Bab 7- Abang

1K 18 0
                                    

"TAK panas ke?"soal Fadzil. Mana taknya, Rosie Aulia daripada tadi duduk di sofa sambil melihat laptop  tanpa membuka tudungnya.

"Saya sejuk je sir. Tu aircond tu dah 18 darjah celcius membuatkan saya malas nak buka tudung ni,"jawab Rosie tanpa memandang ke arah suaminya.

"Nak abang tolong bukakan ke?"Fadzil menghampiri Rosie Aulia.

Rosie Aulia bangun daripada duduknya. Allah. Kenapa jadi malu macam ni?

Fadzil sudah ketawa melihat telatah gadis yang baru dinikahinya.

"Sir, kenapa terburu-buru nak kahwin? Pengarah tahu macam mana?"soal Rosie yang berdiri di tepi tingkap bilik. Aduh sir ni, bikin aku nervous!

"First, tiada lagi panggilan'sir',"kata Fadzil menunjuk isyarat nombor satu.

"Habis nak panggil apa? Takkan nak panggil madam kot,"Rosie mencelah.

"Cuba la bagi abang habis cakap dulu,"

"Err, Abang?"Rosie menunduk.

"Kenapa sayang?"soal Fadzil apabila wajah Rosie Aulia jelas menunjukkan ketidakselesaannya. Tambahan lagi apabila berdua sahaja dengan pensyarah sendiri. Tapi dalam hati suka.

"Hahahahahaha!"Rosie ketawa besar. Fadzil sudah terpinga-pinga. Apa yang lawaknya?

"Sir, sumpah lawak. Kalau kawan-kawan saya tahu ni, mesti diorang gelakkan saya 5 hari 5 malam,"Rosie sudah terduduk di sebelah suaminya tanpa sedar akibat dirinya sendiri ketawa macam tak ingat dunia. Tapi berkemungkinan dia ingat akhirat.

Kepalanya yang masih bertudung turut sudah terlentok di bahu suaminya. Fadzil melihat telatah pelajar yang sudah bergelar isterinya itu tidak berkelip. Ini rupanya Rosie Aulia yang sebenarnya. Kalau gelak, bahagia betul!

"Ya ALLAH,"Rosie tersedar sesuatu.

"Maaf sir!"ucap Rosie. Belum sempat Rosie bangun daripada duduknya, Fadzil sudah menggenggam tangan isterinya.

"Tak nak panggil abang , tak nak lepas,"kata Fadzil.

"Alaa,"

Fadzil merapatkan Rosie di sebelahnya.Memanglah kali pertama sebilik. Tapi takkan nak semaikan rasa malu tu sampai bila-bila?

"Abang nak tanya boleh?"soal Fadzil kepada Rosie yang sudah terdiam. Macam redha sahaja akan apa yang akan terjadi.

"Apa?"

"Kalau pengantin lelaki tadi bukan abang, Rosie tetap akan bernikah jugak ke ?"

Rosie mengangguk laju.

"Hishhh,"Fadzil mengeluh. Rosie memandang suaminya. Ditatap segenap inci wajah itu. Selama ni aku pandang dari jauh je kan. Pandang masa dia bagi kuliah je. Malam ni, detik ni, dia dah halal buat aku. Apa salahnya nak merenung ciptaan Allah yang indah ni kan. Rosie tersenyum nakal.

"Apa pandang macam tu? Tadi malu,"kata Fadzil.

"Sir..ehh abang.."Panggil Rosie. Fadzil memandang. Tangan Rosie digenggamnya lembut.

S.J.P.S.sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang