Bab 46- PSPM 2

1K 12 0
                                    

Aku menahan kantuk. Air mata sudah banyak terkeluar akibat aku sedari tadi menguap tanpa henti. Mengantuk yang amat hanya ALLAH yang tahu. Aku membetulkan dudukku. Aku lihat wajah pensyarah subjek Ekonomiku yang mengajar tanpa jemu. Bukan aku saja yang hampir terlelap tadi. Nadhirah pun sama. Buktinya, nota kuliah dan alat tulis kami terjatuh sampai ke bawah akibat meja yang sikit-sikit nak terbalik kalau tak dipegang.

Puan Zaiton sedang mengajar Bab 8 iaitu bab terakhir dalam Makroekonomi matrikulasi. Kami sudah masuk ke subtopik akhir iaitu Peranan Kerajaan Untuk Mencapai Pertumbuhan Ekonomi sebelum kuliah Ekonomi kami tamat untuk semester 2 ini dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi akan berlangsung dua minggu dari sekarang. Minggu hadapan sudah study week dan kami perlu bersedia dari sekarang. Huh!

"Okey sekarang saya nak tanya. Yang tudung pink barisan dua dari belakang."Aku tika itu hanya menunduk dan sudah tiada mood untuk belajar memandangkan bab 8 ini semuanya fakta. Jadi aku buat tidak tahu.

"Rosie, kau lah."Kata Natasya tiba-tiba. Di luar jangkaan aku, seluruh isi dewan kuliah sedang memerhati ke arahku. Aku tersenyum sumbing sebelum berdiri. Tak sangka hari ini aku yang kena sebab selalunya aku terselamat daripada segala jenis soalan. Bila dalam keadaan tak bersedialah soalan baru nak kunjung tiba.

"Beri kepada saya lima faktor penggalak pertumbuhan ekonomi. Jangan tengok nota dan kawan disebelah jangan cuba nak membantu. Kalau nak bantu sangat, berdiri sekali. Boleh saya bagi soalan banyak lagi."Kata Puan Zaiton dalam nada yang agak tegas. Aku rasa dia nampaklah apa aku buat dekat belakang tadi. Dari tadi aku main-main dengan Syafiqa dan Syafiqa bernasib baik kerana dia terselamat.

"Kawan dia di sebelah."Aku menahan gelak. Ingat Syafiqa terselamat tadi. Rupanya dia pun kena. 

"Berdirilah kamu berdua sampai kuliah tamat."Kata Puan Zaiton apabila Syafiqa pun tidak dapat menjawab dan kami berdua pun berdiri sahajalah mengikut kata pensyarah. Wajah Syafiqa sudah kemerahan dan aku relaks saja. Ini bukan pertama kali aku berdiri. 

Kami berdua jadi fokus tiba-tiba apabila kami sudah berdiri malah apabila apa sahaja soalan yang ditujukan oleh Puan Zaiton kepada orang lain,kami  berebut-rebut untuk menjawab sebelum kami sama-sama ketawa.

***

"Aku tak sangka kau dengan Sir Fadzil adik-beradik."Hampir tersembur kuah laksa aku apabila Nabila berkata seperti itu. Aku ingat dia dah lupa peristiwa minggu lepas. Rupanya dia baru nak buka cerita.

"Bestnya kau cuti seminggu. Kitaorang pulak yang stres tengok kau relaks je."Sambung Natasya pula. Banyaklah kau punya best. Aku cuti bukan saja-saja.

"Aku tak relaks lah. Ish. Jangan la kata aku relaks. Aku tak relaks ni."Aku mengerutkan kening. Kurang selesa dengan statement seperti itu. Aku seorang yang cepat menggelabah. Tolong jangan kata aku relaks. Hati aku sedang berombak kencang memandangkan aku banyak tertinggal subjek-subjek sebelum ini.

"Ada masalah datang je bilik aku. Aku tahu kau tengah risau. Banyak subtopik kau tertinggal kan. Kitaorang boleh bantu."Kata Nadhirah pula sambil menghirup kuah bihun sup. Kali ini aku tersenyum.

"Terima kasih Nad. Sayang kau."Aku memeluk lengan Nadhirah dan mereka yang lain mencebik bibir.

