Bab 62- Meminang

1.1K 11 0
                                    

"Assalamualaikum ."

Fadzil bersuara di hujung talian. Aku tahu orang itu ialah Mama.

Pagi tadi,dia sampai rumah Mama dalam pukul 2:45 minit pagi. Bertumbukan dengan Faizul. Kemudian bercerita tentang Aisyah Humaira. Selepas itu dia terus ke bilik Mama. Mama betul-betul kecewa dengan sikap Faizul yang membangkitkan isu arwah abah.

Ketika mahu pulang tadi, memang bayang Faizul aku tak nampak. Banyak kali juga Najwa bertanya tentang dia. Aku sekadar mengangkat bahu. 

"Ayah. Sekarang kita dekat mana ? Kita nak pergi rumah siapa?"Soal Najwa yang comel berkaca mata besar yang mempunyai reben di tepi. Fadzil yang beli. Dia kata dia berkenan dengan benda tu.

"Sekarang kita dah sampai Kuala Lumpur. Kita dalam perjalanan ke rumah Opah dan Tok Wan."Jawab Fadzil dan sekaligus aku tergelak.

"Eh, kenapa sayang?"Soal Fadzil,memandang wajahku yang sedang khusyuk mengunyah kaya ball yang Fadzil beli di R&R Tapah ketika berhenti untuk solat asar tadi.

"Ibu dengan ayah tu muda lagi. Tapi dah dapat gelaran Opah dan Tok Wan. Lawaklah."Aku ketawa lagi. Tangan aku menyuakan kaya ball ke mulut Fadzil. Seterusnya ke mulut Najwa Nurimanina yang becok ini.

Fadzil turut ketawa sama. Aku rasa dia tak terfikir pun tentang itu.

Azan Maghrib baru lepas berkumandang. Kediamanku semakin lama semakin hampir. Aku dah tak sabar nak peluk ibu dan ayah. Rindu yang amat!

Fadzil terpaksa memarkir Iriznya di luar pagar rumah kerana di dalamnya sudah dipenuhi dua buah kereta iaitu Unser ayah dan Axia ibu. Tetapi, yang aku pelik ada dua buah lagi kereta asing diparkir di sebelah kiri kawasan rumahku memandangkan rumah aku berada di hujung sekali di kawasan kejiranan.

Mungkin kereta baru jiran aku.

"Rosie masuk dulu. Abang kena dukung Najwa. Nyenyak sangat tu."Kata Fadzil sambil membuka pintu belakang.

Aku mengorak langkah. Membuka pagar yang tidak berkunci. Rumah aku sudah serba indah. Ayah dah cat baru. Kebun mini milik ibu juga sudah tidak semak. Pokok rambutan juga sudah berbuah merah. Kolam ikan koi juga memang suci daripada lumut.

"Kenapa kasut banyak sangat ni? Saudara aku yang mana datang?"Aku bermonolog sendiri.

"Assalamualaikum."Aku ucap sambil membuka kasut sarung. Pintu rumah pula memang terbuka luas sejak tadi.

"Waalaikumussalam. Eh, dah sampai."Bukan suara ibu. Bukan juga suara ayah.

Buat seketika, aku tergamam. 

Hantaran penuh di satu sudut di kawasan ruang tamu. Cantik-cantik.Siapa yang nak kahwin? Takkan Idham? Tak mungkin Rosanna.

Mataku ralit memandang setiap orang yang memenuhi kawasan ruang tamu. Ada pula tetamu tak dikenali datang masa Maghrib macam ni.

Tiba-tiba mataku berhenti pada tubuh yang aku kenali. Dia daripada dapur. Wajahnya basah. Mungkin baru lepas berwuduk untuk solat Maghrib. Ayah mengekori belakangnya.

"Rosie, kenapa tak masuk?"Fadzil yang sedang mendukung Najwa sudah tiba di belakangku.

Aku diam. Tanganku sudah berpeluh.

"A-abang."Tergagap-gagap aku dibuatnya.

"Kenapa?"Fadzil masih belum lihat ke dalam kerana dia sedang membuka kasut.

Okey. Sekarang Fadzil turut tergamam.

"Sir Fadzil? Sir Fadzil dengan Rosie adik-beradik ke?"Soal Aiman,memandang wajah kami silih berganti.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now