Bab 11-Sleep Tight, Sweet dream

856 16 0
                                    

      "JUMPA saya waktu rehat nanti,"kata Aqil Asyraf, pensyarah subjek Pengurusan Perniagaan untuk kelas tutoran Rosie Aulia.

         Nadhirah kawan sekelas Rosie Aulia memandang Rosie yang sedang menyusun buku ke dalam beg.

        "Aku teman okey,"kata Nadhirah sambil tersenyum. 

       "Terima kasih Nad. Sayang kau,"balas Rosie.

       "Kalau tak teman maknanya tak sayang?"soal Nadhirah, sengaja ingin mengusik.

      "Sayang jugaklah,"balas Rosie sambil mengenyit mata ke arah Nadhirah. Bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang amat mengambil berat tentang dirinya.

***

       "Kuiz 1 awak tunjukkan prestasi yang lebih baik, okey?"kata Aqil sambil menghadiahkan senyuman kepada pelajar yang berada di hadapannya kini.

     "InsyaALLAH sir,"balas Rosie.

      "Awak cuba, awak pasti dapat,"kata Aqil ,memberi kata semangat. Memang itu tugasnya sebagai pensyarah selain daripada mengajar.

      "Awak berprestasi tinggi Rosie. Awak boleh!"sambung Aqil lagi.

     Seketika dia merenung wajah itu. Lama.

     Kebetulan Fadzil melintasi tempat pensyarah tersebut.

    "Eh, buah hati pengarang jantung tengah konsult,"desis hati Fadzil dan berlalu ke tempatnya. 

Tempat duduk Aqil berdekatan dengan tempat Fadzil. Jadi memudahkan Fadzil untuk memerhati daripada jauh.      

"Apahal dia pandang bini aku macam tu?"Fadzil membetulkan kaca matanya. 

"Sir, kitaorang pergi dulu,"kata Rosie, meminta izin untuk mengundur diri. Dia juga berasa tidak selesa apabila direnung seperti itu.

    "Nad, kau tak ada apa dah kan nak tanya?"soal Rosie kepada Nadhirah yang sedang menyiapkan latihan Matematik. Dia menggunakan masa ketika Rosie berkonsult ataupun berbincang dengan pensyarah tadi untuk menyiapkan latihan. Patutlah 4-flat.

     Nadhirah menggeleng. 

   "Terima kasih sir,"ucap mereka serentak.

Aqil mengangguk dan menghantar langkah mereka yang berlalu daripada situ.

"Baguslah. Pergi tempat dia je. Tempat aku tak payah. Tak rindu aku agaknya,"kata Fadzil sendirian.

"Woi Fadzil!"sergah Hasnul. Sengaja membuat kawannya itu terkejut.

       "Agama Islam mengajar supaya memberi salam sesama Muslim. Kau belajar mazhab mana yang sergah orang macam tu? Nasib baik aku tak ada penyakit jantung,"kata Fadzil sambil menjeling dan matanya terus menghadap ke arah skrin komputer yang berada di hadapannya.

    Tanpa disuruh, Hasnul sudah duduk di tempat pelajar selalu berkonsult iaitu dihadapan Fadzil.

"Kau kata kau nak jemput. Tapi hampehh.."kata Hasnul.

"Jemput pergi mana?"soal Fadzil tanpa memandang rakannya itu. Dia lebih suka menumpukan perhatian kepada kerja yang dia sedang lakukan.

"Tu.."Hasnul menunjukkan ke arah tiga jari Fadzil yang berinai di kiri dan kanan.

"Ini?"soal Fadzil sambil menunjukkan jarinya.

Hasnul mengangguk.

       "Inilah mentaliti orang Melayu. Asal inai kahwin , asal kahwin je inai,"kata Fadzil. Di dalam hatinya berdoa semoga kawannya ini tidak perasan yang dia sudah menggelabah!

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now