"Aku musykil satu benda ni. Kenapa Sir Fadzil suruh bini dia keluar dan suruh kau naik. Boleh kau terangkan?"Soal Syafiqa sambil mengangkat kening.

Keempat-empat pasang mata itu memandang ke arahku menantikan jawapan. Aku terdiam seribu bahasa. 

"Datang bilik aku lah. Aku ada benda banyak nak cerita. Ada benda juga yang aku nak bagi."Nampaknya aku perlu membongkarkan rahsia kepada mereka berempat sebelum cerita lain yang timbul. Mesti!

***

Kuliah Perakaunan pada petang itu sungguh syahdu sekali dengan wajah-wajah mengantuk kami sekuliah. Entahlah. Aku pun tak tahu mengapa. Mungkin kerana pensyarah lain yang masuk mengajar dan bukannya Sir Fadzil Ezkandar. Turut sampai ke telinga aku tadi bahawa Sir Fadzil dan Miss Anis masih bercuti memandangkan Sir Fadzil terkena demam cacar dan Miss Anis perlu menjaganya. Itu yang aku dengarlah. 

Sekali lagi aku terlelap ditemani pendingin hawa yang menyejukkan seluruh anggota. Bahuku tiba-tiba dikuis oleh Syafiqa. "Nah. Aiman bagi."Kata Syafiqa dan mataku terus memandang ke arah Aiman Uwais yang berada di tempat lelaki. Aku lihat sekilas pada kertas dan gula-gula yang diberi.

See you lepas Asar. Jom riadah sama-sama.

Tanpa berfikir panjang aku terus menunjukkan simbol okey memandangkan aku sedang mengantuk ketika itu. Terus aku menerima ajakan itu bulat-bulat.

"Surat apa tu?"soal Syafiqa dan terus mengambil kertas itu daripada tanganku. Aku biarkan saja sambil menutup mulutku yang tak mahu berhenti menguap.

"Woi. Sejak bila kau dengan dia ni?"Soal Syafiqa dengan wajah yang kurang selesa. Aku syak dia syok dekat Aiman.

"Apanya. Beriadah je pun."Balasku. Nota kuliah aku perhati dalam-dalam. Hidayah baru tiba mungkin. Tiba-tiba je aku rasa nak fokus pada pensyarah yang sedang bercakap di depan.

"Nak ikut boleh?"Soal Syafiqa lagi sambil tersengih. Aku terus mengangguk tanpa banyak soalan. Aku nak fokus ni. PSPM dah makin dekat dah ni. Bahkan sangat dekat!

***

"Gila-gila-dan sangat gila. Kau dah gila ke Rosie?"Soal Natasya sambil merenung sijil pernikahan aku.

"Ha'ah. Aku pun rasa macam tu."Jawabku dan melabuhkan punggung di sebelah Nadhirah yang berada di atas katil bujangku. Penat.

"Dan sekarang kau bermadu dengan Miss Anis?"soal Nabila pula.

"Itu pun gila jugak. Seksa jugak aku nak terima."Balasku. Jam sudah menunjukkan pukul 5:15 petang. Asar pun belum lagi ni. 

"Kau ni betul-betul gila la Rosie."Kata Syafiqa sambil melabuhkan punggung di sebelah Natasya. Matanya juga fokus ke arah sijil itu.

"Asal kau tak bagitahu kitaorang? Suka sangat simpan rahsia."Nadhirah bersuara seperti nada orang mahu merajuk.

"Sorry lah. Aku tak nak korang terkejut beruk."Balasku. Aku mencapai tuala untuk ke tandas. Aku perlu berus gigi dan cuci muka kemudian ambil wuduk kerana aku ingin menghadap Pencipta semesta alam sebentar lagi.

"Lepas ni, aku minta tolong sangat. Tolong jangan simpan rahsia besar kau dari kitaorang. Tengok, kau tengah ada masalah pun kitaorang tak tahu."Kata Nadhirah lagi.

Aku hanya tersenyum sekilas sebelum berlalu.

*Penulis nak pergi interview harini. Fuhh bedebor rasa. Doakan yang terbaik eh! ^^ Happy reading! Xoxo

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now