir dan mana tahu esok terjaga dan bukan di alam dunia. Tapi, di barzakh. Kita manusia. Penuh alpa dan leka dan kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan terjadi pada esok hari.

"Sodaqollahul'azim."Rosie mencium kitab suci Al-Quran lantas meletakkannya di atas rak. Ayah selalu berpesan supaya sebelum tidur, rajinkan diri membaca Al-Mulk. Biar nanti kita selamat dari seksa kubur.

***

'Abang tunggu dekat luar. Bersiap cepat. Malam ni kita balik KL.'

"Yes!"Rosie sudah tersenyum sampai ke telinga. Impian untuk tidur awal terbatal serta-merta.

***

"Ada orang tu, mengadu dekat ibu dia sebab tak dapat balik rumah."

Rosie memandang suaminya yang sedang memandu. 

"Siapa?"

"Awek abang."Fadzil membalas pendek.

Rosie terus menyilangkan tangannya dan membuang pandangan ke luar. 

"Merajuk la tu. Siapa lagi awek abang kalau bukan Rosie seorang."

Rosie masih berdiam diri.

"PMS ke?"

Rosie tidak mengangguk ataupun menggeleng.

"Sayang,"

Terdengar dengkuran halus terbit dari gadis itu. Fadzil tersenyum sendirian.

"Aku cakap seorang rupanya,"

***

"Sayang. Dah sampai rumah."Fadzil mengusap lembut tangan isterinya. 

"Abang pergilah cari awek abang tu."

Rosie membuka pintu kereta. 

Fadzil terpinga-pinga. Merajuk lagi?

***

"Rosie nak tidur bawah malam ni. Abang tidur la atas katil."Rosie menghamparkan comforter merah jambu di atas lantai.

     "Kalau macam tu, nak tidur bawah jugak lah."Fadzil mengangkat bantal dan selimutnya lalu duduk bersila di bawah. 

Rosie yang sedang membetulkan susunan bantal supaya selesa menjeling. Lantas Fadzil menarik Rosie ke dalam pelukannya.

     "Janganlah merajuk lama-lama. Rosie je awek abang. Abang mana ada awek lain."

Rosie terdiam di dalam pelukan suaminya. Haruman minyak wangi Dashing yang selalu disembur oleh suaminya membuatkan dia lemah dan terpesona.

S.J.P.S.sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang