Bab 64- Iriz Pecah

966 13 6
                                    

Selepas solat Subuh, aku turun ke bawah. Membantu ibu apa yang patut. Ayah dan Fadzil masih belum pulang daripada surau. Idham pula sudah pulang ke MRSM Gerik malam semalam memandangkan cuti Hari Wesak sudah tamat. Rosanna? Mungkin sedang bersiap-siap untuk ke sekolah dan Najwa masih lena.

"Ibu. Kakak rasa kakak tak boleh jadi macam ibu."Aku berkata ketika sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki.

"Kenapa pulak?"Ibu yang sedang meletakkan nasi goreng daripada kuali ke dalam mangkuk memandang aku.

"Kakak tak sempurna."Aku mengendurkan suaraku. 

"Tak ada orang yang sempurna Rosie."Suara ayah menyinggah ruangan dapur. Ayah menarik kerusi meja makan. Begitu juga Fadzil. Fadzil tersenyum manis kepadaku.

"Rosie sempurna untuk abang. Lebih pada tu lagi."Kata Fadzil pula. Ayah dan ibu saling berpandangan kemudian tersenyum ke arah kami.

Fadzil ni. Nak buat cerita sweet pula pagi-pagi macam ni.

"Morning semua! Hai Abang Fadzil."

Sekali lagi aku terdengar Rosanna buat suara yang sumpah gedik dan menjengkelkan. Rosanna sedang melabuhkan punggung di kerusi sebelah Fadzil yang sepatutnya jadi tempat aku. Aneh betul aku dengan minah ni. Punya banyak kerusi kosong, tempat aku juga yang dia rembat.

"Hai dekat Abang Fadzil je?"Soal ayah. 

Rosanna tersengih.

"Ayah. Hari ni tak payah lah hantar adik. Adik nak pergi dengan Abang Fadzil. Boleh tak abang?"Rosanna menguis sikunya ke siku Fadzil.

Aku menelan liur perlahan. Fadzil tenang saja.

"Abang kena teman Kak Rosie."Fadzil memandang ke arahku, mengharapkan bantuan. Aku tahu Fadzil mahu menyambung tidurnya. Alih-alih Rosanna suruh hantar pergi sekolah pula.

"Akak kena kemaskini UPU. Abang Fadzil kena tolong akak."Aku memandang Rosanna sekilas kemudian melabuhkan punggung di kerusi berhadapan ayah.

"Ala kau ni kak. Buat jelah sendiri. Bukan lama pun nak hantar adik. Boleh lah abang."Rosanna merayu lagi sambil membuat muka manja. Ingat comel?

"Ayah hantar sajalah. Kesian Abang Fadzil. Penat."Ibu mula menyampuk. Ibu pun tak suka tengok dia menggeletis macam itu.

"Ala ibu. Abang Fadzil tak kata apa pun."Rosanna melirik ke arah Fadzil lagi. Aku,ibu dan ayah hanya menggeleng kepala melihat tingkah lakunya.

"Okeylah."Fadzil tersenyum akur. 

"Yes! Nak naik kereta abang tau."Rosanna bersuara manja kemudian mula menjamah nasi goreng di hadapannya.

Fadzil mengangguk sambil memandang aku.

"Sukalah tu."Kata aku tiba-tiba. Geram pula aku pada Fadzil ni. Dah tahu Rosanna tu saja nak menggedik, dia pergi layan juga.

"Jangan jealous."Rosanna tersenyum sinis ke arahku.

***

Aku mengemas katil memandangkan Najwa sudah bangun dan kini sedang bermain buih di dalam tab mandi di bilik air. 

Tiba-tiba pinggangku dilingkari oleh tangan daripada belakang. 

"Abang. Lepaslah. Rosie nak kemas katil ni."Aku berkata tanpa memandang ke arahnya. Terganggu pula kerja aku ketika ini.

"Nanti dah nak berpisah."Fadzil meletakkan dagunya di bahuku. 

"Berpisah nak pergi mana pulak?"Soalku. Masih belum menoleh belakang.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now