Bab 13- Sayang

770 15 0
                                    

"Bagitahu dia , ada latihan Akaun yang dia perlu hantar Isnin nanti. Terima kasih."

"Sama-sama."

Fadzil meletakkan gagang telefon. Hampa harapannya kerana ingin bercakap dengan si buah hati. Tapi orang lain yang menjawab pula. 

Teringat kata-kata Rosie semalam. Ketika mereka sedang menonton televisyen bersama selepas kepulangan Hasnul. Rosie berbaring di atas paha Fadzil manakala Fadzil duduk sambil bermain rambut Rosie yang keperangan. Bau syampu Rejoice yang harum semerbak menerpa rongga hidung lelakinya. Bergetar tulang rusuknya ketika bau harum itu menerjah ke pelusuk hidung. Menggoda. Nasib baik isteri sendiri. Kalau orang lain , kan dah dapat dosa free.

"Kita kena hati-hati lah abang."

"Kenapa?"soal Fadzil. Ingin tahu.

"Tak boleh mesra-mesra sangat."balas Rosie.

"Habis nak buat macam mana ? Macam stranger?"soal Fadzil lagi. Tidak puas hati betul.

"Boleh jugak."Rosie membalas pendek.

"Abang rasa, abang tak boleh."

Rosie bangun lantas duduk bersila. Menghadap suaminya.

"Abang. Kalau kita tak hati-hati, habis orang tahu kita dah kahwin."

"Rosie tak suka ke ?"

"Bukan tak suka.."Rosie menunduk ke bawah. Bermain-main dengan jari-jemarinya yang runcing.

"Habis, sampai kena jadi stranger bagai. Tak sanggup abang bila jumpa sweetheart abang ni, lepas tu buat-buat tak kenal. Seksa jiwa tau."Fadzil memegang dagu Rosie menyebabkan posisi wajah Rosie betul-betul menghadap wajah Fadzil. Maka berlakulah eye-contact di situ.

"Abang tahu, Rosie risau. Risiko kita terlalu tinggi kan."

Rosie mengangguk.

"Apa salahnya kita bekerjasama. Tanggungjawab ayah dah jadi tanggungjawab abang. Kita dah jadi satu team. Jangan susah hati sangat."

Rosie ketawa.

"Kenapa?"soal Fadzil.

"Satu team?"

Fadzil mengangguk.

"Kalau anak kita sebelas orang boleh jadi team bola sepak kan abang. Abang jadi leader."

"Kenapa tiba-tiba cakap pasal anak ni? Dah bersedia ke?"Fadzil tersenyum nakal.

Rosie ketawa lagi.

Dalam diam Fadzil tersenyum. Bahagia kalau dapat melihat senyuman itu setiap hari. Sayangnya isterinya di asrama dan dia pula? Bersendirian di rumah. Kalau tiada rintangan, dah lama dia bawa lari Rosie. Duduk diam-diam di rumah.

"Rosie tiba-tiba terbayangkan anak yang ramai dan suasana rumah yang meriah masa hari raya nanti. Mesti meriah rumah kita."

Giliran Fadzil pula ketawa terbahak-bahak. 

"InsyaALLAH sayang."Fadzil mengusap lembut pipi isterinya. 

***

"Sir Fadzil telefon tadi."kata Ayra ketika melihat Rosie sudah masuk ke dalam bilik.

"Hah?"

"Sir Fadzil telefon tadi."Ayra mengulangi ayatnya.

"Kenapa? Aduh sir ni, whatsapp jela dekat group kelas,"Rosie membebel sendirian. Situasi ini kena berlakon. Pura-pura tidak suka.

"Dia suruh hantar kerja akaun Isnin nanti."Sambung Ayra.

Rosie menarik nafas lega.

'Alhamdulillah.'Bisik hatinya. Nasib baik suaminya itu pandai melaksanakan lakonan yang dirancang.

"Rosie."

Rosie menoleh. Ayra sudah duduk di atas katilnya. Tika itu dia sedang duduk di kerusi belajar. Meja belajar penuh dengan kertas dan buku.

"Aku minta maaf."

"Untuk?"soal Rosie.

"Kalau kau marah pasal pagi tadi."

Rosie tersenyum.

"Aku dah lupalah."Balas Rosie.

"Minta maaf juga sebab selama ni sangka buruk dekat kau. Aku cuma nak kepastian je. Dah sampai tahap buat kau marah, mesti semua anggapan tu tak betulkan?"

Terasa ingin mengalirkan air mata mendengar ucapan maaf daripada Ayra.

"Kitaorang pun sama."

Darshini dan Sofea turut duduk di katil Rosie.

"Aku pun sama."

Mata mereka berempat beralih ke arah pintu.

"Syahirah?"

"Aku pun rasa kau dengan sir ada something wrong yang kitaorang tak tahu. Tapi dah kau menidakkan setidak-tidaknya, mesti kitaorang yang salah kan. Sorry."

Kali ini air mata Rosie Aulia betul-betul mengalir. Bukan kerana sayu mendengar ucapan maaf daripada mereka. Tetapi, kerana anggapan mereka selama ini memang benar dan...

'Aku minta maaf korang!'Jerit hati Rosie.



S.J.P.S.sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang