Bab 52- Sesat

978 9 2
                                    

"Nabila, Rosie dengan kau ke?"soal Syahirah ketika Nabila dan Nadhirah menghampirinya yang sedang asyik dengan aneka kerongsang dan pin-pin tudung yang pelbagai corak kegilaan ramai gadis.

"Eh, mana ada. Dia dengan kau kan tadi? Kitaorang pun baru sampai dekat kau ni. Tadi, kitaorang dekat Muaz sebelah sana."Jawab Nabila sambil menunjuk ke arah gedung tudung yang terkenal di ibu negara itu.

Wajah Syahirah berubah.

"Tadi dia beli air."Syahirah memberitahu. Peluh sejuk tiba-tiba mengalir di pipi. 

"Dah berapa minit dia pergi?"Soal Nadhirah pula. Mata mereka bertiga melilau melihat kawasan sekeliling yang semakin lama, semakin dibanjiri orang ramai meskipun hari biasa.

"Aku tak pasti. Selama mana korang pergi Muaz, selama tu la dia pergi."Jawab Syahirah. Matanya liar memerhati sekeliling.

"Maknanya dah setengah jamlah dia pergi sebab kitaorang kat dalam Muaz tadi pun dalam setengah jam macam tu. Takkan dia sesat kut?"Tebak Nadhirah. Air kelapa yang dibelinya dihirup perlahan.

Syahirah mulai dihimpit penyesalan. Dek kerana terlalu ghairah melihat kerongsang, setengah jam berlalu pun dia tidak sedar.

"Kita nak buat macam mana ni? Nak telefon, telefon diakan rosak."Kata Nabila sambil melihat skrin telefon bimbit. Baru seketika idea untuk mendail nombor telefon Rosie muncul tetapi idea itu mati semula.

Syahirah mengeluh perlahan. Mentari sudah semakin jelas di ufuk barat. Menandakan Maghrib akan tiba tidak lama lagi. Sepatutnya mereka perlu mengatur langkah untuk ke LRT ketika ini. Tetapi, tak terjangka pula perkara ini akan terjadi.

"Kita call Sir Fadzil."Kata Nadhirah tiba-tiba.

Syahirah mula mengeluarkan telefon daripada beg bimbitnya dan mula mencari nombor yang pada mereka sangat penting ketika ini.

"Eh, sekejap."Kata Nabila. Mata Syahirah dan Nadhirah beralih ke arah gadis itu. 

"Sir Fadzil tahu tak Rosie datang sini?"Terus terbatal niat Syahirah sebentar tadi dan mindanya terus teringat akan perbualan mereka di dalam bas tadi.

"Tak. Sir tak tahu."Jawab Syahirah pendek. Wajahnya kelihatan sugul.

"Parents dia?"Soal Nabila lagi. Kali ini Syahirah mengangguk.

"Dia kata sepatutnya parents dia ambil dekat matrik. Itupun sebab Sir tak boleh nak bawa balik sebab dia pergi Pangkor. Dia bagitahu parents dia, yang dia nak datang sini. Parents dia ingat sir tahu tapi sebenarnya tidak."Terang Syahirah dengan penuh kekecewaan di dalam hati.

"Sahlah diorang gaduh laki bini."Tebak Nabila sambil mengusap dagunya.

"So, macam mana ni? Kita tak boleh balik selagi tak cukup empat orang."Kata Nadhirah tiba-tiba. Dia tidak berputus asa melihat orang yang lalu lalang dan berharap salah seorangnya ialah Rosie Aulia.

"Jangan call parents dia dulu. Kan rumah dia sekitar KL je. Nanti kelam kabut pulak diorang."Kata Nabila.

"Habis, nak buat apa?"Soal Syahirah yang semakin hilang punca. 

"Call Sir. Biar dia tahu dulu."Jawab Nabila yang kelihatan kusut dengan perkara yang terjadi secara-tiba-tiba ini.

Tanpa berfikir panjang, nombor Fadzil didail dan seketika panggilan berjawab.

***

"Nak pergi mana?"Soal Anis Syazira ketika Fadzil terburu-buru menuju ke Iriznya. Mereka masih di hotel di mana tempat mereka di tangkap khalwat tempoh hari. Semalam, Fadzil menerima panggilan mengejut daripada pihak hotel yang mengatakan CCTV sudah dapat dilihat dengan jelas.Namun, sudah setengah jam menunggu ,pihak technician masih belum tiba.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now