"Eh , kamu kan student. Buat apa dekat sini? Rumah pensyarah lelaki pulak tu."
Rosie tidak jadi membuka kasut untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Bungkusan nasi kandar yang diberi oleh Fadzil sebentar tadi dipegang kemas. Nasib baik tak terjatuh dek teguran secara mengejut dan boleh mengakibatkan penyakit lemah jantung daripada Puan Syafira. Isteri kepada Encik Musa senang cerita, jiran tetangga Fadzil lah.
"Err.."Apa aku nak jawab ni?
Puan Syafira tersenyum.
"Jom masuk rumah akak sekejap. Sembang dekat dalam."Akak ? Sepatutnya aku panggil madam kut.
Rosie mengekori langkah Puan Syafira. Dia masuk ke dalam rumah dengan ucapan salam. Memandangkan waktu rehat selama dua jam, apa salahnya terima pelawaan untuk masuk kan.
Keadaan rumah yang simple sahaja. Biasalah rumah orang dah ada anak berderet. Tapi suasana rumah tetap menenangkan. Rosie sudah teruja.
Rosie memejamkan matanya buat seketika. Macam mana kalau aku dah ada anak ramai nanti? Habis rumah aku gamaknya. Takpa, sekali depa bagi sepah, dua kali mak depa bagi cubitan 'mesra'.
Seketika Rosie tersengih. Garang jugak aku.
"Dah kenapa tu senyum sorang-sorang. Meh la duduk sini. Ada tv."
Rosie melangkah menuju ke arah Puan Syafira yang sedang menyusukan anaknya yang ke? Okey, Puan Rosie Aulia masih belum berkenalan dengan Puan Syafira.
Di sesi ice-breaking ni, marilah kita mengenali antara satu sama lain.
"Ada apa-apa ke dengan Sir Fadzil tu?"soal Puan Syafira.
Muka Rosie sudah kemerahan.
"Apa nak jawab ni? Nak kata, sebenarnya saya isteri Sir Fadzil."Macam tu? Macam kuno sangat.
Takpun macam ni, "Saya dan Sir Fadzil memang rapat."Karang kalau jawab yang ni, soalan lain pula timbul!
AAAAAA. Stressssss!!!
"Jawab jela. Dengan akak je pun. Kalau betul, berjiran lah kita nanti. Bolehlah kamu datang sini selalu. Teman akak."
"Akak tak kerja ke?"
Puan Syafira tersenyum sebelum menjawab.
"Tak. Suami akak tak bagi kerja. Banyak risikonya."Jawab Puan Syafira.
"Risiko?"
"Setiap tahun akak ada isi je. Ni dah nak masuk anak nombor empat dah."Terlopong Rosie mendengar jawapan itu. Boleh percaya ke wanita secantik ini dan macam muka orang baru pregnant pertama kali , anak dah nak masuk empat orang? Kalau kekal muda dan ayu tiada penuaan macam ni, aku pun nak beranak setiap tahun!
"Eh lupa akak nak tanya. Nama siapa?"
"Rosie. Rosie Aulia."jawab Rosie sambil mencapai air oren yang entah bila dibancuh oleh Kak Syafira. Masa duduk dekat sini tadi, dah ada dah air tu.
"Ohh, akak panggil Rosie lah ye?"
Rosie mengangguk penuh sopan. Kalau Fadzil tengok, sumpah Fadzil gelak guling-guling. Betul! Rosie berani kerat jari.
"Haa, soalan akak kamu tak jawab pun tadi. Kamu ni, ada apa-apa ke dengan Sir Fadzil tu?"
Rosie tidak terus menjawab. Dia menelan liur perlahan. Ditenung wajah Kak syafira dalam-dalam.
'Boleh percaya ke orang ni kalau aku buka kisah salasilah keluarga aku sehingga ke hari aku dinikahkan?'
"Akak janji jangan cerita dekat sesiapa."Dah macam budak-budak sekolah rendah zaman dahulu kala. Kalau nak cerita rahsia dekat kawan baik, mesti cakap macam tu.
Kak Syafira mengangguk laju. Bila aku dan Kak Syafira jadi rapat ya? Ah! Biarlah. Muka Kak Syafira antara salah satu muka yang terpilih untuk dipercayai bagi memegang rahsia besar yang terjadi di dalam hidup aku.
"Saya dengan Sir dah kahwin."
Mata Kak Syafira membulat. Dah agak dah. Memang wajiblah kalau dengar berita tak logik macam tu, orang akan terkejut. Macam Kak Syafira sekarang.
"Tapi Rosie kan.."Kak Syafira tidak menghabiskan ayatnya. Mungkin terlalu terkejut. Tu la, paksa cerita sangat. Siapa suruh?
"Yes. Rosie masih pelajar matrikulasi di bawah tanggungan kerajaan."Rosie menyambung ayat Kak Syafira yang tergantung.
"Serius ke?"
"Kalau tak serius kak, saya memang tak jejak kaki sini. Dah la asrama lelaki."Jawab Rosie dengan nada serius sambil mencuit anak Kak Syafira yang mungkin dalam lingkungan setahun lebih macam tu lah. Ish bestnya, baru umur setahun lebih dah nak ada adik lagi.
"Akak dah agak dah."Okey. Kali ini, giliran Rosie pula menjegilkan matanya seluas-luasnya. Gila tak terkejut?
"Macam mana akak boleh agak?"
"Masa Abang Musa tengah borak dengan Fadzil, akak tengok dekat tingkap. Macam ada orang dekat tempat sebelah pemandu tu."
Rosie yang sedang meneguk air oren meneruskan minumannya. Itu salah satu kaedah untuk menghilangkan nervous!
"Habis yang akak terkejut tadi?"
"Tu gimik je."Kak Syafira sudah ketawa.
Rosie melihat jam tangannnya.
"Akak, saya nak berasul pergi rumah abang sekejap. Ni nasi kandar ni, akak ambil satu. Hadiah perkenalan kita."
"Eh tak payah lah susah-susah."kata Kak Syafira. Bagi Rosie 'tak payahlah susah-susah' orang Melayu ni sebenarnya malu-malu kucing saja. Sebenarnya nak benda tu. Cuma kenalah jual mahal sikit.
"Rosie, nanti dah habis kelas datang lagi tau. Petang ni jugak."
"Kenapa kak?"
"Adalah."Jawab Kak Syafira sambil tersenyum.
Rosie mengambil langkah berjaga-jaga ketika keluar daripada rumah Kak Syafira. Mahunya orang lain pulak yang nampak? Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
ANDA SEDANG MEMBACA
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...
