Bab 22- Yusuf,Rosie

729 13 1
                                    

Bukan niat aku nak jatuh hati. Tapi dah terjatuh nak buat macam mana? Aku manusia biasa. Sejauh mana aku mengelak, akhirnya aku terjebak.

"Tengah buat apa?"soal Yusuf kepadaku melalui talian telefon.

Aku tidak menjawab. Sebaliknya mengesat air mataku yang mengalir laju.

"Rosie.. Abang pergi menuntut ilmu. Bukan pergi suka-suka."kata Yusuf ingin menyedapkan hatiku.

"Dekat Malaysia kan banyak universiti. Kenapa perlu pergi oversea?"Aku menyambung esakanku lagi.

"Peluang hanya sekali seumur hidup. Itu impian abang. Rosie tunggu abang okey?"

Abang Yusuf antara pelajar sekolahku yang terpilih untuk ke Yaman, negeri Arab yang diimpikan ramai orang. Semenjak hati dah terjatuh ni, memang beratlah aku nak lepaskan walaupun Abang Yusuf tu belum sah lagi menjadi suami aku.

Aku dan dia tak pernah meluahkan rasa suka. Cukuplah sekadar luahan hati saja tanpa mulut bersuara.

Takdir Abang Yusuf, rezeki dia mendapat Straight A's di dalam SPM. Aku ketika itu sudah masuk ke tingkatan 4 dan perakaunan menjadi jurusan pilihanku.

Keluarga Abang Yusuf pernah ingin menyuntingku dan mendapat tentangan hebat daripada keluargaku.

"Mana boleh kahwin gantung macam tu. Dah lah dia pergi jauh. Ayah tak setuju!"kata ayahku.

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, pada tahun itu juga, aku menerima khabar bahawa Abang Yusuf telah pun selamat diijab kabulkan dengan seorang gadis yang juga dari Malaysia. Tapi menuntut di sana.

Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Aku demam berhari-hari hingga ditahan di wad pada tahun itu. Lega tahun itu bukan tahun aku SPM. Kalau tak...
Sampai hati Abang Yusuf. Khabarnya dia ditangkap khalwat di sebuah bilik belajar kosong di universitinya. Keluarganya menafikannya. Aku membiarkan sahaja. Malas lagi mahu ambil tahu.

Penat aku menunggu. Hari-hari namanya bermain di bibirku. Orang kata, kalau hati dah sayang, hari-hari nak sebut nama.

Begini takdir aku? Itulah,taknak lagi jaga hati. Bercinta sebelum nikah, manisnya cuma seketika.

Dan ketika aku ditahan di wad Hospital Besar Kuala Lumpur, hati aku tertarik secara tidak sengaja, kepada seorang lelaki berwajah seakan Cina. Memakai kaca mata dan menolak sebuah kerusi roda. Ibunya barangkali. Katilnya bersebelahan dengan katilku.

Dia mungkin tidak perasan dengan ku. Tetapi, saat dia mengambilkan wuduk buat ibunya, membuatkan hati aku sedikit tersentuh. Aku baru sakit sikit, tapi solat terus taknak buat sedangkan solat diwajibkan meskipun melalui isyarat kelopak mata.

Dia menyarungkan tudung buat ibunya membuatkan aku terkedu. Mentang-mentang sakit, perintah Allah aku ringan-ringankan.

Lelaki itu langsung tidak memandang ke arahku.

Sombong!

Itulah first impression aku terhadapnya.

Sehingga pada suatu hari....

Bersambung....

#siapakahlelakiituuuuuu hahahhahahahah xD

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now