Bab 43- Sofea The Best

1K 11 0
                                    

Aku masukkan anak kunci pada tombol pintu yang berkunci. Lantas, aku pulas tombolnya. 

"Eh?"Bilik cerah.Aku sangka tiada orang. Rupanya ada penghuni di dalam. Penghuni yang sedang khusyuk menulis itu terus menoleh ke arah ku setelah dia merasakan pintu sudah terkuak.

"Rosie? Kau okey tak ni?"Sofea terus menerpa ke arahku. Tubuhku sudah longlai tika itu. Sungguh aku tak kuat lagi dengan semua ini. Sofea membawa aku duduk di katil bujang yang kolej bekalkan untuk penghuni asrama seperti kami. Terus aku melabuhkan punggungku di situ. Air mata yang semakin lama semakin banyak aku biarkan. Tiada kudrat lagi untuk aku menyapunya.

"Kau duduk dulu. Aku pergi panaskan air dalam heater kejap. Kau suka coklat panaskan? Kejap aku pergi buat."Sofea terus bangun tanpa menantikan jawapan aku. Dia menghilang di sebalik pintu bilik. Aku sempat lihat sekeliling. Tempat Ayra dan Darshini kelihatan kemas kerana mereka pulang bermalam. Kecuali tempat Sofea yang penuh dengan segala jenis assignment cuti dua hari. Kalau aku pula, cuti sendiri selama seminggu. Tak dapat aku membayangkan berapa banyak tugasan kuliah dan tutorial yang aku tinggalkan.

Lima minit kemudian Sofea muncul bersama coklat panas yang dibuatnya untukku. Aku memang tiada selera tika itu tapi demi menjaga hati kawan aku minum juga sesudu dua.

"Terima kasih Fea. Susah-susah je."Aku berbasa-basi meskipun mulut dan lidahku berat untuk menuturkan kata.

"Sudahlah menangis tu, nanti esok sembam mata tu macam mana? Kau bertenang dan cerita pada aku, apa masalah kau sampai balik bilik dalam keadaan macam ni? Sir buat apa dekat kau?"Bertalu-talu soalan yang dia tanya. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku malas untuk membuka cerita. 

"Rosie, kalau kau terus diam macam ni, bukan masalah kau je yang tak selesai, aku pun tak tahu nak menolong macam mana. Cuba kau cerita dekat aku. Sekurangnya beban kau berkurang. Eh sebelum aku terlupa, aku nak ucap takziah atas pemergian ayah mentua kau."Sofea menepuk-nepuk bahuku. Aku tersenyum hambar.

"Ha, kan manis senyum macam tu. Cepat cerita."

Aku memulakan sesi penceritaan. Daripada A sampai Z aku cerita. Daripada hari pertama aku di Ipoh hingga peristiwa yang terjadi tadi aku beritahu. Sungguh benar apa yang dikatakan oleh Sofea. Bahuku terus ringan seperti batu baru dialihkan. 

"Ya ALLAH. Melampau betul Miss Anis tu. Kalau aku jadi kau, aku tarik rambut dia. Mentang-mentang dia dah ada kuasa sebagai isteri dekat Sir Fadzil, suka hati dia nak menguasai rumah tu. Dan senang hati dia je halau kau."Sofea merengus geram. Aku menyapu linangan air mata. Sungguh syahdu air mataku mengalir pada malam ini.

"Sabar ya Rosie. Aku yakin ALLAH dah atur jalan yang terbaik untuk kau. Yang kau tak jangka-jangka. Dalam Al-Qur'an pun banyak sebut pasal kejayaan bagi orang yang bersabar. Kau termasuk dalam golongan tu. Kau doa banyak-banyak. Pergi bersihkan diri dan solat Isyak. Kemudian mengaji semuka dua. InsyaAllah hati kau tenang. Walaupun tak tenang sepenuhnya, kau dah berusaha mendekatkan diri pada yang Maha Esa."Aku tersenyum menerima nasihat daripada Sofea. Aku tertarik pada kata-katanya. 

"Terima kasih Sofea. Kau sudi dengar masalah dan cerita aku. Kenapa kau tak balik?"Soalku sambil mencapai kain tuala. Aku sudah bersedia untuk membersihkan diri. Pancuran air sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan.

"Tugas aku sebagai kawan kau. Tak payah terima kasih bagai. Malaslah balik. Kalau balik aku bukan buat kerja pun."Jawabnya sambil berlalu ke tempatnya.

"Aku mandi dulu."Balasku sambil menguntum senyuman dan membuka pintu bilik. Mataku terbuntang luas setelah pintu dibuka.

Terus aku ternganga tanpa sebarang kata. Semua kakak-kakak senior dan jiran tetanggaku yang  berada di tingkat aras bawah memandang ke arahku dan dia.



S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now