Media : Yusuf Mikhail
Masing-masing tersenyum sendiri.
Rosie menyalami tangan suaminya seusai solat fardu subuh secara berjemaah dilaksanakan.
Tak dapat membayangkan betapa kelam kabutnya mereka berdua pagi tadi. Jam 6 baru terjaga. Memandangkan sudah terlambat untuk menanti giliran mandi akhirnya keputusan dibuat.
"Kita mandi sama-sama."
Rosie ternganga.
"Tak payah nak nganga sangat. Kalau tak, lambat subuh nanti."Tanpa disuruh Fadzil sudah menarik tangan isterinya.
Rosie akur.
***
"Berseri muka anak dan menantu ayah harini."kata Encik Bakar yang sedang menjamah bihun goreng yang dimasak oleh isterinya yang tercinta.
Fadzil dan Rosie yang beriringan ke dapur bersama saling berpandangan lantas tersenyum.
Fadzil menarikkan kerusi buat isterinya lantas duduk bersebelahannya. Tempat duduk Fadzil berhadapan dengan tempat duduk ayah mertuanya.
"Petang ni nak balik Ipoh sekejap. Jenguk abah."kata Fadzil tanpa dipinta.
Encik Bakar dan Puan Rohaya mengangguk. Pagi itu hanya mereka berempat di dapur. Idham Adli, adik lelaki Rosie sudah berlalu ke sekolah memandangkan ada aktiviti kokurikulum di sekolah dan adiknya juga telah dilantik sebagai ketua platun Kadet Bomba. Besar tanggungjawabnya. Perlu berdisiplin.
Manakala, Rosanna Aulia, adik perempuan Rosie sudah ke tempat tuisyen memandangkan tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan PT3. Tak mahu menjatuhkan prestasi sebagai pelajar cemerlang sepanjang dua tahun menuntut di SMK Seri Gading , dia harus pulun bersungguh-sungguh!
"Hati-hati bawa kereta Zil. Bahaya musim-musim hujan ni."Pesan Encik Bakar. Agak bimbang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di luar sana. Dalam masa sehari, bukan satu atau dua berita tentang kemalangan. Berpuluh-puluh. Mana tak bimbang.
***
"Abang, berhenti dekat R&R sekejap. Tak tahan."
Fadzil mengangguk. Lagi 5km sebelum sampai ke R&R Sungai Siput.
***
"Aduhh!"
"Maaf!"Yusuf Mikhail membantu gadis yang terlanggar dengannya tadi untuk berdiri dengan betul kembali. Keadaan R&R yang dipenuhi dengan manusia menyebabkan pertemuan dua insan secara tidak sengaja.
Rosie tidak memandang pada empunya diri yang melanggarnya tadi lantas berlari anak meninggalkan lelaki tadi sebelum sempat lelaki itu memberi ucapan maaf buat kali kedua.
"Macam kenal. Tapi.. Hmm.. entah."Yusuf mengangkat bahu lantas meneruskan niatnya untuk ke kedai serbaneka.
***
"Kenapa muncung je ni?"
"Geram lah abang,"Rosie menggosok-gosok kakinya yang terkehel akibat langgaran secara tiba-tiba tadi. Stokin yang disarungnya sedari tadi dibuka.
"Ya ALLAH, merah!"Fadzil terus memegang tempat bengkak.
"Sini abang sapu minyak gamat."Fadzil membuka laci dashboard yang berada berhadapan Rosie Aulia lantas mencari minyak gamat yang diperlukan di saat ini.
Seketika Rosie tersenyum.
"Haa, sudah. Isteri abang kena langgar dengan siapa ni sampai senyum sorang-sorang?"
"Lama sikit boleh? Sedapnya abang main tumit Rosie."Rosie tersenyum lagi.
Fadzil sudah tersengih. Itu rupanya punca isterinya senyum macam orang angau.
"Boleh. Tapi dekat rumah kejap lagi. Sekarang nak drive dulu. Kalau sampai cepat, bolehlah belek kaki sayang cepat-cepat."Fadzil tersenyum nakal.
"Ehh. Kejap."
"Kenapa?"soal Fadzil apabila isterinya itu seolah memikirkan sesuatu.
"Apa tujuan kita balik Ipoh?"
"Jenguk abah."Jawab Fadzil.
"Yes! Exactly. Pandai abang."
"Alah, takkan nak jenguk abah semata-mata. Mesti kena ada aktiviti tambahan."Fadzil mengenyit mata. Tangan Rosie laju mencubit bahu suaminya.
"Gatal."
"Bukan dengan orang lain. Dengan Rosie sorang je."Fadzil tersengih lagi.
***
Rosie menarik bagasi kecil masuk ke dalam bilik seusai bersalaman dengan ibu dan ayah mertuanya. Perlu membersihkan diri seketika. Sebentar nanti kena turun pula untuk membantu mama apa yang patut.
"Jom solat zuhur sama-sama. Dah nak habis waktu ni."kata Fadzil lantas menghilangkan diri ke dalam bilik mandi.
Rosie mengerling jam dinding.
'3:45 p.m.'
"Ya ALLAH!"Kelam kabut dia menghamparkan tikar sejadah siap-siap. Biar nanti selepas mengambil wuduk, terus sarung telekung dan terus solat.
***
"Entah sempat ke tidaklah abah nak tengok cucu sulung."
Fadzil dan Rosie saling berpandangan.
"Apa abah cakap macam tu."Fadzil duduk di sisi abahnya yang berada di atas kerusi roda. Rosie meneruskan suapan bubur nasi bercampurkan ayam yang dicincang halus ke mulut ayah mertuanya.
Encik Abdul Razak tersenyum sambil memandang ke arah satu-satunya anak lelakinya. Sepatutnya dia mempunyai dua hero dan dua heroin.
Malang yang menimpa tiada siapa yang tahu. Anak lelaki sulungnya, Faisal Rizki gugur di medan perang ketika bergadai nyawa di Sabah di mana sewaktu itu penceroboh menceroboh masuk ke dalam Malaysia. Itulah risiko bila menjadi seorang anggota polis.
"Rosie ni penyeri keluarga kita."kata Encik Abdul Razak tiba-tiba.
Rosie melihat air muka bapa mertuanya. Ikhlas pernyataannya.
"Rumah abah ni nanti akan riuh-rendah dengan suara anak-anak korang berdua. Sayangnya abah tak dapat tengok dah masa tu."
Tanpa sedar Rosie mengalirkan air mata. Sangat terkesan sekali ayat yang keluar dari bibir ayah mertuanya itu.
"Jangan lah menangis. Hilang seri pengantin yang korang berdua bawa masa mula-mula datang sini tadi."Encik Abdul Razak mengusap lembut air mata yang mengalir di pipi menantunya.
Fadzil yang melihat menyentuh tangan Rosie.
Rosie menoleh. Fadzil tersenyum. Senyum yang memberi kekuatan buat Rosie Aulia.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...