FLASHBACK- tahun 2013
"Nah."
Rosie melihat empunya diri yang menghulur roti sandwich berintikan salad dan ikan sardin campur bawang dan mayonis. Ya Rabbi, memang kecur liur bila membayangkannya apatah lagi bila sudah ada depan mata. Orang tak ada perasaan saja yang menolak. Tapi Rosie Aulia tak terus menerima. Dia perlu tengok dulu siapa yang bagi. Tiba-tiba je.
"Ambik la. Sampai bila nak tahan lapar."kata Yusuf lantas menarik kerusi bersebelahan Rosie yang sedang menyiapkan kerja lalu duduk. Keadaan kantin sudah makin lengang. Pelajar sesi petang sudah masuk ke dalam kelas. Rosie selalu saja stay untuk menyiapkan homework memandangkan pada tahun itu dia PMR. Kalau ada yang tak faham, boleh terus pergi bilik guru.
"Tapi, saya dah kenyang."kena jual mahal dulu. Mana boleh terima bulat-bulat.
"Tipu. Nak tipu orang tengok hidunglah,"balas Yusuf.
"Kenapa? Ada perbezaan pada hidung?"Yusuf terus tertawa mendengar soalan itu.
"Kita ni, kalau nak belajar, kalau tak puasa tu, janganlah tahan lapar. Nanti merana badan. Tengok muka kamu tu, abang dah tahu."
Bagai mahu melompat, abang sado form 5 yang menjadi gilaan ramai kawan-kawan , gelar diri dia dekat aku 'abang'? Uishh. Aku mimpi ke ni?
"Kenapa?"
"Tak ada apa. Terima kasih Abang Yusuf sebab bagi ni,"Rosie tersengih lantas mengambil roti yang dihulur oleh Yusuf sedari tadi. Tanpa disuruh, dia terus membuka bekas yang tersimpan roti tersebut.
Lapar yang amat! Hanya ALLAH yang tahu. Kalau boleh dirakam, biar jadi kenangan, Yusuf pun terkejut tengok anak dara sorang ni makan tahap orang kebuluran.
"Banyak lagi ke?"Yusuf melihat buku-buku yang berada di hadapan Rosie Aulia.
Rosie menggeleng.
"Sikit je lagi."
"Kalau ada apa-apa tak faham,tanya. Jangan diam."Pesan Yusuf.
***
ALAM REALITI-tahun 2016
"Minta maaf banyak abang."Rosie menyalami tangan suaminya. Kereta ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka pulang ke asrama terlalu banyak. Jadi, sudah pastilah tiada siapa yang perasan Rosie Aulia keluar daripada kereta siapa.
"Kalau rasa tak sedap badan, call atau mesej abang,"
Rosie tersengih.
"Abang nak sediakan perkhidmatan apa?"
"Perkhidmatan membawa lari isteri daripada asrama. Dekat rumah semua dah lengkap. Senang kerja abang. Kalau Rosie tiba-tiba muntah di tengah malam pun abang ada."Jawab Fadzil sambil mengenyit mata kepada isterinya.
"Dekat asrama pun ramai kawan-kawan. Lagipun buat apanya Rosie nak muntah? Bukan makan benda merapu pun."
"Abang kata, kalau.. mana tahu kan,"
"Mana tahu apa?"
Fadzil melihat perut Rosie. Rosie tersenyum.
"InsyaALLAH kalau ada rezeki abang."Rosie melepaskan pegangan tangan suaminya. Sedari tadi Fadzil menggenggam tangannya erat bagai berat benar untuk melepaskan.
"Rosie."
Rosie tidak jadi membuka pintu kereta.
"Abang tak tahu sebab apa, tapi abang dapat rasa yang Rosie tak okey sekarang. Please contact me if anything happen, Sayang."
Rosie mengangguk. Lantas membuka bonet dibelakang dan memulakan langkah untuk pulang ke bilik.
***
"Ada orang tu, kata tak balik. Tapi, bila kita sampai bilik dengan harapan yang menggunung ada orang sambut.. Hampehhh,"Sofea membuat muka sambil mencebir bibir.
Ayra sudah ketawa melihat aksinya manakala Darshini turut meniru aksi Sofea.
"Aku balik malam la. Tiba-tiba je ada orang rajin nak bawa balik."balas Rosie, meletakkan bagasinya di tepi katil.
"Eh kau kenapa Rosie?"soal Sofea.
Rosie Aulia sudah berlari ke tandas. Tangannya menekup mulut. Janganlah segala isi perut dihamburkan di sini. Kesian makcik cleaner nanti!
Ayra menurut langkah Rosie. Takkan nak biarkan kawan muntah tanpa diurut belakang. Kesian pulak nanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...