Pagi itu aku turun awal ke bawah. Ikut mama, Fadzil dan Faizul ke surau untuk solat subuh berjemaah . Faiqa pula sudah bergerak pulang ke Madinah malam semalam. Sayu juga hati aku bila nak berpisah dengan adik ipar yang seorang ni. Banyak juga dia share kisah suka dukanya di tanah suci tersebut.
"Cepat Abang Zul! Tangkap dia!"Jeritku di reban ayam belakang rumah. Mama dan arwah abah ada bela ayam kampung dan secara kebetulan aku mula mengidam.
Antara kembar, kita akan tahu yang mana abang atau adik kan? Faizul merupakan abang dan Fadzil adik. Yang membezakan antara mereka, yang aku perasan setakat inilah. Fadzil ada lesung pipi sebelah kiri manakala Faizul ada kedua-duanya. Manisnya wajah mereka, Allah. Hanya Allah yang tahu.
"Akhirnya Rosie! Dah boleh buat rendang!"Faizul menjerit kegembiraan apabila seekor ayam kampung yang agak liar telah berjaya ditangkap.
"Yeay!"Aku pun ikut sama. Dalam masa yang sama, aku mencari-cari juga wajah Fadzil. Tadi, selepas balik dari surau, dia terus naik ke tingkat atas dan sambung tidur. Aku naik atas sekejap saja untuk simpan telekung dan sarung tudung. Fadzil sempat menghadiahkan kucupan di ubun-ubunku sebelum dia sambung tidur kembali.
"Rosie!"Aku menoleh. Waktu itu aku sedang cabut bulu ayam kampung tersebut bersama Faizul untuk dibuat rendang bersama mama sekejap lagi.
"Jom pergi pekan. Mama suruh beli santan."Fadzil mengajakku.
"Ala. Abang pergilah sorang. Rosie nak cabut bulu ayam dengan Abang Zul."Aku memandang sekilas kemudian memandang ayam kembali. Faizul pula khusyuk mencabutnya dari tadi.
"Jangan buat degil boleh? Abang kata jom ikut, ikut sajalah. Apa yang susahnya?"Fadzil sudah berada dekat dengan kami berdua dan ini pertama kali dia meninggikan suaranya di hadapan orang lain.
Aku cuma pandang kerek. Kalau aku menjawab karang, ada pula yang terasa hati.
"Rosie!"Dia panggil lagi. Ish!
"Yalah yalah. Rosie basuh tangan sekejap."Akhirnya aku akur. Sempat juga aku curi pandang wajah Faizul. Hmm. Macam tak nak let me go juga. Tapi, biarlah.
***
"Sejak bila dah pandai tunjuk besar kepala ni?"Fadzil bersuara ketika Iriznya sudah berlalu dari pintu pagar rumah.
"Besar kepala apanya? Rosie cabut bulu ayam je."Balasku tanpa memandang wajahnya.
"Rosie."Dia memanggil. Agak lembut. Tapi aku tak nak pandang.
"Dah jatuh hati dengan Faizul ke?"Okey, soalan ini agak mencabar dan lebih susah dari soalan Belanjawan Tunai.
"Kalau jatuh hati pun apa salahnya. Abang dengan Miss Anis, dan Rosie pula dengan Faizul. Bila balik raya rumah mama, kita jumpa juga nanti."Entah apa-apa ayat yang aku rangka. Yang pasal balik raya memang fresh daripada kepala. Bukan yang aku rancang dari semalam. Bukan.
"Wow. It so wow."Balas Fadzil sambil tersenyum sinis.
"Yes so wow."Aku menghangatkan lagi suasana.
"Rosie memang dah tak sabar nak berpisah dengan abang. Memang nak mimpi tu jadi kenyataan. So wow!" Dia tersenyum sinis lagi.
Iriznya sudah beri signal untuk masuk ke Pasar Besar Ipoh. Memang sesak. Dengan kondisi aku sekarang yang entah apa-apa, berkemungkinan aku akan muntah sekejap lagi. Mungkin.
"Memang pun. Tak sabar nak tunggu impian jadi nyata."Balasku lagi sambil menyilangkan kedua-dua belah lengan. Selalunya aku akan belek telefon. Telefon aku tertinggal di dalam beg Nabila semasa hari aku pulang ke Ipoh tempoh hari.
"If I said, I never let you go?"Fadzil mengangkat kening sambil kereta mula masuk ke kawasan parkir.
"I will make you let me go!"Giliran aku pula tersenyum sinis.
"Just try it sayang. Kita tengok siapa menang."
"Alright."Kereta sudah selesai diparkir. Aku menjeling tajam padanya ketika mengambil bakul untuk meletak segala barang yang bakal dibeli nanti. Dia sekadar tersenyum manis. Dia ingat aku tergoda atau terpesona? Tipulah kalau tak!
***
Sewaktu masuk ke pasar, tangan kami berpaut. Fadzil tak nak lepas dan aku mulai rimas. Macam gedik pun ada. Masuk pasar pun nak berpegangan tangan.
Mata aku mula tertarik pada timbunan mangga-mangga dan buah mempelam yang masih belum masak.
"Abang,"Fadzil memandang sekilas.
"Nak mangga."
"Okey."Dan sewaktu gerai mangga itu semakin hampir, tangan kami mula berhenti berpaut. Aku sudah terikut beberapa orang bangla manakala Fadzil?
"Abang!"Tubir mata aku mula bergenang.
"Mana abang?"Mata aku melilau ke arah sekeliling.
Tiada.
Saat ini baru aku merasakan kehilangan.
"Rosie!"
Aku menoleh. Bukan! Bukan suara yang aku harapkan. Bukan Fadzil yang muncul di hadapanku.
"Cari siapa?"soal suara itu lagi.
Aku tidak dapat menjawab apa-apa. Memandangkan orang ramai semakin menghimpit di dalam pasar tersebut, tubuhku dibawa ke tepi. Ke tempat yang orang tidak lalu sangat.
* Tak habis-habis kisah si rosie ni dkt IPoh. Berdoalah supaya dia balik matrik cepat2. PSPM 2 dah dekat. Dia nak jawab apa dalam dewan nnti klu asyik duduk ipoh je. hehehe ^^

ANDA SEDANG MEMBACA
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...