Media : Fadzil khusyuk potong timun xD
Usai solat subuh berjemaah, aku dan Mama mengaminkan doa yang dibaca oleh Fadzil. Keadaan aku ketika itu sangat mengantuk dan belum lagi habis doa, aku dah terlelap sambil duduk bersebelahan Mama.
Aku kalau dah mengantuk, tak kira apa dah. Lantaklah apa nak jadi sekalipun, aku terus ter-landing saja. Masa di kolej dulu, berapa kali aku terlena dengan indahnya masa imam berzikir selepas solat. Kawan-kawan aku mesti menggeleng-geleng kepala dengan tabiat aku yang satu itu.
***
Dari jauh aku lihat kartun Doraemon sedang berbaring jauh daripada aku. Kondisi aku tika itu juga sedang berbaring. Aku lihat sekeliling. Aku di sebuah taman yang penuh dengan bunga-bunga cinta!
Ya ALLAH ! Memang aku tak nak keluar daripada mimpi ini. Indah sangat!
Aku berguling-guling di atas rumput taman bunga yang sangat cantik itu untuk ke kartun Doraemon yang sedang menanti aku. Doraemon ni sesat ke apa, aku pun tak tahu sebab tiba-tiba saja aku berjumpa dengan dia.
Bibir aku tika itu tak henti menguntum senyuman memandangkan Doraemon merupakan kartun yang aku suka gila-gila! Secara tiba-tiba dapat jumpa macam tu. Dia hulur tangan bulat dia lagi dekat aku. Mana aku tak gila!
Hampir.
Semakin hampir.
Yes!
Aku dah berpeluk dengan Doraemon!
Aku dakap Doraemon sekuat-kuatnya. Bertambah gembira bila Doraemon membalas pelukan aku. Pelukan Doraemon kepadaku lebih erat berbanding aku. Doraemon itu memandang wajah aku lama kemudian mengucup dahi aku.
Aku tersenyum bahagia.
Aku balas kucupannya. Pertama di dahi. Kedua di hidung merahnya yang comel itu. Perasaan aku tika ini sungguh bahagia dan gembira! Aku usap wajah Doraemon yang comel itu. Peluang ini memang aku takkan lepaskan memandangkan aku sahaja yang bersama dengan Doraemon tika itu.
"Uhuk uhuk!"Doraemon batuk.
Saat itu, mata aku terbuka.
Speechless.
Aku sedang berpelukan dengan manusia rupanya. Bukan Doraemon. Posisi wajah aku dengan wajah manusia itu sangat dekat.
Yang paling tak boleh blah, kedua-dua tangan aku kemas melingkari pinggang Fadzil. Fadzil juga begitu.
Posisi kami berdua beku buat beberapa saat.
Aku tunggu Fadzil lepaskan.
Satu minit.
Dua minit.
Tiga minit.
Pelukan Fadzil semakin erat sehingga lemas aku dibuatnya.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...