"Tok tok tok !"Ketukan kasar pada pintu diberi.
Pintu masih bertutup.
"Tok tok tok!"Ketukan yang semakin kuat diberi lagi. Namun masih tiada jawapan.
"Buka pintu ni!"Jerkah Koperal Imran, salah seorang anggota polis yang bertugas untuk mencari Rosie Aulia. Saksi yang membuat laporan tentang kes yang terjadi di tingkat 14 itu turut berada di situ.
"Betul ke rumah ni encik?"Soal Koperal Imran. Lelaki yang dikenali sebagai Ariff itu mengangguk.
"Saya yakin tuan ! Setiap malam saya dan isteri dengar jeritan yang mendayu-dayu."Jawab Ariff dengan wajah yang penuh dengan keyakinan.
"Gaduh suami isteri je kot."Tebak Inspektor Hafiz pula. Dia sebenarnya hanya memandang remeh masalah ini. Dah banyak sangat laporan orang hilang. Sedar-sedar lari ikut jantan lain. Tak pun suami kahwin lari di sempadan. Buang tenaga saja mencari.
"Takkan lah sampai dengar baling barang tuan. Saya pun bergaduh jugak kadang-kadang. Tapi tak adalah sampai mencederakan."Balas Ariff lagi. Agak kurang setuju dengan statement yang dinyatakan.
"Dah tu, dah berapa minit kita berdiri dekat sini? Grill rumah pun masih bermangga. Sahlah tak ada orang."Kata Inspektor Hafiz lagi, masih belum mahu mengalah.
"Setiap hari bermangga rumah diorang ni. Sebab bimbang anak diorang main dekat luar."Balas Ariff sambil memandang ke muka pintu utama apartment tersebut.
Mendengarkan kata itu, Koperal Imran mengerut dahi.
"Ada anak ?"Soal Koperal Imran. Ariff mengangguk laju.
"Seingat saya anak diorang umur 5 dan 6 tahun. Dua-dua perempuan."Ariff menjawab dengan yakin.
Koperal Imran sekadar mengangguk sekilas. Tiba-tiba mata mereka bertiga tertancap di hadapan pintu utama yang sudah terbuka.
"Apa ni bising-bising dekat depan rumah orang?"Soal wanita muda yang usianya mungkin dalam lingkungan 30-an. Dia melepaskan rambutnya lurus tetapi sedikit berserabai dan hanya bersinglet dan berseluar pendek. Dia agak terkejut melihat dua anggota polis yang lengkap berpakaian seragam polis bersama seorang lelaki yang agak familiar wajahnya di kawasan apartment ini.
"Maaf puan tapi kami terima laporan."Kata Koperal Imran, berbasa-basi sebelum menyatakan tujuan sebenar.
"Laporan apa?"Soal wanita yang dikenali sebagai Jane itu. Dia bukan beragama Islam dan bukan orang Melayu.
"Menurut Encik Ariff, rumah puan setiap hari bising dengan jeritan dan pukulan seperti orang kena dera. Betul ke puan?"Soal Inspektor Hafiz pula.
Wanita itu mengeluh perlahan sebelum menjawab.
"Memang rumah saya bising setiap hari dan setiap kali tengah malam."Jawab Jane tanpa mengulaskan ayat seterusnya.
"Boleh kami tahu kenapa?"Soal Inspektor Hafiz lagi. Melalui penglihatannya, mata sebelah kiri wanita itu agak lebam. Mungkin kesan tumbukan.
"Hmm."Jane mengeluh lagi.
"Suami saya penagih. Dia baru keluar dari pusat serenti 2 bulan lepas. Saya ingat dia dah pulih sepenuhnya. Rupanya, perangai dia masih sama."Kata wanita itu dengan wajah yang sayu.
Koperal Imran masih belum percaya sepenuhnya.
"Boleh kami periksa rumah puan?"soal Koperal Imran.
Jane mengangkat kening.
"Kenapa perlu periksa? Kan saya dah terangkan punca rumah saya bising setiap malam . Tuan masih tak percaya?"Soal Jane dengan nada tidak puas hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
S.J.P.S.s
RomantikPerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...