Bab 3- Pasar Malam Banting

1.1K 22 6
                                        

Terasa sejuk pada dahinya. Terasa bagai ingin menyambung lena tetapi sudah terjaga.

Rosie Aulia memerhati sekitar biliknya. Semua roommate tak balik lagi. Siapa yang menampal Kool Fever tersebut di atas dahinya?

Seketika dia melihat jam dinding. 3:55 petang. Zuhur ! Lantas dia berdiri. Seketika dia duduk kembali.
"Akukan period,"Rosie Aulia tersenyum.

"Ya Allah! 38 missed calls?"
"Nombor siapa ni,"Rosie menekan butang untuk mendail semula.

"Assalamualaikum,Rosie okey? Dah kebah sikit ke demam? Ada nak makan apa-apa tak?"Rosie memandang pelik ke arah telefonnya.

"Ni siapa?"soal Rosie.
"Sir Fadzil la,"jawab suara di sebelah sana.
"Ya Allah. Sir rupanya. Mana sir dapat nombor ni?"soal Rosie. Terperanjat dibuatnya bila lelaki idaman hati menghubungi diri ini tanpa diduga!

"Sir minta dari Syahirah. Jangan marah dia. Sir yang paksa dia bagi nombor kamu,"jawab Fadzil. Rosie terdiam. Speechless.


"Semalam sir ada call kamu Rosie,"sambung Fadzil.
"Se..semalam sir call?"soal Rosie.
"Saya jawab tak sir?"
"Ya Allah. Kamu ni dah demam tahap teruk dah ni sampai kamu sendiri bercakap dengan saya pun tak sedar,"balas Fadzil.
"Sekarang kamu dekat mana?"soal Fadzil.
"Bilik,"jawab Rosie, pendek.
"Cepat bersiap. Lepas Asar sir nak kamu dah berdiri tegak dekat depan blok.. Err.. Kamu blok mana?"
"Blok Saidatina Fatimah,"jawab Rosie.
"Sir nak bawa saya pergi mana?"
"Pekan Banting. Harini ada pasar malam. Jadi ada banyak makanan,"jawab Fadzil.
"Biar betul sir?"
"Bersiap cepat!"arah Fadzil.
"Lagi satu, kamu seorang sahaja. Jangan ajak orang lain,"pesan Fadzil lagi.

Rosie sudah terpinga-pinga. Badan sudah semakin bertenaga. Lantas, dia mencapai tuala untuk ke kamar mandi.

****

"Dah okey ke demam?"soal Fadzil, memecah kesunyian di dalam keretanya. Rosie hanya mendiamkan diri sejak daripada tadi.Rosie  mengangguk.

"Sir.."panggil Rosie.

Fadzil yang sedang fokus memandu menoleh.

"Dah la saya tak scan kad matrik. Keluar pulak bukan hari Sabtu atau Ahad. Tahu dengan HEP ,habislah saya,"luah Rosie.
Fadzil tersenyum. Patutlah diam saja daripada tadi.

"Sir kan ada. Lagipun kamu keluar dengan lecturer luar biasa. Don't worry, be happy. Bukan semua orang tau dapat keluar dengan sir. Keluar curi-curi pulak tu. Kamu terpilih,"balas Fadzil.
Rosie Aulia terdiam.
"Sir okey tak ni?"soal Rosie.
"Kenapa?"
"Berani betul sir keluar dengan saya. Padahal sir bukan kenal saya pun. Kalau saya ni pembunuh upahan yang menyamar sebagai pelajar matrik macam mana?"soal Rosie, menduga pensyarahnya.

Fadzil tertawa mendengar pernyataan yang dikeluarkan oleh gadis yang berada di sebelahnya.

"Pembunuh upahan ya?"
Rosie mengangguk.
"Lepas bunuh tu jangan lupa tengok dekat bahagian hati,"kata Fadzil.
"Kenapa?"soal Rosie.
"Ada nama Rosie Aulia dekat situ,"Rosie tergamam. Sir tahu nama penuh aku?
"Serius ke sir?"
"Main-main je,"jawab Fadzil sambil tertawa.
Rosie menjuih bibir.
Mudah terhibur ke macam mana pensyarah aku ni.

****

Rosie turun daripada kereta. Fadzil memberhentikan kereta betul-betul di hadapan Surau Ar-Rahman, surau Kolej Matrikulasi Selangor. Memandangkan waktu solat Maghrib dah dekat, baik berhenti terus dekat sini. Langkah berjaga-jaga diambil. Mana tahu, ada mata yang memerhati karang, tamatlah riwayat Rosie Aulia.

S.J.P.S.sCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang