Bab 16- Lost World Of Tambun

686 13 0
                                    

Rosie membelek wajah di hadapan cermin. 

Semua dah lengkap. 

"Jom."

Rosie menyambut huluran tangan daripada suaminya. Mereka beriringan turun ke bawah. 

Sudah tiba masa untuk pulang ke Banting, Selangor.

***

Memandangkan hari Ahad merupakan hari cuti umum bagi sektor kerajaan dan sesetengah sektor swasta, jalan raya agak sesak pada hari itu. 

"Lost world pun best jugak kan sayang."

"Serius ke abang?"Hati Rosie sudah berbunga. Hati remaja sepertinya kalau diajak pergi enjoy lagi-lagi ke taman tema, siapa mahu tolak?

***

Yusuf mengeluh perlahan. Anak perempuannya yang berada di tempat duduk sebelah pemandu sudah terlena dek lambat sangat papanya mahu memarkir kereta untuk masuk ke dalam Lost World of Tambun,Ipoh itu.

Inilah nasib anak ketiadaan mak. Kemana saja ikut ayah pergi memandangkan diri itu masih kecil lagi.

Yusuf Mikhail membuang pandangan ke luar tingkap. Proton Iriz biru yang turut beratur untuk masuk ke dalam taman tema itu menarik perhatiannya. Matanya ingin melihat reka bentuk kereta itu sahaja. Terlihat pula isi di dalam kereta itu sekali.

Kelihatan seorang lelaki yang usianya, pada pandangan Yusuf agak muda dan tampan. Mungkin lebih tua berbanding dirinya dan wajah lelaki itu penuh dengan pelbagai pengalaman sedang berbual mesra dengan orang di sebelah. Sesekali lelaki itu mengambil tangan orang di sebelah lantas meletakkannya di pipinya.

'Oh my, how sweet they're.' desis hati Yusuf.

Yusuf membetulkan kedudukannya. Ingin melihat orang di sebelah lelaki itu.

Yusuf menelan liur.

"Rosie? Rosie Aulia Abu Bakar?"

***

FLASHBACK - TAHUN 2013

"Abang Yusuf. Goodluck SPM."

Yusuf tersenyum mendengar ucapan itu.  Dia menyusun buku-buku Kimia, Biologi dan Fizik ke dalam beg. 

"Jangan lupa Rosie kalau dah berjaya nanti."Rosie berdiri di tepi meja perpustakaan yang menjadi tempat untuk dua orang pustakawan bertugas. Yusuf merupakan salah seorang pustakawan itu.

Mereka menjadi rapat ketika Rosie terjatuhkan sederetan buku di rak kamus dan buku-buku sejarah yang ketebalannya berinci-inci.

"Gedebuk!!!!"

Kelam-kabut Yusuf dan rakannya yang turut bertugas pada hari itu berlari ke arah bunyi yang kuat itu.

Rosie sudah terduduk kerana tertindih oleh buku-buku yang tebal.

"Okey tak?"Pantas Yusuf menarik Rosie agar bangun dan berdiri dengan betul. Waktu ini bukan kira lelaki atau perempuan mahram lagi. Kali ini darurat. Kerana keselamatan itu penting. Naknya terluka parah anak orang karang, apa mahu dijawab? Bukan saja-saja Yusuf mahu menarik tangan Rosie. Tiada lagi orang perempuan sewaktu itu di dalam perpustakaan itu.

Mata Rosie sudah bergenang memandang ke arahnya.

Akibat kecuaian sendiri yang terlalu seronok melihat buku sejarah yang tebal-tebal, nah, ambik kau! Disaksikan oleh dua orang librarian form 5 yang handsome lagi menjadi pujaan gadis-gadis SMK Seri Gading ini.

"Jom saya bawa pergi bilik sakit."Rosie menurut. Rasa macam gedik pun ada. Tapi bukan aku yang minta tolong tau. Dia yang datang tolong aku. Aku tak nak pun ditolong. Aaa. Apa yang kau melalut ni Rosie. Hmm. Ada lah sikit hati berbunga-bunga orkid. Sikit je.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now