Bab 67- Redha

1K 13 0
                                    

'Lima minit lagi.'

Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 malam.Aku mengeluh perlahan. Dah nak dekat 10 minit aku tunggu, bayang kereta dia pun aku tak nampak. Kaki aku semakin lenguh. Perut aku memulas-mulas. 

Hidayah sudah lama pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta lebih kurang tiga hari daripada sekarang. Selepas hari raya, kami semua akan bercuti lagi kerana semester break selama satu bulan setengah.

"Rosie, tunggu siapa?"Soal salah seorang jiranku yang duduk dihadapan bilikku.

Aku tidak dapat menjawab kerana perut aku sudah sakit yang amat sangat.

"Eh, Rosie!"Maryam yang turut menunggu ahli keluarga di perkarangan tempat parkir kenderaan pelajar menjerit kecil lantas berlari mendapatkan aku.

Aku tak tahu apa yang terjadi. Yang aku dapat rasa kini ialah jubah mengandung yang aku pakai sekarang sedang basah di bahagian bawah.

"Rosie! Air ketuban kau dah pecah ni!"Maryam sudah membantu aku agar duduk di bangku yang berdekatan. 

Tidak lama kemudian aku nampak samar-samar cahaya lampu kereta berhenti betul-betul di hadapan bangku aku duduk.

Aku terus di bawa masuk ke dalam kereta di tempat duduk belakang. Najwa yang ikut sama tak henti-henti memujuk aku agar aku bersabar.

"Umi, relaks. Najwa ada dekat sini. Tengok muka Najwa okey?"

Dalam keadaan berpeluh dan sakit seperti itu mahu saja aku tergelak terbahak-bahak. Najwa baru umur 4 tahun. Tetapi dah ada gaya seorang doktor pakar sakit puan. 

***

Suara tangisan pertama berjaya memecahkan takungan kolam air mataku. Fadzil yang ada bersama memberi semangat untuk aku melahirkan sudah menangis di belakang langsir hospital.

Aku menanti suara tangisan yang kedua. Lama juga aku menunggu. Aku lihat doktor menepuk-nepuk lembut belakangnya. 

Tiada tangisan.

"Encik,"Doktor wanita itu memanggil. Fadzil yang sedang berdiri di sebelahku menghampiri doktor tersebut.

"Kami minta maaf,ALLAH lebih sayangkan dia."

Bayi yang sedang didalam pegangan doktor itu bertukar tangan. Fadzil renung anak kami. Yang mula-mula keluar tadi sedang dibersihkan oleh jururawat.

"Abang?"Aku tahu doktor itu menipu. Saja mahu buat prank pada aku. Gila punya doktor. Dia ingat mati ni boleh buat main-main?

Seketika Fadzil memandang ke arahku. Wajah Fadzil berubah. Tidak segembira ketika kelahiran bayi kami yang pertama tadi.

Fadzil menghampiriku. Bersama bayi kami.

"Kenapa abang? Doktor tu saja kan?"Aku tersenyum. Sengaja ingin menyedapkan hatiku.

Fadzil menggeleng. Dia serahkan bayi itu kepada aku.

"Anak umi."Aku mengusap wajahnya. Bersih. Bau syurga. Muka tak ubah seperti Fadzil. Hidung mancung. Tetapi-

"Kenapa anak umi sejuk ni?"Aku memandang Fadzil. Masih dengan wajah yang serupa. Wajah yang menahan tangis.

Fadzil mengalihkan pandangannya. Dia tidak memandang aku.

"Abang!"

Fadzil buat tidak endah.

"Doktor!"

Doktor itu memandang aku dengan pandangan sayu. Bayi itu beralih tangan. Fadzil mengambilnya semula.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now