"Serius nak abang hantar sampai sini je?"
Rosie mengangguk.
"Takkan abang nak hantar sampai bilik kut, tak ke terkejut diorang nampak Sir Fadzil masuk asrama perempuan ?"
Fadzil ketawa melihat isterinya. Terasa berat hati hendak melepaskan genggaman tangan. Tapi kena lepas jugak. Karang pak guard buat rondaan di tengah pagi ni, habis kecoh satu KMS kalau mendapat berita yang pensyarah dan pelajar di temui sedang berdating di asrama Saidatina Fatimah pukul 3 pagi! Tak ke haru-biru nanti?
"Jangan lupa bangun subuh!"Rosie tersenyum sendiri ketika menerima Whatsapp. Baru beberapa minit terpisah sudah rindu ke?
***
AYRA membuka mata perlahan-perlahan kerana terganggu dek kuakan pintu yang baru dibuka.
Terus dia melihat jam di meja belajarnya.
3:05 pagi!
Matanya dapat menangkap kelibat tubuh Rosie yang lengkap berjubah hitam bunga hijau serta tudung labuh hijau bidang 60 duduk di atas katilnya sambil membelek telefon bimbit. Seketika kemudian, tubuh itu terbaring di atas katil tanpa membuka tudung. Jelas sekali menunjukkan diri sedang kepenatan.
***
SAYUP-sayup azan subuh berkumandang. Menyedarkan seisi bilik yang sedang lena kecuali Darshini.
Masing-masing bangun lantas ke bilik air untuk membersihkan diri kerana ingin bertemu dengan ALLAH sebentar nanti.
Ayra, Sofea dan Rosie beriringan ke Surau Ar-Rahman untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Pagi Sabtu yang mendamaikan memberi peluang untuk mereka bertiga menghirup udara segar di subuh hari.
***
"SEDAP betul suara azan tadi."kata Sofea.
Ayra mengangguk tanda bersetuju manakala Rosie hanya tersenyum. Dia kenal suara itu.
"Rosie?"
Rosie menoleh kerana namanya diseru oleh Sofea.
"Senyum manis nampak."
Rosie menayang sebaris gigi tanda dia sedang tersengih mendengar pujian daripada sahabatnya itu.
"Segala puji-pujian bagi ALLAH."kata Rosie.
"Kau pergi mana semalam? Aku tengok macam penat je masa balik bilik tadi,"Ayra pula menyampuk.
"Kau sedar ke aku balik?"
Ayra mengangguk laju.
"Dengan tudung, jubah, stokin semua kau tak bukak. Kau tidur mana?"
Rosie terdiam seketika.
"Bilik kawan."Rosie membalas,pendek.
"Siapa kawan kau yang kitaorang tak kenal? Sebab semua classmate kau kitaorang tanya. Kau tak ada dekat bilik diorang. Kau pergi mana Rosie?"Sofea tersenyum nakal dan mendekatkan wajahnya ke wajah Rosie. Sengaja ingin melihat mata gadis itu.
Orang dulu-dulu kata kalau nak tengok keikhlasan seseorang tu menjawab soalan kita, tengok matanya. Mata memberitahu segalanya. Tipu, betul atau apa sekalipun.
"Eh korang ni. Tak habis lagi meragui aku. Betul lah sayang-sayangku sekalian. Aku tidur bilik kawan."
Ayra dan Sofea saling berpandangan. Mahu percaya atau tidak?
"Mata kau macam tipu je."Sofea melajukan langkah. Biar dia dulu sampai di bilik.
"Entah-entah kau dah kahwin dengan sir Fadzil lepas tu tidur dekat rumah dia."kata Ayra tiba-tiba.
'Betul! Betul! Betul! Macam mana kau tahu Ayra?' Bisik hati Rosie.
Rosie Aulia tergamam. Sampai ke situ sekali anggapan kawan-kawan sebiliknya?
"Asal diam? Betul ke?"soal Ayra.
"Aku terasa hati je. Sampai macam tu sekali kau fikir."jawab Rosie. Apa yang dikatakan oleh Ayra tepat sama sekali. Tidak tahulah, belakangan ini, hati perempuannya mudah benar terasa hati.
"Ala. sorry la. Aku bukan nak kata macam tu pun. Aku teka je. Sebab pada pandangan aku dan kawan-kawan, rapat kau dengan sir lain dari yang lain."kata Ayra, ingin mengambil hati Rosie kembali.
"Tak apalah. Dah berulang kali aku kata aku dengan sir tak ada apa-apa. Kalau korang nak meragui, aku siapa nak menghalang. Go on,"Rosie membuka kasut lantas masuk ke dalam bilik.
Ayra terdiam. Salahkah apa yang dikatakan olehnya. Aku tak nak jadi hipokrit. Baik aku bagi tahu terang-terang sebab aku sayang.
"Kenapa tu?"soal Sofea. Rosie sudah berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak..."
"Kau terlajak apa?"Pintas Sofea sebelum Ayra menghabiskan peribahasanya.
"Terlajak terus-terang."
"Bagus la. Sekurangnya berkurang dosa kita sebab sangka buruk pada dia."kata Sofea yang sedang membancuh milo panas di dalam cawannya. Sebagai alas perut untuknya sebelum pergi berjoging. Memang kebiasaannya untuk berjoging selepas balik solat subuh. Biar diri cergas, minda cerdas.
"Tapi dia terasa hati."
"Kau relaks je. Rosie marah tak lama. Dia sendiri pernah pesan dekat kita, yang air menyejukkan api kemarahan. Sebab tu dia pergi mandi. Percayalah, kejap lagi dia bercakap dengan kau balik."Sofea menyedapkan hati Ayra yang kegusaran.
Telefon Rosie yang berada di atas meja belajarnya mendendangkan irama orkestra. Merdu.
Ayra mendekati telefon itu.
"Sofea, sini. Tengok , siapa call."
Tertera nama 'Sir Fadzil Ezkandar'.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...