Bab 37- Kembar

1.2K 15 0
                                    

Aku berpatah balik masuk ke bilik. Nafas aku turun dan naik. Betul ke apa yang aku tengok tadi? Atau sekadar imagination ?

   "Abang dah agak yang Rosie akan masuk balik,"Tak tidur lagi dia ni. Cis. Aku membuka langkah ke katil. Aku duduk dan aku lihat dengan teliti wajahnya.

Fadzil mengubah posisinya. Daripada baring, dia duduk bersila dan menghadap wajahku. 

"Okey,cepat. I know you really want to kiss me,"Dia menyuakan wajahnya. Aku cebik bibir.

"Perasan! Orang bukan nak cium abang pun lah!"

"Habis? Sampai tengok muka abang macam tu? Nak buat apa sebenarnya?"Soalnya sambil tersengih. Perlahan-lahan hidungnya menghampiri pipiku.

"Akhirnya! I got it."Fadzil menjerit keriangan.

"Ish. Sebenarnya Rosie nak tanya. Siapa lelaki dekat bawah tu? Dari belakang macam abang. Rambut pun macam abang. Itu yang Rosie masuk bilik balik. Takut yang main-main dengan perut Rosie tadi bukan abang."Aku mulai bercerita seperti kami berdua tiada masalah sebelum ini. Seperti aku sudah lupa yang Fadzil sudah ada isteri nombor dua.

"Really? Dia buat apa dekat bawah?"

"Sembang dengan mama."

Fadzil  berfikir sejenak sebelum dia bangun menuju ke almari kami.

"Nak buat apa tudung ni? Alaa. Panas la nak kena pakai tengah-tengah malam ni."Aku mula merengek.

"Pakaila. Abang tak rela aurat isteri abang orang lain tengok. Jom kita turun bawah."

Kata-katanya membuatkan aku terdiam. Aku sarung saja.

"Then, Miss Anis? Bukan isteri abang jugak? Or abang dah suruh dia tutup aurat sebelum nikah?"

Fadzil memandang aku dengan pandangan.. Geram mungkin?

"Rosie nak kena cium dengan abang dulu ke atau nak abang jawab soalan Rosie yang tak ada dalam silibus tu?" Aku terpinga-pinga ketika bibirnya makin hampir.

"Okey, Fine! Jom kita turun."Kataku acuh tak acuh.Fadzil tersenyum nakal lantas mematikan suis lampu bilik dan mencapai tangan aku untuk turun bersama-sama ke bawah.

"Ish. Ingat sweet ke? Marah Rosie belum habis!"

"Do I care?"Fadzil memperkemaskan lagi pegangan tangan. Aku rimas!

***

"Tak tidur lagi?"Soal mama. Fadzil menjawab soalan mama manakala aku sudah.. Aku sudah terpana! Terkedu! Terkejut! Terpikat? Eh tak tak. Mana adalah. Aku lihat banyak kali muka Fadzil dan muka dia. Sah! Dia lah lelaki yang aku tengok menangis di bawah pokok ketika hari arwah abah dikebumikan dan dengan dialah mata kami bertaut.

"Rosie terkejut?"Soal Fadzil ketika aku sudah ternganga. Bagus soalan tu. Mana ada aku terkejut. Saja je aku nganga mulut ni. Nak jemput lalat masuk.

"Ke..kenapa sama? Abang tak pernah cakap pun yang abang ada kembar?"soalku. Kejutan elektrik aku mulai reda. Fadzil menggosok perlahan belakang aku supaya aku dapat bertenang. 

"Diorang terpisah sejak kecil Rosie. Masa tu.."Mama mula hendak mengalirkan air mata. Aku terus berlari ke arah mama. Tak nak tengok dia menangis lagi. 

"Keep calm mama. Kalau tak sanggup cerita, lebih baik jangan."Aku usap bahu mama.

"Tak. Mama okey,"Mama senyum. Lega hatiku.

Fadzil sudah mengambil tempat duduk di sebelah ke..kembarnya. Err. Agak kekok kerana mata itu dari tadi tak beralih dari memandang ke arahku.

"Masa tu keluarga kami susah. Mama tak jangka pula yang anak kedua kami kembar. Masa tu arwah along baru 6 tahun."Mama mula bercerita. Di selit juga nama anak sulungnya. 

"Mama tak sampai hati nak serahkan Faizul ni dekat keluarga angkat dia. Tapi, memandangkan duit pun tak cukup nak tampung hidup kami semua, abah serahkan Faizul dekat orang lain. Meraung juga mama masa tu."Aku mengangguk perlahan. Faizul rupanya nama empunya diri itu.

"Harini dia tiba-tiba muncul masa selamatkan Rosie dekat dapur tadi."Ohh. Faizul rupanya yang jadi hero. Hampeh, aku ingat hero pujaan hati aku tadi.

Penceritaan terhenti si situ apabila Faizul beralih tempat. Daripada sebelah Fadzil, dia duduk di sebelah mama. Jadi, mama berada di perantaraan antara kami berdua.

"Janganlah sedih mama. Kan Faizul dah balik."Kata Faizul seraya tersenyum ke arah mama dan kemudiannya ke arahku. Mak. Bergetar tulang rusuk aku. Eh?

"Ehem. Mama, Fadzil rasa Rosie perlukan tidur yang cukup memandangkan dia tengah pregnant."Aku terus pandang wajah Fadzil. Apadahal dia ni?

"Ha? Pregnant?"Faizul sudah tunjuk muka terkejutnya. Ish, Fadzil la ni! Eh kenapa dengan aku ni?

"Ya. Dan bakal bersalin tak lama lagi. Jadi kami masuk tidur dulu. Bye mama."Fadzil menarik aku masuk ke dalam pelukannya. Malunya! Malu! Malu ! Sebab selalu dia tunjuk romantik dia masa tak ada orang je.  Apa nak jadi ni?

Entahlah. Aku tak tahu lah betul atau tak atau mungkin aku saja yang perasan sendiri sebab dah macam tengah syok sendiri, Faizul menghantar langkah kami berdua hingga ke tangga. Kenapa dengan dia ni? Aku cucuk mata karang!

***

"Seronokkan eye-contact macam tu dengan bukan mahram?"Fadzil baru keluar dari toilet. Aku mendengus geram. 

"Nak membebel lagi la tu!"Aku tarik selimut hingga menutup muka. 

"Sebagai hukuman, abang akan peluk Rosie sepanjang malam ni dan InsyaAllah akan bersambung lepas subuh nanti."Tangan Fadzil sudah melingkari pinggangku. Tak suka! Tak suka!

"Let me go!"Aku menjerit kecil. Aku rimas!

"Never!"

 Aku terdengar dengkuran halus miliknya. Aku mula belajar untuk mengalah dan akhirnya aku biarkan sehingga azan subuh berkumandang.




S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now