Bab 70

1.8K 15 12
                                    

"Lagi dua hari."Aku menanda pangkah pada angka di kalendar. Tidak sabar mahu bertemu dengan puteri kesayangan dan sudah semestinya Sir Fadzil Ezkandar yang aku sayang daripada dulu sampai sekarang.

"Tahulah tak sabar nak jumpa kesayangan,"Kata Hidayah sambil menyapu bedak sejuk di wajahnya. Hidayah juga kini sudah bergelar tunangan orang. Nanti selepas graduasi, dia dan pasangannya akan meneruskan next step.

"Of course. Eleh, macam dia tak ada kesayangan."Balasku. Hidayah sekadar tersengih. Seketika telefonnya berbunyi dan dia meminta diri untuk berborak di luar bilik. Takut aku dengarlah tu.

Ketika aku menyiapkan tesis untuk semester akhir, aku menatap foto perkahwinan kami yang sudah di letak di dalam bingkai gambar. Dalam gambar itu, Fasihah tersenyum manis dengan reben yang ada di atas kepala. Sekejap saja masa berlalu. Kini Fasihah sudah semakin membesar. Raya tahun ini, umurnya sudah masuk 1 tahun 5 bulan.

Aku capai telefon bimbit. Masih awal lagi. Pasti Fadzil sudah balik terawih. Harap-harap mereka anak-beranak masih belum tidur.

"Assalamualaikum cinta,"Sapa suara di sebelah sana sebelum aku yang memulakan percakapan. Suara yang aku rindu selalu.

"Tengah buat apa?"Soalku setelah menjawab salam. Aku tak pasti apa yang sedang Fadzil lakukan. Tapi dia macam tengah busy.

"Tengah fikirkan sayang."Jawab Fadzil dengan suara manja sekaligus buat aku cair terus.

"Eleh, adik mana?"Soalku lagi.

"Ada. Tengah minum susu dekat atas katil baby. Nak cakap dengan dia?"Soal Fadzil.

Seketika kemudian Fadzil mendekatkan telefon ke telinga Fasihah. Fasihah bercakap dengan aku. Air mata aku mengalir lagi kerana terlalu rindukan anak.

"Adik dah tak nak cakap,"Suara Fadzil kembali menerjah gagang telefon.

"Sayang?"Fadzil memanggil kerana aku sudah berdiam diri.

"Ala, menangislah tu. Sayangkan dah tahun akhir. Tak mahulah macam ni."Pujuk Fadzil.

"Hmm,"Balasku. Aku minta Fadzil nyanyikan aku satu lagu sehingga aku terlena. Aku lelap dengan iringan suara insan yang aku cintai.

***

Aku balik ke kondominium aku setelah selesai terawih di masjid berhampiran rumah ibu dan ayah. Ketika ketiadaan aku, Fadzil dan Fasihah bergilir-gilir antara rumah ibu ayah dan rumah mama. Jarang dia pulang ke kondo kami.

"Ya ALLAH, rumah jadi tongkang pecah!"Aku menjerit kecil ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Fasihah yang masih berambut nipis berada di dalam dukungan aku.

Fadzil macam biasa. Senyum kambing sambil garu kepala.

"Sorry, abang tak ada masa."Balas Fadzil ketika membawa masuk semua barang-barang dapur yang kami beli di pasar raya tadi. Memandangkan aku cuti sampai raya, jadi peti sejuk kena penuh semula.

Fasihah menangis kerana mahukan ayahnya. Satu yang aku perasan sekarang. Fasihah cukup rapat dengan Fadzil. Ketika aku menggeledah galeri telefon Fadzil tadi, penuh dengan gambar selfie mereka.

Fadzil muncung mulut, dia pun muncung mulut. Fadzil kenyit mata, dia pun berusaha mengecilkan mata. Tergelak-gelak aku melihatnya.

"Merajuk lah macam ni. Adik nak dengan ayah je. Macam tak rindu umi langsung."Aku memuncungkan mulut sambil menyilangkan tangan. Fadzil sudah tertawa melihat tingkah laku aku.

Fasihah masih tidak mahu memujuk aku membuatkan aku mencubit pipinya yang pau itu. Geram! Kemudian dia menangis, mengadu kepada ayahnya tentang apa yang aku lakukan. Memang tahap kemanjaan dia sekarang melebihi umi dia. Aku sudah tewas!

S.J.P.S.sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang